PPBM CUBA REKA MITOS BELA MARUAH MELAYU

Rasa loya apabila PPBM cuba menganjurkan ‘Kongres Maruah Melayu’ dengan berselindung di sebalik ‘Pusat Kajian Kecemerlangan Melayu, UM’ pada 6 Oktober akan datang di Axiata Arena Bukit Jalil.

PPBM atau parti Bersatu tidak berani untuk tampil dan mengakui bahawa merekalah yang sebenarnya menganjurkan kongres itu kerana pada hakikatnya PPBM tidak langsung membela maruah Melayu.

Mungkin PPBM amat sedar bahawa sejak negara berada dalam tangan PH, maruah Melayu turut terhakis.

Atau sebenarnya PPBM atau Mahathir sendiri cemburu dengan gerakan Penyatuan Ummah UMNO-PAS yang nampaknya berjaya memenangi hati kaum Melayu-Islam sehingga ke lubuknya yang dalam lantas menyebabkan PPBM gelabah dan cuba menjadi wira pembela maruah Melayu.

A A A AKONGRES 8

Kongres tersebut cuba mengangkat ‘Amanat Tun Mahathir’ sebagai tema utama kongres setelah puas Mahathir menghina, mengutuk dan membiarkan aset kaum Melayu dirompak oleh tok dalangnya daripada bangsa DAP.

A A A AKONGRES 9

Setakat ini apakah tindakan jujur dan ikhlas parti komponen Melayu dalam PH yang menjurus kepada pembelaan maruah kaum Melayu?

Mahathir pernah merayu-merintih kepada ahli parlimen UMNO untuk lompat ke partinya, bagi mengukuhkan status PPBM yang bagaikan melukut di tepi gantang dalam kalangan komponen PH.

Rakyat sedar bahawa PAN dicipta oleh DAP dan bernafas dengan talian hayat DAP juga. Manakala PKR tidak mempunyai suara Melayu yang kuat dalam parlimen.

PKR juga sedang dalam dilema perang pengaruh dengan parti PPBM apabila Mahathir seperti cenderung untuk mengangkat DS Azmin Ali sebagai penggantinya meskipun telah dicemari dengan kes video semburit.

Lihat sahaja keadaan gusar Anwar apabila Azmin turut bersama dalam Perhimpunan Agung PPBM, sedangkan dia adalah Naib Presiden PKR.

Malahan Mahathir sedia mempertimbangkan sekiranya Azmin mahu menyertai parti PPBM.

A A A AKONGRES 2

Anwar pula mempersoalkan kesetiaan Azmin terhadap PKR. Apa yang menjadi masalah ialah Azmin bukan berseorangan, dia mempunyai sejumlah pengikut dalam PKR termasuk Menteri Perumahan Zuraida Kamaruddin serta Menteri Besar Selangor, YAB Dato Amirudin Shari, AP Kuala Langat Dr Xavier, dan AP JB Akmal Nasrullah Mohd Nasir (sekadar menyebut beberapa nama).

Ramai pula yang melihat bahawa Mahathir lagi sekali menjadi dalang memecah-belahkan kekuatan Melayu, baik semasa dia bersama UMNO dan kini ketika dia dalam Pakatan Harapan.

Mahathir berterusan mengutuk, menghina dan memperlekehkan orang Melayu sedangkan dirinya sendiri mengaku bahawa dia adalah boneka DAP dan kini ‘tidur sebantal’ dengan DAP.

Mahathir pernah menggelar Najib ‘lanun bugis’ mengutuk Melayu malas, Melayu akan terus miskin, dan cuba membinasakan masa depan penjawat awam yang majoritinya Melayu, mengikut cita rasa DAP.

Mungkin juga sikap Mahathir itu bukanlah sesuatu yang aneh kerana terdapat maklumat yang tercatat di atas kad pengenalannya bahawa dia bukan berketurunan Melayu.

A A A AKONGRES 3
“MAHATHIR ANAK LELAKI ISKANDAR KUTTY”

Terkini, gerakan penyatuan Ummah UMNO-PAS disanggah oleh Mahathir sebagai usaha PAS mengkafirkan partinya. Sedangkan Mahathir lupa kenyataannya yang menghina janggut Nabi Muhammad SAW, menolak hadis, serta tindakannya yang menyebabkan kematian penduduk kampung Memali yang cuba mempertahankan guru agama mereka.

Kini Pengganas Tamil Eelam (LTTE) secara terang-terangan menonjolkan diri mereka di khalayak ramai, sedangkan seluruh dunia termasuk PBB telah mengisytiharkan mereka sebagai pengganas. Tapi mengapa Mahathir diam sahaja? Adakah kaum India Tamil Nadu itu keturunan Mahathir?

A A A AKONGRES 10
Perarakan penyokong Pengganas Tamil Eelam Malaysia

Dengan itu, PPBM tidak usahlah cuba mereka cipta suatu mitos bahawa ia mahu membela kaum Melayu kerana daripada apa yang kita lihat hari ini, PPBM tidak membela kaum Melayu pun. Perkataan ‘pribumi’ pada nama parti juga hanyalah retorik sahaja.

Malahan PPBM tiada kemampuan untuk membela kepentingan bangsa Melayu apatah lagi masa depan kaum Melayu di negara ini selagi mereka sanggup dijadikan kaldai DAP.

A A A AMUNTAH 5

Hari ini rakyat Melayu sedang melihat bagaimana kedudukan agama Islam diganggu, kepentingan sosioekonomi Melayu dan Bumiputera semakin terhakis, kedaulatan Raja Melayu dipersendakan, pendidikan dan kebajikan Melayu semakin tidak dibela, aset daripada institusi Melayu dibiarkan digadai oleh parti bangsa DAP dan rakyat Melayu ditindas secara halus.

Lihat sahaja di Paya Jaras – rumah penduduk Melayu dirobohkan, sedangkan kaum Cina dianugerahkan geran tanah 999 tahun. Di mana letaknya maruah Melayu di bumi sendiri? 

 

Mahathir harus berhenti daripada menjadi alat DAP untuk memecah-belahkan perpaduan Melayu-Islam, sebagaimana strategi DAP yang ‘menggunakan melayu untuk memperkosa Melayu.’

****

2 thoughts on “PPBM CUBA REKA MITOS BELA MARUAH MELAYU

Add yours

  1. Sudah terang lagi nyata. Banyak contoh dan bukti yang memperlihatkan kerakusan dan kegelojohan Dr. M sejak dulu, untuk menguasai politik di Tanah Melayu, seumpama jentera jentolak yang terputus “brek”. Habis semua dilanggarnya. Jelas, tiada kejujuran dan keikhlasan dalam perjuangannya. Tiada perbezaan sikap di antara sikapnya dengan sikap pemimpin cauvinis dalam DAP. Tuturkata yang berbeza-beza mengikut audien. Di hadapan orang Melayu, dia mengutuk puak cauvinis. Manakala di hadapan puak cauvinis, dia mengutuk orang Melayu. Dia dan puak cauvinis adalah 2×5. Memang tersangat betul tindakan Almarhum Tunku A. Rahman Putra Al-Haj, memecat beliau dahulu. Namun, dengan kehendak takdir, Allahyarham Tun Abd. Razak yang berjiwa besar yang penuh dengan sifat penyayang dan keikhlasan telah “mengutipnya” kembali ke pangkuan orang Melayu yang begitu budiman kerana dididik secara Islam. Sungguh tepat perumpaan Melayu “Bagaikan melepas anjing tersepit”. Begitulah nasib orang Melayu yang berjiwa besar penuh sifat kasih sayang serta yang begitu toleran, digigit oleh anjing yang tersepit yang tak tahu mengenang budi dan berterima kasih, sama seperti puak cauvinis. Takdir ilahi menguji setiap orang Melayu dan Islam dewasa ini, dengan hanya “satu pilihan” diberi iaitu sama ada kembali bertaut bersandarkan ajaran Al-Quran dan Sunnah atau terus memilih sikap mementingkan diri masing-masing, “Bagaikan enau di dalam belukar”. *Tepuklah dada, tanyalah hati*. Wallahu’alam.

    Like

    1. Mungkin dalam darahnya tiada genetik Melayu. Dia tidak bertingkah seperti Melayu. Duniawi menjadi matlamatnya. Memfitnah dan menzalimi bukan kekangan imannya. Wallahua’lam. Sekadar pandangan kasar. Allah sahaja yang tahu kerana semua PM yang lalu dijahanamkannya, demikian juga PM selepasnya. Malah kini dia mula menyerang TS Muhyiddin. Semoga Allah betulkan imannya sebelum rohnya diambil.

      Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: