VIDEO – KAUM CINA TOLAK DAP GUNAKAN POLITIK KEBENCIAN

Sejak Merdeka lagi DAP sudah menggunakan politik kebencian untuk memenangi hati kaum Cina. Namun ramai daripada kaum Cina di bumi Malaysia ini yang menolak pendekatan politik sedemikian.

DAP bermula dengan perjuangan sokongan komunis untuk menentang pihak Jepun dan juga tentera Melayu yang berpihak kepada Inggeris.

Mereka lebih cenderung kepada perjuangan yang berasaskan falsafah komunis dan mendapat sokongan senjata daripada negara China Komunis.

A A AAHADI 21

Oleh kerana mereka berjuang ke arah ideologi komunis China, maka kadir dan tentera gerila mereka lebih didominasi oleh kaum Cina.

Malahan ketika komunis mengganas, masyarakat Tanah Melayu lebih melihat komunis sebagai kaum Cina dan kaum Cina adalah komunis.

Tiada jalan mudah untuk menguasai politik Tanah Melayu kerana majoriti orang Melayu tidak menyokong komunis.

A A AAHADI 18

Lantas DAP lebih cenderung menarik sokongan orang Cina, namun kaum Cina juga tidak suka kepada pemberontakan dan keganasan. Dengan itulah DAP terpaksa menggunakan politik kebencian dengan berselindung di sebalik falsafah memperjuangkan hak kaum Cina.

Dengan cara itu sahaja mereka meneruskan survival politik mereka.

Di samping itu mereka juga menggunakan isu sensitif seperti kedudukan istimewa kaum Melayu-Bumiputera, agama Islam dan kedudukan Raja-Raja Melayu dengan alasan bahawa peruntukan Perlembagaan Persekutuan itu tidak adil kepada kaum pendatang Cina dan kemudiannya India, lantas wujudlah falsafah ‘Malaysian Malaysia’ satu doktrin sama rata yang menyerupai doktrin komunis.

Peruntukan Perlembagaan Persekutuan itu pada hakikatnya tidak menyekat kebebasan kaum Cina untuk berniaga, berjaya dan hidup harmoni di Tanah Melayu ini.

Tambahan lagi sebagaimana perakuan Presiden MCA Tun Tan Siew Sin dan  Presiden MIC, Tun Sambanthan, kaum Melayu-Bumiputera yang merupakan pemilik asal negara ini, amat prihatin dan bermurah hati menerima kerakyatan kaum Cina dengan kontrak sosial yang memperuntukkan kedudukan istimewa kaum Melayu, agama Islam dan Raja-Raja Melayu.

Kaum Cina dan India tidak sedikitpun ditindas malah diberi kebebasan beragama, mewujudkan sekolah vernakular dan menggunakan bahasa ibunda mereka bila perlu.

Kini, lihatlah sahaja, kaum manakah yang menguasai ekonomi negara?

Namun DAP terus memperjuangkan survival parti politik mereka dengan menyerapkan api kebencian kaum melalui pendekatan politik kebencian.

Kerana pendekatan politik kebencian mereka dilihat gagal pada setiap PRU, maka mereka menggunakan pula pendekatan menggunakan kaum Melayu untuk memperkosa kaum Melayu.

Image result for DAP gunakan politik kebencian

Perdana Menteri Mahathir sendiri memperakui bahawa dia adalah boneka DAP sejak sebelum PRU14.

Sehingga hari ini apabila mereka mendominasi kerajaan PH, mereka terus menghimpit dan mendera kaum Melayu, mengganggu urusan agama Islam, campur tangan dalam urusan Tabung Haji, Bank Islam dan cuba menghapuskan kedudukan Raja-Raja Melayu dan peruntukan keistimewaan kaum Melayu.

Malah sudah ada gerakan yang diterajui oleh DAP untuk menjadikan negara ini negara republik.

DAP amat rakus apabila sistem perundangan juga sudah menjadikan negara ini seperti negara yang ditadbir oleh undang-undang rimba apabila kes-kes terpilih sahaja yang dibawa ke mahkamah.

Inilah sejarah hitam Malaysia yang tercatat sejak PRU14.

*****

 

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: