FILEM DOKUMENTARI ‘M FOR MALAYSIA’ MENDAPAT KUTUKAN DARIPADA PEMBACA MALAYSIAKINI

Filem dokumentari ‘M for Malaysia’ arahan cucu Mahathir, Ineza Roussille dan rakannya Dian Lee, pada dasarnya cuba menaratifkan pada layar perak kisah cinta dua manusia tersohor Malaysia, iaitu Dr Mahathir Muhamad dan isterinya Dr Siti Hasmah M. Ali.

Marina Mahathir adalah penerbit eksekutif. Dengan itu sekiranya filem ini mendokong propaganda sebagaimana filem propaganda ‘Mahathir dan kanak-kanak’ sebelum PRU14 yang cuba mengangkat falsafah palsu ‘untuk menyelamatkan Malaysia’ maka kita fahamlah kerana filem ini adalah hasil karya anak cucu pemimpin tua yang ‘sudah kehilangan sokongan rakyat’ sebagaimana ayat dicatatkan oleh Malaysiakini (Dr M is fast running out of rakyat’s goodwill)

Sebelum apa-apa buruk sangka tersimbah daripada penonton dokumentari itu, Ineza awal-awal lagi sudah membuat perakuan bahawa dia mempunyai pandangan politik berbeza dengan Mahathir.

Tidak lain kita lihat bahawa Ineza cuba mengelak daripada persepsi bahawa dia mengarahkan filem ini sebagai propaganda untuk mengangkat datoknya yang sudah menjangkau usia 94 tahun, yang bagi kebanyakan manusia tua Malaysia, sudahpun masuk ke dimensi ‘nyanyuk’.

Malaysiakini telah mendedahkan bagaimana pembacanya melahirkan komentar negatif mereka (mungkin setelah menonton dokumentari itu) terhadap Mahathir mahupun kerajaan PH.

Rata-rata pembaca Malaysiakini yang kami persepsikan sebagai golongan ‘urban educated society’ atau ‘masyarakat terpelajar bandar’ lebih cenderung menyokong PH meskipun setinggi gunung kegenjotan kepimpinannya yang kini dilihat sebagai pembina kerajaan kakistokrasi (kerajaan bongok yang lintang-pukang).

Masakan tidak, sedangkan Tun Daim Zainuddin sendiri sebagai orang kanan Mahathir sejak dulu dan kini, telah mengutuk menteri-menteri PH yang dibuktikan tidak tahu bekerja, bagaikan beruk mendapat bunga.

A A AADOKUMENTARI 2

Malahan Daim telah mencadangkan agar kerajaan PH ditukar jika gagal tunaikan manisfesto yang penuh janji ‘bulan bintang.’

Datok Kadir Jasin, penasihat Mahathir juga meluahkan rasa kecewanya terhadap menteri-menteri PH yang amator dan tamak haloba, sehingga Mahathir terpaksa menubuhkan Majlis Tindakan Ekonomi, kerana lembabnya Menteri Kewangannya berfungsi.

A A AADOKUMENTARI 3

Menariknya Datok Ambiga yang merupakan penyokong kuat PH, juga turut merasai bahawa kerajaan PH telah gagal merealisasikan janji ‘bulan bintang’ mereka dan menggesa semua ahli politik, ahli parlimen dan menteri-menteri PH, menonton dokumentari ini supaya mereka sedar ‘mengapakah mereka dipilih?’.

Sebagaimana biasa, mekanisme ‘damage control’ yang digunakan oleh kerajaan PH adalah alasan ‘kepayahan memperbaiki kerosakan yang dibuat oleh kerajaan BN terdahulu.’

Itulah kenyataan songsang kerajaan PH, kerana rakyat tidak pernah melihat apa juga kerosakan kerajaan terdahulu kecuali kerosakan teruk kerajaan PH sendiri.

A A AADOKUMENTARI 4

Sebagaimana kata aktivis pembaharuan Sarawak, ‘Guan Eng hendaklah henti menyalahkan kerajaan BN atas kegagalan PH menunaikan janji.’

Pengasas ‘Gerakan Pembaharuan Sarawak’ (Movement for Change Sarawak) Francis Paul Siah, menegaskan bahawa rakyat Sarawak telah bosan dengan alasan Guan Eng (dan kerajaan PH) yang kerap menyalahkan kerajaan BN terdahulu, dan ia tidak boleh diterima lagi.

Bagi Malaysiakini, ‘M for Malaysia’ terdedah kepada pelbagai kritikan serta manipulasi dan kebiadaban,’ sebagaimana dicatatkan dalam bahasa Inggeris ‘M for Malaysia’ now come to stand for ‘Manipulation and Mischief-making for Malaysia.’

Pembaca MS menyatakan bahawa: Jadi cucu PM Dr Mahathir telah menerbitkan filem tentang datuknya yang tua-bangka dan mencampur-adukkan filem itu dengan perjuangan sia-sia rakyat Malaysia yang amat menaruh harapan di negara yang sudah lama menderita ini.

Meskipun tujuannya ialah memuji dan memuja ‘M’ dalam penceritaannya, namun sebaliknya ia lebih kepada manipulasi (putar-belit) dan kebiadaban orang tua itu yang sememangnya sudah sebati dan terkenal dengan peribadinya.

Pelantikan balaci-balaci Bersatu seperti Menteri Pendidikan ‘kasut hitam’ Mazlee Malik, Menteri ‘hos makan-malam’ Syed Saddiq dan Menteri ‘belum lagi mengacau’ Muhyiddin Yassin, akan merosakkan harapan dan aspirasi pengundi Pakatan Harapan.

Oleh itu apakah makna ‘M’ kepada kamu? Ia bermakna lebih banyak penderitaan di bawah kepimpinan Mahathir apabila dia terus-terusan memutar-belitkan rakyat Malaysia dengan tulisan khat, dengan pendakwah Zakir Naik dan keracunan yang lain.

Persaraan Mahathir tidak pula akan berlaku dalam masa terdekat ini.

Anonymous 770241447347646  memberi komen:  Mereka kata seekor burung di tangan lebih baik daripada dua ekor di belukar. Harapan menang kerana sokongan besar Cina, India dan 30% undi Melayu.

Apa yang Harapan perlu buat ialah memastikan bahawa peratus pengundi ini dipelihara dan cuba menarik B40 yang kebanyakannya adalah kaum Melayu. Dengan cara ini ia akan membantu membawa masuk 10 hingga 20% pengundi Melayu untuk PRU15.

Mahathir lupa tentang perjuangan rakyat Malaysia yang telah memberikan kuasa kepadanya dan PH.

…Dengan satu pukulan penanya, Mahathir memperkenalkan khat, membela Zakir Naik dan menteri Ekonomi Azmin Ali dan dengan itu juga dia telah membuat pengundi China dan India keluar daripada pintu belakang.

Apakah Mahathir mempunyai agenda tersendiri? Nampaknya Mahathir tidak berterima kasih kepada penyokongnya yang telah memberikannya kuasa.

Keduanya dia masih dengan percaturan politik lamanya.

Anonymous_3f4b mengatakanSesetengah (pemimpin PH) masih leka dan bergembira dengan kemenangan PRU14.  Berpijaklah pada bumi nyata. Tempoh berbulan madu sudah berakhir. Rakyat kecewa dan keliru dengan janji kosong Harapan.

Isu perkauman dan agama menjadi hangat pada waktu ini. Ekonomi tidak ketentuan hala. Pendapatan jatuh merudum, sedangkan cukai dan kos sara hidup meningkat naik. Dasar bodoh dan bangang dilaksanakan dan kini rakyat menderita dan mengeluh.

PH tidak melaksanakan tugas dan tidak dilihat melaksanakan tanggungjawab. Ia adalah lanjutan ‘Malaysia lama’ atau mungkin lebih teruk.

Filem dokumentari ini sepatutnya menjadi ‘Malu for Malaysia.’

Legit memberi komen:  Mahathir, majoriti rakyat Malaysia tidak mahu kamu menjadi PM lagi. Kamu telah menjalankan bahagian kamu dan silalah bersara dengan cara terhormat.

Kamu sedang memusnahkan setiap inci harapan rakyat Malaysia dengan tipu-helah kamu, sikap perkauman, dan tipu-daya kamu.

A A AADOKUMENTARI 5
Mahathir tidak lagi dipedulikan rakyat marhaen

Silalah pergi tanpa sebarang alasan dan nikmati sisa tua kamu bersama rakan baik kamu Zakir Naik, jika tidak PH boleh lupakan tentang kemenangan PRU15 nanti.

Anonymous #33227154 memberi komenHakikatnya Mahathir tidak layak menerima sanjungan ini. Dia gagal untuk memperbaiki Malaysia untuk kali keduanya, sebaliknya kembali kepada permainan politik perkaumannya. Mahathir sudah kehilangan rasa hormat daripada rakyat Malaysia.

JW mengatakanDengan penglibatan kaum keluarga dalam pembikinan filem dokumentari ini, sejauh manakah objektif dan keseimbangannya akan menjadi isu.

Ini bukanlah sekadar meneliti aspek tertentu dalam pembikinan filem ini, seperti memasukkan komentar Ambiga pada penghujungnya. Itu tidak mencukupi. Sebagai contoh, mengapa tajuk ‘M for Malaysia dipilih’?

Komentar Sulaiman Bin Che Long Amat malang sekali, perjuangan selama 20 tahun reformasi untuk menjatuhkan UMNO, berakhir dengan kegagalan PH untuk berfungsi.

Tajuk filem dokumentari ini tidak sesuai. Ia cuba menyesuaikan perjuangan rakyat untuk mengangkat seseorang. Adakah ini sifat semula jadi Melayu?

Saya tidak bersetuju dengan tajuk itu. Kita harus betulkan ‘M’ yang ‘bengkang-bengkok’ itu.

Anonymous_1545592198 mengatakan :  Semua komentar di sini adalah negatif terhadap Mahathir kerana dia telah mengecewakan pengundi yang telah memilihnya dan memenangkan PH.

Rakyat telah menjalankan tugas dengan baik memilih pemimpin, tetapi pemimpin itu mengecewakan mereka.

Demikianlah antara komentar yang didedahkan oleh Malaysiakini (kami terjemahkan daripada Bahasa Inggeris) dan kami petik apa yang wajar sahaja.

Kesimpulannya yang ingin kami lemparkan ialah, golongan terpelajar bandar juga sudah menyampah dengan Mahathir dan politik perkaumannya, mengutuk bangsanya sendiri (sebenarnya dia bukan bangsa Melayu pun), dan gagal melaksanakan tugasnya sebagai Perdana Menteri PH sebagaimana yang diharapkan oleh pengundi PRU14.

A A AADOKUMENTARI 6

Hari ini negara sedang berada dalam situasi yang amat membimbangkan, baik dari aspek ekonomi, integrasi nasional, kos sara hidup, pendidikan, jenayah politik pemimpin kerajaan, hubungan luar, ancaman pengganas (Tamil Eeelam) serta Syiah, dan ancaman pendatang haram (MyKad haram).

Baiklah tajuk ‘M for Malaysia’ ditukar sahaja kepada realiti semasa – ‘Madness for Malaysia’.

*****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: