APA DAN SIAPA ‘HANTU PENJAJAH’, ‘MAKHLUK PEROSAK’, ‘KUDA KAYU’, ‘AJARAN SALAH’, ‘TIKUS MEMBAIKI LABU’, DAN ‘KOMUNIS’ DALAM UCAPAN DS HADI AWANG?

Antara isu yang paling menarik perhatian khalayak dalam Perhimpunan Ummah ataupun Muafakat Nasional ialah ucaptama Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, atas paksi wacana “Islam Memimpin Perpaduan Bersama Muafakat Nasional”.

Dalam ucapan beliau DS Hadi telah menggunakan istilah-istilah bandingan seperti “hantu-hantu penjajah”, “makhluk-makhluk perosak”, “Melayu yang menjadi kuda kayu yang ditunggang”, “ajaran salah”, “tikus yang membaiki labu”, dan “komunis”.

Dalam ruang ini kami cuba mendapatkan beberapa jawapan kepada makna tersurat dalam ucapan DS Hadi Awang itu.

Hantu-hantu Penjajah

Apabila Mohamed Razali, bekas Pengarah Strategik Hal-Ehwal Melayu-Islam DAP mendedahkan bahawa DAP, parti yang kini mendominasi kerajaan kakistokrasi PH, menerima dana RM1.2 bilion daripada gerakan Zionis, apakah DAP tidak terikat dengan dakyah Zionis penjajah itu? Inilah dia antara hantu penjajah yang tersirat dalam ucapan Ds Hadi.

A A AAHADI 1

Dengan itu juga, beberapa agenda DAP telah disusun untuk melemahkan kedudukan Melayu-Islam, kedudukan Raja-Raja Melayu, melemahkan ekonomi Melayu-Islam, menjadikan Malaysia negara republik dan pelbagai lagi yang boleh mengukuhkan kedudukan bangsa DAP yang kini mendominasi pemerintahan negara. Malahan Tun Mahathir hanyalah boneka DAP sebagaimana dia sendiri akui.

A A AAHADI 2

Apabila Datok Lokman Noor Adam, mendedahkan bahawa PKR menerima sumbangan RM5 juta daripada George Soros, apakah mereka tidak terikat dengan dakyah Yahudi itu?

Lihat sahaja simbol parti PKR yang meletakkan ‘mata satu’ sebagai idol parti yang juga merupakan simbol dajjal yang sudah diketahui umum.

Mengapakah dipilih simbol Dajjal?

Lihat juga simbol parti PAN yang menyamai simbol New World Order yang juga menjadi simbol Freemason. Adakah ia cuba menyerapkan ideologi neo-kolonialisme atau penjajahan baru? Tidakkah kuasa di belakang DAP, PKR dan PAN adalah hantu-hantu penjajah?

 

Walau bagaimanapun ramai sudah sedia maklum bahawa PAN adalah parti ciptaan DAP untuk mengelabui mata umat Islam sebagai menggantikan PAS yang telah keluar daripada Pakatan Rakyat yang kini digantikan dengan Pakatan Harapan.

Makhluk-Makhluk Perosak

Antara makhluk perosak yang kami lihat dalam lanskap politik terkini ialah kehadiran Pengganas Tamil Eelam (LTTE), malahan aktivis mereka telah pun diberikan jawatan Ketua Menteri II Pulau Pinang.

Adakah kerajaan PH tidak mengambil peduli akan kewujudan makhluk perosak ini, sehingga DS Haji Hadi terpaksa mengungkapkannya dalam ucaputama beliau semalam?

A A AAHADI 6

Kemudian kita lihat juga bagaimana makhluk perosak daripada kalangan LGBT yang kini mendapat tempat dalam kerajaan PH?

A A AAHADI 7

Kerajaan PH dilihat seolah-olah memberi ruang kepada golongan LGBT mempromosikan perjuangan mereka di negara ini.

PAS menempelak sikap berlepas tangan kerajaan PH terhadap gejala LGBT apabila membenarkan kumpulan LGBT mengadakan perarakan untuk meuar-urakan kewujudan mereka dan fahaman songsang mereka.

Kerajaan PH pula memberi alasan di parlimen bahawa perarakan kumpulan LGBT tidak bercanggah dengan Perlembagaan.

A A AAHADI 8

Tidak hairanlah jika pemimpin dalam PH seringkali tertonjol dengan tabii seks luar tabii mereka sebagaimana yang didedahkan dalam video semburit dan sodomi pemimpin atasan mereka.

Melayu yang menjadi kuda kayu

Tun Mahathir pernah membuat pengakuan bahawa dia adalah boneka kepada DAP. Lebih mendukacitakan DAP adalah parti yang mendominasi kerajaan PH.

A A AAHADI 9

Pengakuan Mahathir selari dengan pengakuan DAP bahawa mereka menggunakan ‘Melayu untuk memperkosa Melayu”.

Kemudian kita lihat bagaimana kuda kayu itu menyeru ahli parlimen parti UMNO untuk melompat masuk ke parti ‘melukut di tepi gantang’ bagi mengukuhkan lagi kedudukan parti PH dalam gerakan mereka melemahkan Islam, melemahkan ekonomi Melayu serta kedudukan Raja-Raja Melayu.

Cukuplah kerakusan parti bangsa Cina DAP itu yang kian ganas memusnahkan kehidupan kaum Melayu dan agama Islam di negara ini. Janganlah Tun cuba mengukuhkan lagi kedudukan mereka untuk merompak harta Melayu dan agama Islam.

A A AAHADI 10

Malah beberapa minggu lalu, seekor kuda kayu DAP bernama Wan Ji (kononnya Ustaz DAP) yang pernah menjadi strategis DAP untuk menghapuskan kuasa Raja-Raja telah dipenjarakan dua hari namun dibebaskan atas alasan penangguhan hukuman, setelah campur tangan politik.

A A AAHADI 11

Wan Ji pernah mengatur strategi kepada golongan muda (mungkin juga cyber trooper DAP) bahawa istilah ‘sultan’ hendaklah dilabelkan sebagai ‘syaitan’.

Hairannya, bagaimanakah ahli politik boleh mendesak pihak mahkamah membebaskan kuda kayu ini kerana ia bermakna mencabuli doktrin pengasingan kuasa parlimen yang memisahkan badan Kehakiman, Undang-Undang dan kuasa Eksekutif?

Ajaran Salah

Ajaran sesat syiah juga telah mula mendapat tempat serta ruang kebebasan kerajaan PH. Hal ini boleh dilihat apabila Mufti Pulau Pinang telah mengeluarkan kenyataan bahawa fatwa Syiah sebagai ajaran sesat akan dinilai semula.

A A AAHADI 12

Keadaan menjadi lebih parah apabila Menteri Pertahanan, Mat Sabu didakwa sebagai pengikut Syiah. Rakyat tidak hairan apabila lawatan Putera Mahkota Saudi ke Malaysia tempoh hari telah dibatalkan.

A A AAHADI 13

Jadi apakah pendirian kerajaan PH, apabila mengaku menentang ajaran sesat Syiah sedangkan menterinya yang dilabelkan sebagai Menteri Pertahanan terbodoh dalam dunia, adalah penganut Syiah?

Selain itu antara ajaran salah yang kami lihat jelas dalam lanskap politik negara hari ini ialah golongan yang cuba mengangkat fahaman pluralisme agama, dengan doktrin mereka bahawa semua agama itu sama.

Apabila DS Anwar Ibrahim membuat ucapan di London School of Economy dengan mengeluarkan kenyataan prinsip pribadinya bahawa “semua agama adalah sama,” lantas dia mengangkat fahaman bahawa semua agama menyembah Tuhan yang sama.

A A AAHADI 14

Adakah ini sebahagaian daripada dakyah untuk menghalalkan penggunaan istilah ‘Allah’ sebagai sinonim kepada ‘God’ dalam Bible. Sedangkan kita tahu dalam Bible ada konsep triniti bagi Tuhan mereka dan ‘Jesus’ adalah anak Tuhan. Falsafah dan fahaman triniti ini bertentangan dengan firman Allah bahawa “Allah itu Esa” sebagaimana marfum surah Al-Ikhlas.

Maka tidak hairanlah jika ISMA berani mengatakan bahawa Anwar akan membawa ideologi ‘negara tiada agama’ selari dengan falsafah dajjal yang mahu melihat umat Islam meninggalkan agamanya.

A A AAHADI 15

Tikus Membaiki Labu

Ekonomi Malaysia adalah kedua terbaik di rantau Asia Tenggara selepas China sebelum PRU14.

Namun setelah kerajaan PH memerintah, ekonomi terus merudum, pelabur asing lari ke negara lain, Bursa Malaysia antara terburuk di dunia, hutang negara meningkat, kos sara hidup melambung, sedangkan SST yang dikatakan lebih baik daripada GST sebenarnya meningkatkan cukai daripada 6% kepada 16%. Rizab luar Bank Negara juga menguncup.

A A AAHADI 16

Nampaklah bahawa kerajaan PH ini sama seperti tikus memperbaiki labu. Malahan ujar DS Hadi Awang, bukan sahaja labu rosak tetapi tikus juga meninggalkan kencingnya yang penuh beracun.

Bukan soal ekonomi sahaja, masalah dalam soal integrasi nasional PH telah merosakkan perpaduan negara.

Ada agenda yang cuba memusnahkan perpaduan negara ketika berlakunya rusuhan Kuil Mariamman Seafield yang sebenarnya dirancang oleh pihak tuan punya tanah yang sah tempat kuil tersebut didirikan.

A A AAHADI 17

Malahan, kerajaan PH cuba menyembunyikan kematian petugas Bomba Adib Muhamad Kassim. Pemimpin PH bukan memperbaiki keadaan sebaliknya cuba menyelamatkan pembunuh Adib.

Komunis

Siapakah yang dimaksudkan DS Hadi sebagai komunis?

Walau apapun tanggapan khalayak, namun rakyat tahu bahawa pemimpin ‘de facto’ DAP adalah bekas pejuang gerila komunis baik semasa meletuskan peperangan Dunia Kedua, mahupun ketika negara sedang memperjuangkan kemerdekaan daripada Inggeris.

A A AAHADI 18

Malah melalui Sekolah Demokrasi DAP, mereka cuba mengindoktrinasikan pemikiran anak-anak muda bahawa komunis adalah pejuang kemerdekaan negara.

A A AAHADI 19

Sebaliknya mereka menyembunyikan fakta bahawa perjuangan komunis adalah untuk memerintah Malaya melalui ideologi komunisme, dengan konsep sama rata, tanpa agama, sebagaimana konsep ideologi Malaysian Malaysia Lim Kit Siang -DAP.

A A AAHADI 20

Matlamat mereka ialah menjajah Malaya dengan kuasa politik boneka kerajaan Komunis China di bawah kuasa dan falsafah tokoh komunisme China, Mao Tze Tong.

A A AAHADI 21

Demikianlah antara apa yang kami lebarkan daripada makna instrinsik yang terkandung dalam ucapan Presiden PAS, DS Hadi Awang yang kami percaya amat kuat asasnya dan bukan berdasarkan tuduhan melulu.

Sampailah masanya rakyat jelata tidak kira Melayu-Islam, malah semua kaum yang cintakan keamanan dan keharmonian perpaduan kaum, bangun menguburkan kerajaan yang banyak merosakkan kesejahteraan kita selama ini.

Mereka akan terus menyalahkan kerajaan terdahulu, kerana mereka tidak mampu menunaikan hasrat rakyat serta janji palsu mereka.

*****

 

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: