VIDEO: RAMASAMY AKTIVIS PENGGANAS TAMIL EELAM PUNYAI PENGIKUT DI MALAYSIA

 

Zamri Vinoth mendakwa P Ramasamy adalah aktivis pengganas LTTE

Isu LTTE atau pengganas Tamil Eelam ini dibangkitkan bukanlah bertujuan hendak menghasut.

Sebaliknya kami mahu pihak kerajaan menyiasat dan supaya rakyat berhati-hati, kerana ada pihak di Chennai Tamil Nadu, yang cuba mengaitkan kejadian rusuhan di Kuil Mariamman Seafield tempoh hari sebagai satu rusuhan kaum.

Pemimpin Parti Rakyat Hindu, Arjun Sampath, di Chennai Tamil Nadu, telah menyebarkan fitnah bahawa kaum Islam Malaysia telah membunuh dan menyembelih wanita dan kanak-kanak di Kuil Mariamman.

A A ALTTE 6

Di Chennai Tamil Nadu ini jugalah bekas Perdana Menteri India, Rajiv Gandhi dibunuh oleh pengganas Tamil Eelam.

Video yang dipaparkan membangkitkan beberapa persoalan dan kenyataan seperti berikut:

  • P Ramasamy, Timbalan Ketua Menteri II, Pulau Pinang didakwa terlibat dalam kumpulan LTTE. Ramasamy didapati sering mengeluarkan kenyataan tentang Tamil Nadu, seakan-akan dia adalah ADUN Tamil Nadu.
  • Adakah pengaruh Tamil Eelam atau LTTE (The Liberation Tigers of Tamil Eelam) melalui P Ramasamy sudah meresap masuk ke dalam parti DAP, parti komponen PH?
  • Lebih daripada 30 buah negara telah mengharamkan pertubuhan ini, termasuk Amerika Syarikat, United Kingdom, France, Italy, Australia, Sweden, German, Canada, India, negara-negara kesatuan Eropah, dan banyak lagi.
  • Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nation) telah mengisytiharkan LTTE sebagai kumpulan pengganas.
  • Malahan pembunuhan mantan Perdana Menteri India, Rajiv Gandhi, oleh pengebom berani mati, didakwa sebagai perancangan dan tindakan aktivis LTTE. Pengeboman itu juga telah membunuh 14 orang yang berada bersama mendiang Rajiv ketika itu.
  • LTTE bukan sahaja terlibat dengan keganasan, malahan menggunakan wanita sebagai pengebom berani mati.
A A ALTTE 1
Gerila wanita Tamil Eelam (dipetik dari rogerparton.com)
  • Bekas Ketua Polis Negara,  Tan Sri Musa Hassan juga pernah dilaporkan mengesan kewujudan beberapa pemimpin kanan LTTE yang menggunakan Malaysia sebagai tempat perlindungan dan pusat logistic.
  • Gambar Ramasamy menyembah replika AK47, dan gambar Ramasamy terlibat dalam satu sidang yang dikendalikan LTTEtelah menjadi bukti bahawa dia adalah ahli LTTE. Upacara menyembah AK47 adalah salah satu daripada amalan kumpulan pengganas LTTE.
A A ALTTE 2
Ramasamy memuja AK47, salah satu amalan pemujaan pengganas LTTE
  • Ramasamy cuba memberi alasan bahawa dia dijemput oleh kerajaan Sri Lanka, sebaliknya satu kenyataan yang dibuat sendiri oleh Ramasamy ialah dia telah dilantik oleh LTTE dan mempunyai jawatan dalam pertubuhan tersebut.
  • Video majlis LTTE dan penyokong mereka yang dirakam di Malaysia menunjukkan betapa bahayanya LTTE dan Ramasamy, kerana mereka mempunyai potensi untuk mewujudkan keadaan huru-hara untuk mengganggu keamanan negara yang berbilang kaum ini.
  • P Ramasamy juga pernah mencabar kaum Melayu untuk mencetuskan 13 Mei (II) dan mendakwa bahawa Tamil Eelam akan membantu kaum India dan DAP.

A A ALTTE 3

  • Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Tan Sri Mohamed Zaman Khan  pernah membuat laporan polis terhadap Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P.Ramasamy atas kenyataannya yang berbaur hasutan. Namun tiada tindakan jelas yang diambil terhadap Ramasamy.

A A ALTTE 4

  • Kini terbangkit soalan, adakah P Ramasamy salah seorang individu yang berada di sebalik tabir peristiwa rusuhan kuil itu, rentetan daripada rancangan umat Islam untuk mengadakan Perhimpunan 812 Bantah ICERD tempoh hari?
  • Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar juga pernah membangkitkan kes tiga rakyat asing yang ditahan pihak berkuasa sebagai anggota pengganas LTTE. Khalid mendakwa suspek menyusup masuk ke Malaysia sejak 2004 dan menjadikan negara ini sebagai pangkalan untuk mengumpul dana, menyebarkan propaganda selain berusaha mengaktifkan semula aktiviti kumpulan LTTE khususnya di peringkat antarabangsa. Rakyat seluruhnya juga hairan mengapakah Ramasamy bersungguh-sungguh mempertahankan rakyat asing itu? 

A A ALTTE 5

  • P. Ramasamy gah mendakwa bahawa Dr Zakir Naik berbahaya kepada perpaduan Malaysia, namun adakah dia lupa siapa dirinya yang sebenarnya? Adakah Ramasamy juga dilindungi oleh Peguam Negara? Layakkah aktivis pengganas begini berada di Malaysia?

*****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: