INDONESIA MESTI PANTAU PROSIDING KES ROGOL TRONOH SUPAYA RAKYATNYA DIADILI DENGAN SAKSAMA

PENYELEWENGAN kes-kes terpilih yang ditentukan oleh Peguam Negara, Tommy Thomas yang dilihat sebagai boneka DAP-PH bukan lagi suatu mitos politik.

Ketua WHIP Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Azalina Othman Said (juga Ahli Parlimen Pengerang) melahirkan kebimbangan terhadap trend pengguguran kes-kes mahkamah yang melibatkan pemimpin Pakatan Harapan (PH-DAP) sejak kebelakangan ini.

A AAROGOLINDON 2

Apa yang lebih membimbangkan adalah apabila kes-kes tersebut melibatkan kes jenayah seperti kes hasutan, pecah amanah, pembocoran maklumat dan lain-lain.

Semua pihak menghormati kedudukan dan kuasa seseorang Peguam Negara untuk berperanan secara adil dan saksama seperti mana yang termaktub di bawah Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan.

Malahan Perkara 145(3) turut menegaskan bahawa kuasa budi bicara Peguam Negara adalah mutlak dan tidak boleh dicabar di mana-mana Mahkamah.

Namun, trend pengguguran kes-kes mahkamah yang melibatkan pemimpin PH ini perlu penjelasan yang kukuh kerana dibimbangi akan memberi persepsi negatif terhadap amalan doktrin pengasingan kuasa di Malaysia.

A AAROGOLINDON 5

Badan Kehakiman perlu kekal bebas daripada mana-mana campur tangan termasuk dari badan Eksekutif mahupun Legislatif (Undang-Undang).

Justeru itu, Kerajaan PH perlu lebih berhati-hati dalam setiap tindakan yang diambil agar tidak mewujudkan persepsi yang salah terhadap badan kehakiman dan perundangan di negara ini.

Semua pihak seharusnya berpegang dengan prinsip ‘rule of law’ supaya kedaulatan, prestij dan integriti badan Kehakiman Negara terus dihormati.

Lihat sahaja kes (sekadar menyebut beberapa kes):

  • Rasuah rumah banglo Lim Guan Eng yang dibeli di bawah harga semasa daripada konconya yang mempunyai kepentingan politik
  • Rasuah terowong bawah laut Pulau Pinang yang seakan dilupakan begitu sahaja,
  • Penghinaan terhadap Raja-Raja dan menghapuskan Raja-Raja Melayu, Ustaz DAP, Wan Ji dibebaskan setelah disumbat ke penjara dua setelah dijatuhi hukuman penjara satu tahun
  • Rafizi Ramli yang telah dijatuhi hukuman penjara 18 bulan, telah ditutup kes begitu sahaja
  • Laporan polis terhadap kegiatan P Ramasamy dalam aktiviti pengganas Tamil Eelam diabaikan begitu sahaja
  • Laporan polis terhadap hasutan Nga Kor Ming yang mengeluarkan kenyataan bahawa Penyatuan Ummah sebagai pembentukan kumpulan radikal Taliban
  • Laporan polis terhadap Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Engyang menyifatkan kerjasama antara UMNO dan PAS sebagai satu ‘pengisytiharan perang’ kepada masyarakat bukan Melayu.

Terkini kes rogol pembantu rumah ADUN Tronoh DAP, Paul Yong telah dilaporkan tiga kali ditolak oleh pihak Peguam Negara, namun laporan kali ke-4 yang mengemukakan hasil siasatan yang mendapati terdapat tinggalan air mani perogol dalam faraj mangsa, baharulah kes itu dibuka untuk diadili di mahkamah.

B A TRONOH ROGOL 1A
Sila rujuk Kes rogol Tronoh

Pembantu rumah tersebut adalah rakyat Indonesia, dan semestinya kerajaan Indonesia dan pakar perundang-undangan Indonesia membuat pemantauan rapi serta mengikuti prosiding kes tersebut supaya ia tidak diselewengkan oleh pihak Peguam Negara untuk menyelamatkan konco politik DAP.

ADUN DAP Tronoh, Paul Yong telah dilaporkan merogol seorang pembantu rumah dari Indonesia itu dan laporan polis telah dibuat oleh pembantu rumah itu sendiri.

Lokman Noor Adam mendakwa bahawa terdapat cubaan menipu apabila Paul Yong dan isterinya telah membuat kenyataan bahawa Paul Yong adalah seorang lelaki mati pucuk (bermaksud zakarnya tidak berfungsi untuk sebarang aksi persetubuhan).

Jika benar Paul Yong mati pucuk, maka tuduhan rogol yang dibuat oleh pihak pembantu rumah itu adalah satu penganiayaan terhadap Paul Yong.

Walau bagaimanapun, tahniah diucapkan kepada Polis DiRaja Malaysia kerana tiga kali laporan siasatan dihantar kepada Peguam Negara, Thommy Thomas telah ditolak, tetapi akhirnya laporan siasatan keempat telah diterima.

Lokman mendakwa bahawa penolakan siasatan pihak polis yang terdahulu adalah atas desakan dan tekanan pemimpin DAP terhadap Tommy Thomas.

Laporan siasatan keempat diterima kerana kesan faraj mangsa didapati terkoyak (akibat dirogol?).

Lebih daripada itu, bukan sahaja terdapat kesan koyak pada faraj mangsa tetapi pihak penyiasat telah menemui sperma (air mani) perogol.  Mangsa adalah merupakan pembantu rumah kepada ADUN Tronoh Paul Yong.

Tidak pula dijelaskan air mani siapakah yang ditemui itu, adakah ia milik Paul Yong atau orang lain dan ia masih dalam siasatan.

Setakat ini kita belum tahu sama ada Paul Yong mengaku bersalah atau tidak.

Adalah wajar dan penting sekali bagi kerajaan Indonesia memantau dan mengikuti atau sebolehnya menghantar wakil pakar perundang-undangannya bagi memastikan bahawa prosiding mahkamah bagi kes rogol rakyatnya itu dijalankan dengan adil dan saksama.

*****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: