VIDEO – GUAN ENG BAGAIKAN BERUK KENA BELACAN

Presiden MCA Datok Seri Ir Dr Wee Ka Siong menempelak Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sebagai ‘beruk kena belacan’ (samalah kera, siamang, monyet, lutong, ungka, babun), apabila Guan Eng melenting dan emosional menuduh UMNO dan PAS sebagai dalang gerakan ‘boikot produk bukan-Muslim’ dengan sokongan MCA dan MIC.

Malahan dengan sinis Guan Eng mahu umat Islam memboikot telefon bimbit buatan China. Nampaknya Guan Eng gagal memahami soal produk haram dan halal dan gagal membezakan produk buatan China dan Cina.

A BERUK 2

Guan Eng juga menganggap kempen boikot barangan bukan-Muslim tersebut digerakkan oleh kumpulan ekstremis perkauman dan agama.

Ia selari dengan kenyataan DAP sebelum ini yang melihat penyatuan Ummah UMNO-PAS sebagai satu gerakan ala ‘taliban.’

A BERUK 3

 

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menolak cubaan Lim Guan Eng mengaitkan kempen itu dengan UMNO dan PAS.

Ia hanyalah kempen NGO sebagai inisiatif bagi memberi kesedaran terhadap orang-orang Islam tentang kewajiban mereka untuk mendapatkan produk yang benar-benar halal dan kesucian tanpa was-was.

Guan Eng tidak wajar mengaitkan UMNO dan Pas. Boikot atau tidak itu adalah hak pengguna. Pengguna mempunyai kuasa penuh di dalam membuat keputusan tanpa dipengaruhi oleh sesiapa.

NGO Gerakan Pembela Ummah (Ummah) dan Koperasi Al-Hilal Berhad (Kohilal) menegaskan kempen berkenaan memberi penekanan kepada mengutamakan produk muslim dan bukannya memboikot barangan bukan Islam.

Guan Eng juga cuba mengaitkan MCA dan MIC sebagai parti yang menyokong kempen ‘boikot produk bukan-Muslim.’

Nampak sangat Guan Eng cuba menjadi jagoh kaum Cina dan jagoh kaum bukan-Melayu apabila menyerang MCA dan MIC.

Orang Islam berhak memilih produk halal kerana pegangan agama mereka. Malahan perkara ini bukanlah suatu isu kerana produk bukan-Muslim dikehendaki mendapatkan sijil halal supaya tidak mengelirukan pengguna Islam.

Dengan itu Wee menempelak Guan Eng sebagai gagal memahami bahasa Malaysia dan mempertikaikan penguasaan bahasa Malaysia Menteri Kewangan itu.

DS Dr Wee lantas mencadangkan agar Guan Eng menduduki semula SPM khususnya bagi subjek Bahasa Malaysia.

Sebelum ini DS Dr Wee berkata beliau telah mengeluarkan kenyataan membantah tindakan boikot sedemikian pada 2 September lalu, namun Guan Eng tidak mengendahkan kenyataan DS Wee.

PH sebagai kerajaan, mempunyai kuasa untuk bertindak sekiranya mendapati kempen boikot sebegitu menyalahi undang-undang.

Sebaliknya Guang Eng mereka-reka cerita semborono dan cuba melaga-lagakan MCA, UMNO dan PAS.

Wee juga turut mengulangi dakwaannya yang mempertikaikan Lim sebagai seorang akauntan bertauliah sebagaimana pembohongan latar akademik Guang Eng sebelum ini.

Guang Eng dan juga penasihatnya Tony Puah pernah mengugut untuk mengheret DS Wee ke mahkamah atas dakwaan berkenaan pertikaian kelayakan Guang Eng itu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: