Kumpulan RECS atau ‘Radical Evangelist For Christian State’ yang dikaitkan dengan ancaman keganasan kini disyaki sudah mula menularkan aktiviti mereka di Malaysia.
Kumpulan ekstremis ini cenderung menggunakan agama sebagai modal ideologi perjuangan untuk menarik perhatian rakyat bagi menyokong pergerakan mereka.
Tindakan drastik Presiden Amerika mengiktiraf Baitul Maqdis sebagai ibu negara Israel telah dijadikan sebagai salah satu agenda perjuangan kumpulan ini untuk mendapatkan sokongan penganut Evangelis lain ke atas ideologi mereka.
Menurut pakar geostrategis Dr Azmi Hassan, pada Mac 2016 Israel telah merayakan ‘hari Jerusalem’ bagi mengiktiraf Baitul Maqdis sebagai ibu negara Israel.
Pada bulan itu juga terdapat satu golongan Evangelis Malaysia yang merayakan hari tersebut tetapi menyangkal kaitannya dengan Israel. Namun dapat difahami bahawa perayaan tersebut cuba disembunyikan kaitannya dengan Israel.
Bagi Dr Azmi, sekiranya isu ini dibiarkan, sedangkan umat Islam di negara ini amat prihatin terhadap perjuangan Palestin, maka ia boleh membawa kepada perbalahan agama dan memporak-perandakan integrasi nasional negara.
Kerajaan hendaklah bertindak segera mengekang pergerakan kumpulan ekstremis ini sebelum ideologi RECS di negara menjadi kuat dan kukuh sehingga menimbulkan gerakan keganasan.
Penasihat Generasi Baru Kristian Malaysia (ANCOM) Jason Leong tegas mengatakan bahawa pihaknya tidak mengiktiraf keputusan yang diumumkan Presiden Donald Trump itu kerana ia bertentangan dengan ajaran Kristian yang menggalakkan keamanan dan keharmonian.
Tindakan AS yang mahu memindahkan kedutaannya ke Baitulmaqdis bukan sekadar menjejaskan umat Islam, tetapi juga penganut Kristian, khususnya yang tinggal di Palestin.
Bagi Leong ini bukan isu agama, tetapi lebih kepada isu kemanusiaan.
Malangnya kumpulan ini sudah mempunyai puluhan ribu penganut di Malaysia.
Agenda utama mereka ialah menyemai perasaan benci kepada negara, merosakkan agama dan akidah.
Malahan mereka menolak sistem beraja di negara ini.
Ancaman berkenaan juga tidak diterima oleh penganut Kristian selain Evangelis di Malaysia.
Bukan sahaja penganut Islam, penganut Kristian juga tidak senang dengan kewujudan RECS ini kerana bimbang dengan pandangan serong masyarakat Malaysia terhadap ajaran Kristian yang sebenarnya.
Pihak Vatican juga bimbang dengan kewujudan kumpulan radikal berkenaan yang mempromosikan perang dan keganasan. Kumpulan RECS ini juga membahayakan fahaman Katolik dan Protestan dan mereka lebih condong kepada politik.
Sebelum ini Senator Dr Ibrahim Abu Shah pernah membangkitkan isu perjuangan mewujudkan Republik Kristian-Zionis daripada kalangan pemimpin DAP.
Ibrahim mengemukakan beberapa buah buku yang telah mendedahkan agenda tersembunyi DAP dalam gerakan mereka untuk menjadikan Pulau Pinang sebuah negeri Christian-Yahudi. Malah sudah gah terpampang Salib ‘gergasi’ di Pulau Pinang yang pernah menjadi isu kontroversial, tapi ditepis dengan pelbagai alasan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang (sila rujuk https://cungkil.wordpress.com/2019/05/26/dap-lebih-bahaya-daripada-pengganas-isis-atau-daesh/)
Menurut Ibrahim agenda tersebut dipelopori oleh DAP yang menurut pandangan penulis buku berkenaan, ‘DAP adalah lebih berbahaya daripada ISIS, IS atau pun Daesh’ yang pernah bertindak ganas di Iraq dan Syria serta di negara Barat.
****
Tinggalkan Jawapan