VIDEO: AIR MANI DALAM FARAJ MANGSA ROGOL TRONOH

Kes rogol pembantu rumah ADUN DAP Tronoh terus menjadi polemik media sosial apabila Lokman Noor Adam telah mendedahkan maklumat terkini yang agak memeranjatkan.  Ia didedahkan melalui video terbitan Kelantan News dalam YouTube.

ADUN DAP Tronoh, Paul Yong telah dilaporkan merogol seorang pembantu rumah dari Indonesia. Laporan dibuat oleh pembantu rumah itu sendiri.

Lokman Noor Adam mendakwa bahawa terdapat cubaan menipu apabila Paul Yong dan isterinya telah membuat kenyataan bahawa Paul Yong adalah seorang lelaki mati pucuk (bermaksud zakarnya tidak berfungsi untuk sebarang aksi persetubuhan).

Dengan itu juga Lokman mencanangkan logo baru bagi DAP yang amat memalukan.

B A TRONOH ROGOL 1

Jika benar Paul Yong mati pucuk, maka tuduhan rogol yang dibuat oleh pihak pembantu rumah itu adalah satu penganiayaan terhadap Paul Yong.

Dalam erti kata yang lain Paul Yong adalah mangsa politik, dan bukannya wanita pembantu rumah itu yang menjadi mangsa rogol.

Walau bagaimanapun, tahniah diucapkan kepada Polis DiRaja Malaysia kerana tiga kali laporan siasatan dihantar kepada Peguam Negara, Thommy Thomas telah ditolak, tetapi akhirnya laporan siasatan keempat telah diterima.

Lokman mendakwa bahawa penolakan siasatan pihak polis yang terdahulu adalah atas desakan dan tekanan pemimpin DAP terhadap Tommy Thomas.

B A TRONOH ROGOL 2

Laporan siasatan keempat diterima kerana kesan faraj mangsa didapati terkoyak (akibat dirogol?).

Lebih daripada itu, bukan sahaja terdapat kesan koyak pada faraj mangsa tetapi pihak penyiasat telah menemui sperma (air mani) perogol.  Mangsa adalah merupakan pembantu rumah kepada ADUN Tronoh Paul Yong.

Tidak pula dijelaskan air mani siapakah yang ditemui itu, adakah ia milik Paul Yong atau orang lain.

Walau apapun kebenarannya, kita tunggulah keputusan perbicaraan kes ini nanti.

Paul Yong yang sebelumnya berkeras tidak mahu bercuti rehat atas akibat kes ini, telahpun berbuat demikian kemudiannya.

B A TRONOH ROGOL 3

Mungkin tindakan terkini Paul Yong yang membuat keputusan untuk bercuti adalah kerana penemuan terbaru siasatan polis yang dikaitkan dengan air mani pada faraj mangsa.

Rakyat harap pihak mahkamah, baik Peguam Negara dan pihak Hakim, dapat menegakkan kebenaran dan bukannya bertindak mengikut kehendak parti politik yang tertentu.

Rakyat sedang memerhatikan sejauh manakah keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang negara diamalkan di negara ini. Janganlah kepercayaan rakyat diperolok-olokkan.

*****

Advertisement

One thought on “VIDEO: AIR MANI DALAM FARAJ MANGSA ROGOL TRONOH

Add yours

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: