SIAPAKAH YANG RASIS- BANGSA DAP ATAU KAUM MELAYU YANG PERTAHANKAN HAK MEREKA?

PEMIMPIN tertentu dalam PH, terutamanya dalam kalangan parti cauvinis DAP nampaknya lupa siapakah diri mereka di bumi Tanah Melayu ini.

Mereka cuba menjadikan hak keistimewaan Melayu sebagai alasan dangkal untuk menindas kaum Melayu.

Adakah mereka lupa bagaimana pemimpin mereka terdahulu begitu menghormati dan berterima kasih kepada toleransi kaum Melayu dan pemimpinnya yang memberikan mereka kerakyatan dan tempat untuk hidup di Tanah Melayu ini.

Apakah dalam situasi yang sama, mereka boleh mendapat tempat di Indonesia, Thailand, Vietnam, Burma, Sri Lanka, Kambodia dan Filipina?

Soalan yang sama juga, adakah kaum Melayu yang menjadi pendatang di India dan China akan diberikan layanan sebagaimana kaum Cina dan India terima di bumi bertuah Tanah Melayu ini?

B A RASIS 2

Lihat sahaja sejarah, apabila bekas Presiden MCA, Tun Tan Siew Sin membuat pengakuan bahawa “Kaum Melayu melalui UMNO terlalu bermurah hati untuk melonggarkan undang-undang kerakyatan negara ini… MCA dan MIC bersetuju untuk meneruskan dasar mempertahankan kedudukan istimewa kaum Melayu.”

Manakala bekas Presiden MIC, Tun Sambanthan pula mengatakan bahawa jika dilihat di serata negara di Asia dan Asia Timur, kaum India sepertinya tidak diterima di Ceylon (Sri Lanka), dan di Burma. Katanya, “Lihat pula saudara kita daripada kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, dan Kambodia dan juga di negara-negara lain.”

“Apakah bantuan kerakyatan yang mereka terima daripada negara-negara ini? Di Burma kaum India dihantar balik ke India, di Ceylon mereka tidak diberikan kerakyatan, begitu juga di Burma. Saya tahu dan kamu tahu. Tapi di Malaya (Tanah Melayu) lain pula. Di sini pemimpin Melayu berkata, “Kita akan menerima mereka sebagai saudara kita, kita akan berikan kepada mereka peluang untuk tinggal di negara ini. Kita akan berikan peluang sepenuhnya untuk bermastautin dan menjadi rakyat di negara ini.”

Namun pada hari ini, sebagaimana gerila komunis mendapat kuasa dua minggu pada tahun 1948 setelah tamatnya Perang Dunia Kedua dahulu dan sebelum kedatangan semula British ke Tanah Melayu, begitulah sikap ganas dan rakus pemimpin PH khususnya ‘bangsa DAP’ terhadap kaum Melayu.

Baru beberapa bulan memang PRU14, perangai mereka seperti anjing lapar yang tidak lagi mengenal siapa ibu dan siapa bapa mereka.

Mereka menjadi rasis, sehingga ada yang berani mengatakan bahawa kaum Melayu adalah kaum pendatang setelah mereka mendominasi parti PH yang memerintah dengan menjadikan PM tua sebagai boneka mereka.

Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, melalui Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, memandang serius dakwaan kononnya pembangkang (UMNO dan PAS) bertanggungjawab memainkan isu perkauman dan bersikap rasis sedangkan terlalu banyak bukti menunjukkan pimpinan DAP-Pakatan Harapan (PH) yang banyak mencetuskan api kebencian, perkauman dan rasis!

Antara 10 bukti utama sikap dan kenyataan rasis dan cauvinis DAP-PH, termasuklah:

  • Menteri Sumber Manusia DAP, YB M. Kula Segaran menuduh orang Melayu pendatang dan mendakwa orang Tamil yang paling awal bermastautin di tanah ini. (21 Julai 2018)

B A RASIS 5

(2) Exco DAP Kerajaan Negeri Selangor, YB Ganabatirau mendakwa serangan Kuil Sri Mariamman Seafield dirancang dan dilakukan oleh orang Melayu-Islam sehingga membangkitkan kemarahan penganut Hindu, lalu mencetuskan rusuhan dan menyebabkan kematian Allahyarham Adib. (26 November 2018)

B A RASIS 6

(3) Kenyataan bersama Menteri-menteri PH India di Parlimen selepas tuduhan YB Ganabatirau, mengkritik dan menyalahkan pihak polis kerana lewat dan gagal mengawal keadaan serangan ke atas Kuil Sri Mariamman Seafield hakikatnya membakar api perkauman dan menambah kemarahan orang India sehingga dilaporkan berkumpul seramai 10,000 di Kuil Sri Marimman pada malam kedua mengamuk dan melakukan rusuhan sehingga berlakunya peristiwa kematian anggota bomba Arwah Adib. (26 November 2018)

(4) Menteri Kewangan DAP, YB Lim Guan Eng mendakwa Agenda Penyatuan Ummah di antara UMNO-Pas adalah pengisytiharan perang terhadap orang bukan Melayu. (5 Mac 2019)

(5) Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat DAP, YB Ngar Kor Ming mendakwa jika UMNO-Pas berjaya bekerjasama dan membentuk kerajaan dalam PRU-15, maka gabungan ini akan membentuk Kerajaan Taliban seperti di Afghanistan.(8 Mac 2019)

(6) Pemimpin DAP, YB Chong Chien Jen bersetuju dan menyokong kenyataan YB Nga Kor Ming bahawa penyatuan UMNO dan Pas bakal membentuk Kerajaan Taliban sekiranya menang pilihan raya seterusnya telah mencetuskan perasaan takut, rasis dan prejudis dalam kalangan masyarakat bukan Islam terhadap orang Islam di negara ini.(9 Mac 2019)

B A RASIS 7

(7) ADUN Mengkibol DAP, YB Chew Chong Sin mengaitkan insiden pembunuhan tragik di sebuah masjid di Christchurch, New Zealand oleh ekstrimis kulit putih dengan penyatuan orang Melayu melalui kerjasama UMNO-Pas untuk menambahkan lagi perasaan perkauman dan prejudis agama di kalangan rakyat bukan Melayu dan Islam. (16 Mac 2019)

(8) Ahli Parlimen Kluang DAP, YB Wong Shu Qi menghina orang Melayu dan cuba membakar kebencian dalam kalangan orang Cina dengan mengaitkan tulisan Jawi dengan bahan-bahan pornografi dan lucah. (9 Ogos 2019)

(9) Menteri Kewangan DAP, YB Lim Guan Eng sekali lagi mencetuskan api kebencian dan perkauman dengan mendakwa Kerajaan UMNO dan Pas jika berjaya dibentuk akan mengambil hak-hak orang bukan Melayu di Malaysia. (19 Ogos 2019)

B A RASIS 8

(10) Kenyataan rasis dan cauvinis Menteri Perpaduan, Senator P. Waytha Moorty yang mendakwa Malaysia bukanlah sebuah negara moderat progresif Islam seperti disangkakan pihak luar kerana kaum India telah didiskriminasi dalam pelbagai cara antaranya hak beragama serta pemusnahan kira-kira 10,000 kuil. Walaupun ini kenyataan lama, tetapi keangkuhan Waytha Moorthy untuk tidak mahu meminta maaf dan menarik balik kenyataan yang dibuatnya kepada media luar negara adalah amat tidak bertanggungjawab dan menzahirkan sifat rasis pimpinan PH.

Banyak lagi bukti-bukti lain jika hendak disebutkan yang menyerlahkan sifat dan sikap perkauman pimpinan PH yang berterusan membangkitkan kebencian dan prejudis antara agama dan kaum.

Justeru, Pemuda UMNO berharap pihak polis dan Peguam Negara (yang sebenarnya tidak boleh diharap) agar bertindak tegas tanpa pilih kasih dalam tindakan mereka untuk membawa mereka yang mencetuskan api perkauman ke muka pengadilan.

Setiap rakyat juga wajar menolak mereka yang berterusan membangkitkan kebencian antara kaum, demi menyelamatkan negara kita tercinta Malaysia agar terus kekal aman, stabil dan harmoni walaupun rakyatnya majmuk dengan kepelbagaian agama dan kaum.

*****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: