VIDEO TUN MAHATHIR: “ANWAR PENIPU BESAR, ANWAR PANDAI BERSANDIWARA”

Tun Mahathir telah mengeluarkan kenyataan bahawa DS Anwar pandai bersandiwara (berlakon atas pentas) dan Anwar juga adalah seorang ‘penipu besar’.

Bagi Mahathir, Anwar hanya layak menjadi PM di atas pentas sandiwara sahaja.

Walau apa juapun pandangan Tun Mahathir, kita tahu bahawa kebanyakan ahli politik sememangnya bersandiwara, baik DS Anwar mahupun dirinya sendiri.

Mungkin sebab itulah negara hari ini menjadi haru-biru, dan kacau-bilau dengan sandiwara mereka.

Cuma realitinya wang negara lesap, hutang negara meningkat, ekonomi merudum, saham jatuh, nilai ringgit jatuh, pelabur lari ke negara lain, rizab Bank Negara juga susut, kos sara hidup naik mendadak, dan yang paling realiti ialah rakyat menderita akibat sandiwara mereka ini semua.

B ANWARTIPU 2

Sekiranya Mahathir masih berpegang kepada pandangan mindanya bahawa “Anwar penipu besar!”, maka adakah Anwar masih ada ruang untuk menjadi Perdana Menteri?

Sama-samalah kita tunggu dan lihat (kecuali parlimen dibubarkan) apa yang akan terjadi dalam sandiwara ini, setelah musuh ketat seperti Lim Kit Siang pun boleh menjadi rakan sebantal. Adakah sandiwara ini akan berakhir dengan realiti yang lebih parah?

Video yang dimuat naik oleh Raja Petra Kamaruddin sebenarnya adalah versi yang pernah diterbitkan oleh Jayan Nair 5 tahun dahulu.

Dalam video itu Mahathir menempelak Anwar:

“Anwar selalu mengadakan sandiwara.

Sepanjang masa dia hidup dalam sandiwara.

Dia nak jadi PM pun di atas stage bolehlah, sandiwara.

Macam2 dia buat semuanya sandiwara.

Cuma nak ada agenda lain buat lain.

Dia nak bagi selesai masalah MH370 pun satu saat. Ni banyak saat lagi ada, buatlah.

Cakap ikut mulut saja.

Saya tahu (strategi politik Anwar) yang Anwar ni penipu besar.

Kamu (pemberita) boleh tulis, dia akan saman saya RM100 juta.”

Tamat.

******

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: