KIT SIANG SANGGAH MAHATHIR LABELKAN DONG ZONG RASIS

Nampaknya sesama kepimpinan tertinggi PH pun bertelingkah tentang aspirasi kerajaan.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir mengatakan bahawa sejak dahulu lagi Dong Zong (Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia) adalah rasis dan menolak banyak aspirasi kerajaan yang cuba melibatkan integrasi pelbagai kaum.

Tidak hairanlah apa sahaja aspirasi kerajaan dalam hal membina perpaduan kaum dan nasionalisme akan dibantah oleh Dong Zong.

Namun rakyat tahu bahawa di belakang Dong Zong terdapat tangan DAP yang menjadi dalang kepada sebarang tindakan Dong Zong terutamanya pemimpin ‘de facto DAP’ Lim Kit Siang.

Dengan itu juga, rakyat tidak hairan jika Kit Siang dengan pantas bangun untuk menentang kenyataan Mahathir bahawa Dong Zong adalah rasis.

Mahathir melabelkan badan pertubuhan pendidikan Cina, Dong Zong sebagai “rasis” kerana mereka mendakwa langkah kerajaan memperkenalkan tulisan Jawi di sekolah sebagai satu bentuk “Islamisasi”.

Nampak sangat minda skeptikal Dong Zong yang takut pada bayang-bayang, sedangkan memahami tulisan jawi merupakan satu ilmu tambahan kepada anak-anak muda negara untuk mendalami sejarah ‘pandangan dunia’ atau ‘welstanchaung’ anak jati negara ini.

A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A DONGZONG 1

Pertubuhan Pembela Ummah (UMMAH) senada dengan PM dalam perkara ini, dan mereka “memandang serius kerana ia menunjukkan sikap rasis tegar daripada kalangan bangsa pendatang yang besar kepala mahu menunjukkan kedegilan melawan bangsa asal negara ini.”

Mahathir tidak bercakap dengan emosi tanpa fakta kukuh untuk meletakkan Dong Zong sebagai rasis, sebaliknya dia telah memberikan beberapa contoh daripada pengalaman silamnya yang amat faham siapa Dong Zong yang sebenarnya.

Kata Mahathir, “Dong Zong ini rasis. (Dahulu) kita buat sekolah satu kampus – Sekolah Wawasan – sekolah Cina, sekolah Tamil, dan sekolah kebangsaan di dalam satu kampus, tetapi dia tolak.”

Malah timbul juga isu anak-anak kaum Cina yang layak tetapi tidak mahu memasuki sekolah asrama penuh seperti Sekolah Menengah Sains dan Maktab Rendah Sains apabila dibuka kepada kaum Cina kerana bimbang terpengaruh dengan Islam.

“Dia tak mahu (kerana) takut anak dia konon bercampur dengan orang Melayu. Jadi dia (Dong Zong) tak suka orang Melayu.

“Semua dia bantah. Tak pernah dia setuju dengan apa-apa pun (keputusan kerajaan).”

Kumpulan persatuan pendidikan Cina itu telah melancarkan satu petisyen bagi membantah pelaksanaan pengenalan tulisan Jawi dalam buku teks bahasa Melayu, sedangkan tulisan itulah yang digunakan dahulu oleh pejuang kemerdekaan negara, mahupun ketika menentang penjajah Belanda, Inggeris, Jepun dan juga komunis.

Mungkin Kit Siang masih diburu oleh zaman penjajahan Jepun ketika dia menjadi gerila komunis memperjuangkan ideologi Mao Tze Tung untuk menjajah Tanah Melayu.

Bantahan Dong Zong tetap diteruskan di sebalik pengumuman Kementerian Pendidikan pada 8 Ogos lalu bahawa pembelajaran tulisan Jawi di sekolah Cina dan Tamil akan dilaksanakan secara pilihan, dengan guru diberi kuasa menetapkan kaedah pengajaran.

Bermakna pelajaran ‘tulisan Jawi’ itu hanyalah satu mata pelajaran elektif sahaja yang boleh dipilih atau ditolak oleh pelajar.

Kata Mahathir, “Kita dah buat keputusan dah kalau tak nak ambil tukarlah,”

Dr Mahathir seterusnya menerangkan bahawa pelaksanaan pengenalan tulisan Jawi dalam buku teks bahasa Melayu telah diluluskan pada pada tahun 2012, oleh kerajaan BN dahulu.

Walau bagaimanapun kerajaan menegaskan bahawa pelajar tidak akan dinilai mengenai topik tersebut.

Pengumuman itu disambut dengan bantahan sengit daripada kumpulan pendidikan Cina dan Tamil serta pemimpin akar umbi DAP.

“Kenapa Dong Zong masa itu tak ada complaint. Sekarang baru complaint? Adakah pasal sekarang ini bebas?” tegas Mahathir yang ditujukan kepada zaman kerajaan BN 2012.

Namun Mahathir mungkin lupa bahawa pada zaman dialah rakyat melihat pemerintahan kuku besi ala gestapo yang menyekat sebarang kebebasan.

Malahan dia diangkat sebagai ‘Diktator terkenal Dunia’ oleh badan penarafan ‘Ranker’.

Lim Kit Siang menentang kenyataan Mahathir bahawa Dong Zong adalah rasis.

Sebagaimana biasa sikap skeptikal Kit Siang menuduh bahawa terdapat ‘teori konspirasi,’ dan isu tulisan Jawi itu menjadi kontroversi yang dicipta oleh Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik atau Perdana Menteri bagi tujuan politik tertentu.

Dong Zong juga mendakwa bahawa tindakan kerajaan memperkenalkan tulisan jawi di sekolah sebagai satu bentuk gerakan Islamisasi.

Sekiranya tuduhan konspirasi itu adalah untuk agenda islamisasi, maka adakah sekiranya seorang murid Melayu yang belajar tulisan Tamil akan kemudiannya menjadi Hindu?

Ramai orang Melayu di selatan Thai yang menggunakan tulisan ‘Thai’ tidak pula menganut Budha.

Namun Kit Siang lupa tentang konspirasi kristianisasi DAP. Adakah Kit Siang ingat rakyat Melayu-Islam buta apabila sebuah bangunan kediaman tinggi di Pulau Pinang telah meletakkan lambang salib gergasi?

A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A DONGZONG 2

Adakah Kit Siang ingat rakyat Melayu-Islam bodoh apabila bekas Pengarah Strategi DAP bagi Hal Ehwal Melayu-Islam, Mohamad Razali Abdul Rahman telah mendedahkan konspirasi DAP yang mahu menjadikan negara ini negara Kristian dalam sepuluh tahun akan datang?

Banyaklah kepura-puraan dan rahsia konspirasi yang disembunyikan pemimpin DAP ini.

*****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: