ANWAR DAN WAN AZIZAH MALUKAN MAHATHIR

Tun Mahathir telah mengeluarkan kenyataan bahawa kabinetnya tiada kekosongan untuk memberikan jawatan kabinet untuk Presiden PKR, DS Anwar Ibrahim.

A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A MALU1

Malah dalam Mesyuarat Majlis Kepimpinan Tertinggi PH yang diadakan pada 29 Ogos tidak langsung membincangkan jawatan Anwar dalam kabinet, apatah lagi soal menggantikan Mahathir sebagai PM.

Rombakan Kabinet dalam kerajaan tidak dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi yang diadakan pada Khamis, kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bagi Mahathir, jawatan kabinet untuk Anwar hanya boleh diberikan sekiranya ada mana-mana menteri atau timbalan menteri yang meletakkan jawatan.

Kata Mahathir, “Tiada sesiapa yang mahu meletakkan jawatan dan kami tiada kekosongan. Jika ada kekosongan, kami akan fikirkan calon-calon yang sesuai.”

Adakah maksud Mahathir, sekiranya ada jawatan kosong sekalipun, ia tidak semestinya melantik Anwar bagi mengisi kekosongan itu? Malahan Mahathir menegaskan bahawa, “Kerajaan tidak akan membuat perubahan atau penambahan jumlah ahli Kabinet.”

Anwar pula dengan pantas menegaskan bahawa beliau tidak pernah menawarkan diri untuk menyertai Kabinet yang diterajui Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika ini.

Ibarat bidalan yang mengatakan “Ayam tak patuk, itik tak sudu”.

Ia juga boleh diterjemahkan bahawa Anwar sudah serik berada dalam kabinet Mahathir berdasarkan pengalamannya sebagai Timbalan Perdana Menteri kepada Mahathir pada tahun-tahun 1990-an dahulu.

Malah mungkin beliau tidak mahu lagi diperkudakan dan mengunci mulut tentang soal kronisme, nepotisme dan salah guna kuasa oleh pihak atasan.

A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A MALU3

Dalam pada itu satu sindiran pedas dilontarkan oleh Dr Wan Azizah, “Saya kira (akan berlaku kekosongan dalam Kabinet) kalau PM (Perdana Menteri) kosongkan (jawatan), itulah (seperti) yang dijanjikan.”

Sebarang kekosongan jawatan dalam Kabinet mungkin hanya berlaku apabila Tun Dr Mahathir Mohamad meletak jawatan sebagai Perdana Menteri, kata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Maksudnya Anwar hanya mahukan jawatan Perdana Menteri, bukannya jawatan kabinet.

Dengan kata-kata lain Anwar tidak mahu berada di bawah arahan dan telunjuk Mahathir sebagaimana yang dialaminya suatu ketika dahulu, sehingga mengheretnya ke penjara.

Wan Azizah juga tidak mahu meletakkan jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri, supaya ia dapat diisi oleh Anwar.

Jelas bahawa Wan Azizah juga tidak mahu suaminya menjadi Timbalan kepada Mahathir. Jika itu yang berlaku pastinya tragedi ‘Reformasi’ akan berulang kembali.

Apa yang dapat diterjemahkan ialah kenyataan Anwar dan Dr Wan Azizah telah mengaibkan Mahathir, kerana ia membawa kotosi bahawa Anwar tidak ingin berada dalam kabinet Mahathir.

Anwar hanya mahu menerajui kabinet baharu PH tanpa wujudnya Mahathir.

A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A MALU4

Namun bilakah masanya itu? Sedangkan Mahathir berdolak-dalik untuk mengosongkan kerusi Perdana Menteri untuk Anwar.

Jika dahulu ramai yang menjangkakan DS Azmin Ali yang akan menggantikan Mahathir, namun setelah meletusnya kes semburit adakah Azmin masih relevan?

Namun persoalan juga dilemparkan sama ada relevan Anwar menjadi PM?

 

*****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: