‘Pemimpin de facto’ DAP, Lim Kit Siang telah melontarkan pertanyaan dalam blog rasminya sama ada beliau perlu melupakan impian ‘Malaysia Baharu’?
Dia juga meluahkan perasaannya untuk bersara setelah lebih 50 tahun dalam sepak-terajang politik cauvinisme yang kini berjaya mendominasi kerajaan PH.
Adakah Kit Siang cuba beropera sebagaimana drama dalam opera Cina yang penuh dengan mitos, ilusi dan magis?
Tiba-tiba dia melahirkan keresahan bahawa tahap keyakinan dalam kalangan penyokong kaum Cina sendiri terhadap DAP telah menurun.
Kononya DAP akan kehilangan 30 hingga 40 peratus undi di seluruh negara sekiranya PRU diadakan nanti.
Adakah itu benar atau sekadar sandiwara untuk ‘menguji pasaran’ sebagai ‘reverse psychology’ bagi mengukuhkan lagi sokongan kaum Cina dan pemimpin DAP yang rakus melahap harta negara, sehingga lupa pada kesengsaraan rakyat jelata yang majoritinya kaum Melayu?
DAP bangga dapat memberhentikan jawatan penjawat awam yang majoritinya adalah kaum Melayu atas alasan ekonomi, sedangkan isu tersebut tidak timbul semasa BN berkuasa.
Kini rakyat sedang memerhatikan bagaimana kerajaan yang didominasi oleh DAP menyelinap masuk ke dalam institusi yang diterajui oleh masyarakat Melayu-Islam, seperti Bank Islam, Tabung Haji, Khazanah dan banyak lagi.
Lim Kit Siang sepatutnya menunjukkan kebanggaannya kerana sebagai pemimpin utama DAP yang mendominasi PH, dia telah berjaya melumpuhkan kaum Melayu dan menggerakkan fahaman bahawa hak Melayu-Bumiputera dalam Perlembagaan Persekutuan harus dipadamkan.
Namun rakyat sedar, kenyataan Lim Kit Siang untuk bersara adalah kisah ‘surat khabar lama’ yang dikitar semula.
Apakah benar masyarakat Cina DAP sudah hilang keyakinan kepada Lim Kit Siang atau sebenarnya mereka sedang bersorak gembira-ria melihat kelumpuhan kaum Melayu?
Sebelum ini dia juga dia telah mengeluarkan ancaman bahawa DAP akan keluar daripada PH sekiranya mitos Malaysia Baharu gagal direalisasikan.
Hakikatnya Kit Siang cuba menekan perasaan kaum Cina dengan persoalan “Rugi besarlah kaum Cina sekiranya DAP tidak wujud dalam politik Malaysia.”
Rakyat tahu bahawa dogma Kit Siang yang tebal dengan kecinaan, malah lahir di Funan China, dan pernah berjuang sebagai gerilya komunis, hanya berselindung di sebalik Malaysia Baharu kerana mahu mengangkat bangsa Cina DAP dan mengetepikan hak kaum Melayu-Bumiputera.

Malaysia Baharu yang hanya tahu menjual aset negara, dengan lakonan bahawa wang negara telah dirompak oleh kerajaan terdahulu, juga dengan jelasnya gagal mengendalikan ekonomi negara apabila kos sara hidup terus meningkat, nilai ringgit jatuh merudum, harga barang keperluan dan makanan import terus melonjak naik, pelabur asing berpindah ke negara lain, rizab Bank Negara merosot, hutang negara meningkat, manakala Bursa Negara saban hari mengalami kerugian.
Pasti DAP dan masyarakat Cina yang menyokongnya bangga kerana perlahan-lahan mengheret negara ini kepada kemuflisan yang dahulunya dikenali sebagai Tanah Melayu.
Sebaliknya kerajaan PH bangga mahu mengeluarkan ‘kereta terbang’, gojet, bas mini, menyemarakkan kembali sukan grand prix, mewujudkan projek kereta Nasional ke-3, dan macam-macam projek mega yang langsung tidak mencerminkan kesengsaraan ekonomi negara.
PH baru sahaja memerintah selama 1 setengah tahun, namun rakyat sudah merasai penderitaan dan kemelesetan ekonomi yang merudum jauh ketinggalan berbanding Indonesia, Thailand, dan Vietnam. Malah Kampuchea telah menunjukkan prestasi ekonomi yang cemerlang.
Ketika sebelum Mei 2018, ekonomi Malaysia berada di tangga kedua dalam kalangan negara Asia Tenggara, sebagaimana pengiktirafan badan penarafan dunia.
Itukah Malaysia baharu yang Kit Siang perjuangkan, yang penuh mitos seperti opera Cina yang bising membingitkan telinga orang lalu-lalang, tetapi tidak berpijak pada bumi nyata?
Sedangkan rakyat sedang menderita, terutamanya kaum Melayu.
Mengaku sahajalah Kit Siang bahawa kamu sebenarnya rasa bersalah atas kemenangan PH pada PRU14 tempoh hari kerana kemenangan itu hanya berdiri atas propaganda penipuan, fitnah, dan pembohongan politik.
Kamu pandai berjanji bulan-bintang dalam tempoh 100 hari, tapi kini kamu katakan pula bahawa PH memerlukan masa yang lebih.
Kamu dan PH yang didominasi DAP telah membohongi rakyat hidup-hidup.
*****
Tinggalkan Jawapan