VIDEO – KENAPA HARUS NAIK BERANG?

Istilah ‘paria’ bukanlah jargon atau istilah khusus dalam bidang tertentu tetapi ia telah menjadi istilah umum untuk menggambarkan sesuatu yang bermartabat rendah.

Tun Mahathir dalam ucapannya untuk mempertahankan kelangsungan kilang memproses nadir bumi Lynas, telah mengeluarkan kenyataan bahawa Lynas tidak boleh dilayan seperti kasta rendah atau ‘paria’ dan tidak boleh diarahkan memberhentikan operasi di negara ini.

Bagi Mahathir, tindakan sedemikian hanya akan memberi dampak negatif terhadap kecenderungan pelabur asing untuk melabur di Malaysia.

Jika dihentikan pastinya sekali gus merugikan negara kerana nilai pelaburan Lynas di negara ini mencecah RM1.7 bilion dengan menawarkan 700 peluang pekerjaan berkualiti tinggi serta berpendapatan lumayan.

Pakar dalam bidang pencemaran toksik dan juga radiasi telah mengesahkan bahawa sisa daripada Lynas tidak berbahaya.

Namun sebagaimana yang dipolitikkan oleh Timbalan Menteri Fuziah Salleh, radiasi daripada Lynas membawa kesan jangka panjang kepada penduduk sekitar.

A A PARIA 1

Kenyataan Fuziah memperkukuhkan lagi karektor menteri kakistokrasi kerajaan PH.

Soal pencemaran di Pasir Gudang yang sehingga ke hari ini masih memberi kesan langsung tidak pula menjadi fokus menteri seperti Fuziah ini.

Meskipun kes telah dikesan sejak Mac lalu, namun sehingga ke hari ini pelajar sekolah di sekitarnya masih terkesan dengan pencemaran yang dipercayai berpunca daripada sisa toksik kilang-kilang yang tidak bertanggungjawab.

A A PARIA 2

Lynas bukanlah projek ‘paria’ bertaraf rendah seperti projek kilang haram di Pasir Gudang, sebaliknya ia telah diberikan jaminan keselamatan dan pemantauan yang berterusan.

Adakah setakat ini sudah ada pekerja atau penduduk sekeliling Gebeng yang telah mati?

Sedangkan YB Fuziah dan konco-konconya tidak begitu mempedulikan kes kematian haiwan di kawasan terbabit, malahan ada penduduk bandar Times Beach yang terpaksa berhijrah ke tempat lain kerana takutkan akibat yang lebih buruk daripada kilang ‘paria’ ini.

A A PARIA 3
Dipetik daripada Blog Iluminasi

Anehnya yang menjadi isu kepada kepimpinan kerajaan PH ini ialah istilah ‘paria’ yang digunakan, sedangkan ia adalah konsep kasta dalam kepercayaan agama Hindu.

Dalam kepercayaan ini, ia membahagikan penganutnya kepada Brahmin, Ksatria, Vaisya, Sudra dan yang terendah Paria.

A A PARIAH 4

Tidakkah menolak konsep ini akan menjadikan seseorang penganut Hindu itu munafik pada agamanya?

A A PARIAH 5

Dengan itu mengapakah ada dalam kalangan penganut Hindu yang naik berang sehingga membuat laporan polis terhadap kenyataan Mahathir itu?

Jika ada yang merasa terhina dengan taraf kasta yang ditentukan oleh agama mereka itu, maka ikutlah sebagaimana seruan dakwah Dr.Zakir Naik – peluk agama Islam yang tidak membedakan hamba Allah, kecuali tahap keimanan dan ketakwaan masing-masing.

******

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: