VIDEO – RAKYAT DIDESAK RAMPAS KUASA – SAIFUDDIN ABDULLAH

Menteri Luar Negara, Saifuddin Abdullah cuba mengalihkan perhatian rakyat daripada menumpukan perhatian dan membicarakan hal kebobrokan kerajaan PH dengan membangkitkan isu gerakan ‘menggulingkan’ kerajaan PH dengan tindakan yang tidak demokratik.

A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A ARAMPAS 2

Saifuddin sebenarnya gagal mempersoalkan adakah kerajaan PH demokratik?

Kini rakyat yang majoritinya berpendidikan tinggi tidak buta melihat bagaimana badan kehakiman, undang-undang, polis dan SPRM diperkudakan untuk kepentingan kerajaan PH.

Khalayak juga tertanya-tanya apakah ‘petanda’ yang menjadikan Saifuddin resah-gelisah dengan persepsi sedemikian, sedangkan semasa pemerintahan kerajaan BN, beberapa kali perhimpunan jalanan yang ditaja oleh pihak DAP, PKR, PAN dan NGO yang menjadi konco mereka termasuk Tun Mahathir telah mengadakan perhimpunan jalanan.

A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A ARAMPAS 3

Kerajaan BN tidak pernah cuba membangkitkan persepsi bahawa rakyat cuba menggulingkan kerajaan ketika itu sebagaimana yang pernah berlaku di negara jiran seperti Thailand dan Indonesia.

Mungkin mimpi buruk Saifuddin ini tercipta untuk mencari rasional supaya pihak keselamatan negara mengambil tindakan wewenang terhadap suara warganet dengan menuduh bahawa terdapat ‘daulah’ yang disokong pihak istana untuk menggulingkan kerajaan dan pemimpin tua yang memperakui dijadikan ‘boneka’ oleh DAP, parti yang terkenal sebagai anti-Melayu-Islam.

A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A ARAMPAS 7

Kenyataan Saifuddin seiring dengan kenyataan Mahathir bahawa “Ada banyak cubaan lagakan istana dengan kerajaan.” Hakikatnya Mahathir lupa bahawa konco-konconya secara bersembunyi dan secara terbuka sedang menggerakkan propaganda menjadikan negara ini sebuah ‘republik’, mungkin juga sebuah ‘republik rakyat.’

A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A ARAMPAS 8

Demikianlah ketakutan yang sedang mengganggu tidur Perdana Menteri dan menteri-menteri kakistokrasinya setelah melihat hampir 1.9 juta umat Islam-Melayu-Bumiputera berhimpun dalam Perhimpunan Ummah 812 tempoh hari.

Hari ini mimpi ngeri Saifuddin, Mahathir dan menteri-menteri yang mereka perakui sebagai ‘bodoh’ cuba diselindungi dengan mengangkat isu ‘menggulingkan kerajaan.’

Walau bagaimanapun kami percaya bahawa sekiranya ‘tindakan menggulingkan kerajaan’ benar-benar berlaku maka bukanlah kerana rakyat mahu menganiaya kerajaan PH dan Perdana Menterinya yang ‘hampir nyanyuk’ sebagaimana dilihat oleh pihak istana Johor.

A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A ARAMPAS 9

Sebaliknya jika rakyat memberontak menggulingkan kerajaan PH ia adalah kerana pelbagai huru-hara seperti penghinaan golongan kafirun terhadap agama Islam, komplot untuk menghapuskan sistem beraja, sikap wewenang menjual aset negara, perbelanjaan yang boros, hutang negara yang meningkat, pembuangan pekerjaan, isu moral pemimpin PH yang menjijikkan, kos sara hidup yang terus naik, nilai ringgit yang merudum dan turut menaikkan harga barangan import, rasuah yang cuba disembunyikan, undang-undang yang memilih bulu, SPRM dan sistem perundangan yang diperkudakan, dan banyak lagi kegenjotan kerajaan kakistokrasi PH serta Perdana Menteri tuanya.

Jika ia berlaku maka ia bukanlah kerana rakyat dihasut sebaliknya kerana rakyat kini sedang menderita dan jijik melihat kekotoran moral dan kegenjotan demokrasi kerajaan PH.

*****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: