KERAJAAN MAHATHIR KAKI FITNAH

Dilaknati Allah, Mahathir dan konco-konconya apabila sejak 2015 telah menjaja dan mencanangkan bahawa DS Najib telah merompak wang negara RM2.6 bilion melalui pengubahan wang haram yang sumbernya dikatakan datang daripada 1MDB.

A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A AFITNAH 2

Rakyat pasti tidak lupa bagaimana Mahathir dan kaldai-kaldainya menggunakan isu RM2.6 bilion sebagai bahan fitnah dengan sokongan poster dan banner baik dalam dewan parlimen dan di jalanan, malahan dilakonkan supaya kesan fitnah itu kekal dalam minda dan hati rakyat.

A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A AFITNAH 3

Sebaliknya wang RM2.6 bilion itu datangnya daripada sumbangan kerajaan Arab Saudi bagi membantu keutuhan politik negara Islam seperti Malaysia.

A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A AFITNAH 4

Malahan pada 2016 Menteri Luar Arab Saudi ketika itu, Adel Al-Jubeir juga telah mengesahkan sumbangan derma RM2.6 bilion yang masuk ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah tulen dan tidak mengharapkan apa-apa balasan daripadanya. Adel menegaskan, perkara tersebut adalah dalam pengetahuannya.

A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A AFITNAH 5

Lihat sahaja media pro-DAP seperti Malaysiakini yang telah membuat kenyataan yang berkontradik dengan hakikat sebenarnya apabila mendakwa wang RM2.6 bilion tiada kena-mengena dengan Arab Saudi.

A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A AFITNAH 6

Fitnah besar ini juga dicanangkan oleh Menteri Luar PH, Saifuddin Abdullah dengan cereka dan pembohongan bahawa Adel telah mengesahkan pula bahawa RM2.6 bilion itu bukan datangnya daripada kerajaan Arab Saudi.

Tanpa takut pada balasan Allah terhadap dosa fitnah, Saifuddin telah membuat kenyataan kepada Malaysiakini bahawa, “Adel telah menyatakan bahawa (derma RM2.6 bilion) tidak ada kena mengena dengan kerajaan Arab Saudi.” Dia juga mendakwa bahawa pengesahan itu dibuat ketika mereka bertemu di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Ke-73 di New York.

Namun, DS Najib tetap bertegas bahawa wang RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadinya adalah sumbangan keluarga DiRaja Arab Saudi, dan beliau merasa curiga dengan penafian Adel Al-Jubeir sebagaimana didakwa oleh Saifuddin.

Namun hakikatnya apabila Adel dihubungi, dia telah menyatakan bahawa dalam pertemuannya dengan Saifuddin pada September 2018 itu, tiada sebarang soalan dikemukakan kepadanya tentang wang sumbang RM2.6 bilion itu.

Kemudian Saifuddin lagi sekali membuat kenyataan bahawa Adel telah mengesahkan bahawa wang derma RM2.6 bilion itu tiada kena-mengena dengan kerajaan Arab Saudi ketika Adel berkunjung ke Wisma Putra pada Oktober 2018.

A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A AFITNAH 7

Untuk menentang dakyah fitnah konco Mahathir itu, DS Najib telah memuat naik surat rasmi daripada kerajaan Arab Saudi yang menggunakan kepala surat pejabat “Prince Saud Abdul Aziz Majid Al Saud”, tetapi dengan tandatangan “Prince Saud Abdul Aziz Al-Saud”.

Anehnya kerajaan kakistokrasi Mahathir ini tidak langsung peduli dengan kenyataan yang dibuat oleh Adel malah telah dirakamkan melalui video kenyataan Adel bahawa wang RM2.6 bilion itu adalah sah sebagai derma daripada kerajaan Arab Saudi.

Kecelakaan dan penganiayaan terus menimpa Najib apabila pada September tahun lalu, dia juga dihadapkan dengan pertuduhan yang dikaitkan dengan RM2.6 bilion itu.

Hari ni, rakyat melopong dan tercangang apabila fitnah besar Mahathir dan konco-konconya terhadap Najib terbongkar apabila mahkamah telah bersetuju bahawa wang RM2.6 bilion itu adalah sememangnya benar datang daripada sumbangan kerajaan Arab Saudi.

Keputusan tersebut dibuat dalam prosiding perbicaraan ke atas Najib apabila Bank Negara dan ramai pegawai di AmBank tahu dan dimaklumkan bahawa RM2.6 bilion tersebut adalah sumbangan daripada kerajaan Arab Saudi.

A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A AFITNAH 8

Malahan Gavernor Bank Negara ketika itu, Zeti Akhtar Aziz juga bukan sahaja tahu tentang sumber wang berkenaan datangnya daripada kerajaan Arab Saudi malah dia sendiri telah meluluskan transaksi wang tersebut.

Amatlah menyedihkan apabila kaki fitnah yang bekerja di bawah arahan Mahathir telah mencanangkan dalam media arus perdana sejak 2015 lagi bahawa DS Najib telah merompak RM2.6 bilion wang rakyat melalui 1MDB.

Pihak Mahathir dan konco-konconya telah berhempas-pulas membohongi rakyat dengan fitnah tersebut untuk memenangi PRU14. Dengan fitnah itu serta banyak lagi fitnah lain dan pembohongan PH, mereka telah memenangi PRU14 yang lalu.

Sekiranya hal penipuan ini berlaku dalam sukan Olimpik mahupun sukan sekolah-sekolah rendah sekalipun, pastinya keputusan kemenangan itu akan ditarik balik.

Kerajaan PH menang dengan fitnah dan kerajaan yang menang atas kekuatan fitnah akan tumbang – Tuan Ibrahim Tuan Man.

Inilah juga modus operandi Hitler yang digunakan dalam Peperangan Dunia Kedua untuk memperkukuhkan pengaruhnya dengan dogma bahawa “Sesuatu pembohongan itu jika diulang and diulang, maka pembohongan itu akan dipercayai benar. Lagi besar pembohongan itu lagi kuat kesannya.”

Golongan pemfitnah yang berada di sekeliling Mahathir termasuk Mahathir sendiri, dipermudahkan lagi apabila pengundi Malaysia sebagaimana dakwa Mahathir adalah kebanyakannya ‘uneducated’.

A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A AFITNAH 9

Namun sebagaimana kata Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, kerajaan yang menang atas fitnah tidak akan kekal lama, ia akan tumbang dalam masa yang singkat.

*****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: