VIDEO – PEMIMPIN PKR MAHU RAKYAT MENENTANG KERAJAAN KORUP MAHATHIR

Ekoran video semburit yang disahkan tulen oleh pakar forensik digital Australia dan juga PDRM, beberapa pemimpin PKR menggesa kerajaan membuktikan komitmen dan kredibiliti bagi menegakkan keadilan.

Pembantu politik DS Anwar Ibrahim, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak yang telah direman polis selama beberapa hari, menyeru rakyat dan penyokong PKR supaya bangun menentang kerajaan korup (rosak, menyeleweng dan rasuah).

Farhash membantah tindakan polis yang dianggap sebagai merampas kebebasannya. Tiada laporan polis terhadapnya, lalu mengapa dia direman selama tujuh hari dan berura-ura menahannya lebih daripada itu.

Dia mendakwa dilayan seperti orang salah sedangkan dia bukan orang kena tuduh (OKT).

Dia bertanya adakah dia berwajah seperti Azmin Ali sehingga dia ditahan reman? Kenapa tidak menahan reman orang yang berwajah seperti Azmin Ali?

Pihak polis yang menahannya juga seperti terkeliru. Mengapakah dirinya ditahan, mengapakah Azmin Ali tidak ditahan?

Bagi Farhash terdapat konspirasi politik yang cuba menjatuhkan Anwar Ibrahim.

Persoalannya siapakah pemimpin tertinggi PH? Apakah Farhash baru mengenali Mahathir- antara manusia diktator dunia yang berada dalam senarai ‘Ranker’?

A A A A A A A A A A A A A A A A A KABLOOMBERG 2

Kalau Anwar Ibrahim pun ditahan tanpa pertuduhan mahkamah pada 1998, maka kamu siapa Farhash?

Farhash juga menekankan jika IGP (Ketua Polis Negara) mahu menunjukkan kredibilitinya, maka heretlah Azmin Ali untuk direman.

“Jika undang-undang sudah tidak lagi saksama (adil) maka reformasi menjadi tanggungjawab rakyat,” jeritnya ketika membuat kenyataan di tempat terbuka di hadapan penyokong PKR (pastinya daripada kem Anwar Ibrahim).

Pada Ogos tahun lepas, video Anwar Ibrahim mengutuk Azmin Ali sebagai barua Mahathir juga tersebar. Namun sebagaimana biasa Anwar menafikan suara miripnya itu sebagai suara dia.

Apapun yang menjadi isu ialah intipati video itu yang memaparkan kemelut perpecahan dalam kepimpinan tertinggi PKR.

Antara intipati rakaman audio tersebut adalah, “Sebab itu I suruh Rafizi lawan Azmin. Azmin sudah jadi barua pada Mahathir. Pasal apa? Dulu dia (Mahathir) tuduh saya liwat. Dia jangan lupa, apa jadi dengan kes Forex dia, RM30 bilion? Dia lantik diri dia jadi Pengerusi Khazanah. Apa ni? Rakyat rugi. MAS rugi. Khazanah rugi.”

Hari ini konflik Anwar-Azmin menjadi realiti, sebagaimana yang dihujahkan oleh ‘Anwar’ dalam video itu. Terkini, Mahathir sedang sibuk menjual eset Khazanah dengan pelbagai alasan dan pastinya kerana mahu membangunkan negara setelah berlaku ‘rompakan’ yang sering menjadi jajaannya.

Dalam prinsip yang sedemikian pihak PDRM tidak boleh bertindak mengikut kepentingan politik dan memilih kes.

Jika kes liwat Anwar dahulu telah menjerumuskan dirinya ke penjara, mengapa pula kes video semburit yang terang-terang menonjolkan pelakunya tidak dipedulikan sebaliknya pihak yang tiada dalam video itu pula yang ditahan?

Beberapa minggu lalu Timbalan Ketua Menteri (II) Pulau Pinang dan ADUN Perai, P. Ramasamy juga telah menyeru ahli PKR supaya bangun menentang Mahathir. Ramasamy mempunyai ‘locus standi’ bagi mewakili suara DAP.

A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A ANWAR VS AZMIN 2 A

Ramasamy telah mengeluarkan kenyataan supaya ahli-ahli PKR membina semula gerakan Reformasi sebagaimana gegak-gempitanya gerakan Reformasi 1998 yang diterajui oleh DS Anwar untuk menentang harimau yang bernama Mahathir. Dia mengatakan, “It is not too late. PKR members must forget about the video and join forces with fraternal parties to reset the political path of this nation. You can call it the second reformasi!”

Jelaslah kenyataan Ramasamy selari dengan seruan Farhash yang jelas menunjukkan bahawa pemimpin PKR sendiri sudah mual dengan gaya diktator kepimpinan Mahathir yang jelas memperkudakan badan perundangan.

Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim, telah menggesa pihak kerajaan, khususnya pihak PDRM, membuktikan kesungguhannya menegakkan kedaulatan undang-undang berhubung isu video seks luar tabii yang melibatkan Menteri Ekonomi, Azmin Ali.

Kata Hassan, “Saya menuntut Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad supaya menjalankan tugasnya yang diamanahkan oleh rakyat berdasarkan prinsip kedaulatan undang-undang dan keluhuran perlembagaan.”

Hassan berkata prinsip yang sama juga harus diikuti Peguam Negara Tommy Thomas dan Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador, dan menegaskan bahawa mereka mesti bertindak “tanpa rasa takut atau pilih kasih”.

Pihak berkuasa sudah mempunyai saksi material yang membuat pengakuan secara sukarela bahawa beliau salah seorang pelaku dalam kes hubungan seks itu yang mengikut Kanun Keseksaan Malaysia adalah satu kesalahan jenayah yang boleh dihukum penjara dan sebat.

Video seks itu telah merosakkan reputasi negara di peringkat antarabangsa dan memalukan lebih 32 juta rakyat Malaysia.

Mungkin inilah balasan Allah terhadap kepimpinan korup Mahathir yang memperkudakan badan perundangan untuk kepentingannya.

Dalam kes Anwar pada peringkat awal semasa berlaku konflik dengan Mahathir, dia (Mahathir) mendakwa bahawa mahkamah yang telah menahan Anwar. Sebaliknya rakyat tahu atas arahan siapakah pihak berkuasa telah menahan Anwar, meskipun belum disabitkan dengan kesalahan.

Namun hari ini berbeza pula dengan Azmin Ali walau pun video semburit itu telah disahkan tulen.

Bagaimanakah video disahkan tulen tetapi subjeknya dikatakan tidak tulen?

Inilah putar-belit seorang pemimpin yang pernah mengaku bahawa dia adalah kaldai DAP.

*****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: