ANWAR LAWAN AZMIN, MAHATHIR YANG MENANG

Kemelut perang DS Anwar-Azmin sebenarnya bukanlah bermula dengan video semburit. Ia sudah lama bermula, ketika Anwar masih di penjara lagi.

Isteri Anwar, DS Dr Wan Azizah, sebagai proksi Anwar sudah lama menunjukkan kebenciannya kepada Azmin kerana kisah silam Azmin dengan Anwar.

A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A ANWAR VS AZMIN 2

Konflik Wan Azizah-Azmin menjadi lebih parah apabila Wan Azizah diheret ke Selangor setelah gagalnya gerakan ‘Langkah Kajang’. Setelah Anwar Ibrahim disabitkan lagi sekali dengan kes sodomi, Wan Azizah terpaksa ‘berlutut’ pada Azmin untuk mendapatkan tempat bertanding di Selangor, sedangkan dia adalah Presiden PKR.

Ketika pemilihan PKR tahun lalu, rakyat melihat bagaimana wujudnya kem Rafizi-Azmin, dengan Wan Azizah berpihak kepada Rafizi dan menolak Azmin. Ia jelas apabila di tengah-tengah pemilihan PKR di Julau Sarawak, Wan Azizah telah datang dan memberikan peruntukan RM100 ribu untuk kem Rafizi dengan alasan untuk membina jalan.

A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A ANWAR VS AZMIN 3

Pastinya kemelut perbalahan itu menonjolkan Wan Azizah sebagai proksi Anwar dalam kancah perebutan kuasa dan pengaruh Azmin.

Walau bagaimanapun rakyat Selangor dapat lihat betapa kuatnya pengaruh Azmin yang tidak mudah dikalahkan oleh kem Anwar, apabila Azmin tetap utuh, agam tidak dapat dikalahkan oleh Rafizi yang merupakan orang kuat Anwar. Malah ada penganalisis yang menterjemahkan perebutan jawatan Timbalan Presiden PKR antara Rafizi-Azmin adalah pertandingan proksi Anwar-Mahathir.

Malah setelah bebas daripada penjara atas ihsan pengampunan DYMM SPB Yang DiPertuan Agong, Anwar masih goyah untuk mengalahkan pengaruh Azmin di Selangor dan terpaksa bertanding di Port Dickson.

Azmin, selaku Menteri Besar Selangor telah menjadi ‘budak kesayangan’ Tun Mahathir. Dalam percaturan ini ia amat penting bagi Mahathir untuk menyokong Azmin daripada Anwar kerana pastinya untuk menjatuhkan Azmin lebih mudah daripada gerakan menjatuhkan Anwar.

Mahathir juga mempunyai perancangan masa depan untuk anak kesayangannya Mukhriz yang dilihat oleh penganalisis sebagai anak manja yang harus disuap ketika makan.

A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A ANWAR VS AZMIN 4

Mahathir pernah meluahkan perasaannya kepada media antarabangsa bahawa dia tidak mahu seorang ‘peliwat’ menjadi PM

Mahathir pernah meluahkan perasaannya kepada khalayak generasi muda dalam dalam satu sesi dialog town hall di Petaling Jaya berhubung pendiriannya terhadap Anwar.

“Saya tidak dapat terima seorang lelaki peliwat akan menjadi pemimpin negara ini.”

Malah kenyataan sedemikian juga pernah diujarkan di hadapan media antarabangsa suatu ketika dahulu.

Malah bekas pengasas dan Naib Presiden PPBM Datuk Hamidah Osman tidak percaya bahawa Mahathir akan menyerah kerusi PM kepada Anwar.

A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A ANWAR VS AZMIN 5

Pelbagai teori konspirasi telah didedahkan dalam media sosial hari ini tentang siapakah dalang di sebalik penularan video semburit yang disahkan tulen itu.

Jika teori konspirasi berkenaan cuba membabitkan Anwar maka nampak sangatlah bahawa Anwar memasang jerat untuk menjerat dirinya sendiri kerana Anwar sudahpun disabitkan dengan kes liwat sebelumnya.

Dengan itu tidak logiklah sekiranya Anwar yang menjadi dalang video semburit itu demi untuk menyekat Azmin yang menjadi ‘kesayangan’ Mahathir menduduki kerusi PM.

Benarkan Azmin disayangi Mahathir sedangkan Mahathir tahu tabiat seksual luar tabii Azmin sebagaimana yang didedahkan oleh adiknya Ummi Hafilda?

A A A A A A A A A A A A A A A A A A ABIAWAK 6

Mahathir bukanlah budak berhingus dalam arena politik. Dia akan buat apa sahaja baik secara halus mahupun secara terbuka untuk menghapuskan pihak yang cuba menghalang niat dan strategi politiknya.

Hari ini anaknya Mukhriz sudah membuat kenyataan terbuka bahawa dia bersedia untuk menduduki kerusi PM yang dimiliki oleh bapanya.

A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A ANWAR VS AZMIN 6

Dengan itu, amat jelaslah bahawa Mahathirlah yang menang dalam perang Anwar-Azmin serta konco-konco mereka dalam kem PKR yang jelas sudah terbelah dua.

Walaupun khalayak tidak tahu siapakah dalang video semburit itu, tetapi logik akal boleh membina satu lagi teori konspirasi dalam politik Malaysia yang huru-hara dan haru-biru sejak PH memegang kuasa.

*****

 

 

 

 

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: