VIDEO- ANWAR DEDAHKAN RASUAH DAN KEZALIMAN MAHATHIR

Mukadimah

DS Anwar Ibrahim, ketika di kemuncak kemelut konfliknya dengan Tun Dr Mahathir telah mendedahkan sikap sombong angkuh, boros, rasuah, kronisme, nepotisme dan kezaliman Perdana Menteri ke-4 dan kini ke-7 itu.

Image result for rasuah nepotisme dan kronisme mahathir

Luahan dan pendedahan Anwar terhadap kezaliman Mahathir ke atasnya, berulang kepada Najib dari aspek undang-undang, tuduhan-tuduhan yang berentetan, mahkamah yang haru-biru, serta tamak haloba Mahathir sendiri.

Hairannya mengapakah sedemikian besarnya persepsinya negatif beliau terhadap Mahathir, tetapi kini beliau tetap mahu bersekongkol dengan Mahathir, membenarkan parti Bunga yang lintang-pukang itu menggunakan simbol PKR dalam PRU14, dan membiarkan Mahathir mengulangi melampiaskan nafsu serakahnya untuk membolot kekayaan negara, wang rakyat, menggunakan instrumen polis dan SPRM serta meruntuhkan demokrasi?

Tidakkah Anwar melihat apa yang sedang Mahathir perlakukan terhadap DS Najib? Malah kata Tan Sri Musa Hitam, jika dia melawan Mahathir dahulu ketika dia menjadi Timbalan Perdana Menteri, nasib dia samalah dengan nasib Najib.

Pendedahan Anwar: Rasuah, Nepotisme dan Kronisme

Saya tahu banyak rahsia mereka (Mahathir dan kroninya). Saya tahu beberapa bilion ringgit wang umno yang dicuri untuk kepentingan beberapa orang.

Saya tahu beberapa banyak wang, satu bilion bulan Oktober yang dikeluarkan dari dalam negara ke luar negara ke satu akaun bank di sekitar Zurich.

A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A AMADEAD 1

Saya telah laporkan kepada Dr mahathir, mengharapkan dia pemimpin yang boleh dipercayai, rupa-rupanya dia menyimpan maklumat itu dan saya tidak boleh nafikan bahawa ada pakatan sulit antara dia dan beberapa orang berkenaan.

Saya tahu rahsia bagaimana beberapa projek digunakan dan dimanfaatkan untuk beberapa kawan dan suku-sakatnya. Mereka takut dengan maklumat ini.

Tetapi saya telah beritahu bahawa saya pada peringkat awalnya tidak bercadang untuk menentang Dr Mahathir dalam pimpinan parti dan kerajaan, mengharapkan bahawa beliau akan berhenti secara terhormat dan bila kita mengambil alih kita akan betulkan secara baik tanpa membawa imej yang jijik terhadap keburukan-keburukan beliau.

Mahathir Menghina dan Mempermainkan Hukum Agama

Tetapi beliau telah tidak beri pilihan. Beliau menghina saya, menghina ulama, mempermainkan hukum agama kerana mereka menganggap beliau maha kuasa dan dikelilingi orang-orang yang tidak ada keberanian sama sekali untuk membuat teguran terhadap beliau. Beliau hidup dalam dunia impian, beliau hidup tidak jejak bumi yang nyata.

Beliau anggap beliau PM yang paling popular di dunia dan beliau juga anggap bahawa beliau telah dapat bertindak apa sahaja mengikut kehendak nafsu serakah beliau, dan beliau melakukan kesilapan besar kerana bertindak zalim dan doa orang yang dizalimi atau makhluk insyaAllah akan dikabuli oleh Allah SWT.

Kita telah berusaha menasihat sebagai anak kepada bapa. Saya tidak boleh nafikan memang saya ada kasih kepada Dr Mahathir sebagai bapa. Sakitnya demamnya penatnya saya ambil tahu.

Mahathir Zalim

Saya tidak jangka sama sekali dia akan bertindak zalim dan separuh gila dengan mengambil tindakan yang dilakukan kepada saya semata-mata kerana takut bahawa saya tahu terlalu banyak dan dan rahsia terlalu banyak mungkin didedahkan maka cara dan pilihannya ialah untuk mematikan karier politik saya supaya saya tidak mahu bangun lagi.

Projek Untuk Kroni dan Anak-Anak Mahathir

Umumnya diketahui oleh kepimpinan dan rakyat sifat saya terhadap Bakun. Kita tidak sangat menentang sangat projek itu kalau dikendalikan dengan cara teratur dan bukan untuk menjaga kepentingan suku-sakatnya.

Bahkan dalam pembangunan lapangan terbang Sepang sendiripun terlalu banyak kepentingan keluarganya dan anaknya itu diberikan dan kita sedapat upaya cuba elakkan sehingga beliau mula marah-marah.

Dalam kes Petronas dengan MISC sekalipun yang melibatkan anaknya Mirzan Mahathir, kita nasihatkan supaya ikut peraturan. Saya dengan Petronas meminta supaya digunakan penilai antarabangsa, kemudian kami dimarah kerana harganya dia fikir harus lebih tinggi, tetapi harganya melibatkan RM2 bilion duit Petronas wang rakyat jadi kita terpaksa ikut cara dan kaedah yang munasabah tetapi beliau tidak berpuas hati.

Begitu juga dengan kemudahan dan pembangunan Putrajaya kerana dia hidup dalam apa yang disebut ‘de illusion en grande‘, mesti yang tertinggi yang terhebat yang terbesar termasuklah istana rasmi beliau mahunya yang terindah dan terbesar di dunia.

Ada yang mengatakan saya yang luluskan. Saya ingin menyebut saya tidak luluskan pembangunan rumahnya. Itu dibuat melalui satu syarikat Putrajaya Holding dan dengan cara sedemikian mereka dapat arahan secara langsung. Saya tidak menandatangani apa surat sekalipun meluluskan satu istana yang begitu besar bagi seorang Perdana Menteri yang hidup dalam satu dunia impian dan khayalan.

Mahathir Mengecam dan Menghina Raja-Raja

Sebelum ini beliau mengecam Raja-Raja, membazir, beliau meminta dipinda undang-undang. Kita sokong kita fikirkan undang-undang dipinda supaya dikembalikan kuasa kepada rakyat. Rupa-rupanya kuasa Raja dikurangkan diturunkan kadang-kadang dengan cara yang cukup hina dan mengaibkan. Tidak perlu dibuat cara begitu.

Tetapi yang berlaku diambil kuasa Raja diletakkan kepada kepalanya. Jadi akhirnya dia menjadi Perdana Menteri dan Raja dan dewa dan semuanya dan ini yang akhirnya memusuhi beliau sendiri dan merosakkan imejnya.

Istana Perdana Menteri yang Membazirkan Wang Rakyat

Sebab itu juga saya telah tidak meluluskan rumah rasmi timbalan Perdana Menteri di Putrajaya kerana projek pertama sekitar RM70 juta, dikurangkan kepada 40 juta dikurangkan lagi.

Saya kata pada Azizah susah kita nak luluskan dalam keadaan ekonomi begini. Tak apalah kita duduklah di rumah yang lebih sederhana.

A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A AMADEAD 2

Tetapi Dr Mahathir Muhamad tidak dengan cara begitu. Import semuanya dari Perancis peralatan dalaman rumah yang terbaik di dunia. Semuanya first class yang paling baik dan indah. Sepatutnya kita beristighfar dan kita sedar bahawa kita juga ada hadnya.

Beliau bukan terlalu muda, bagaimana mahu terus mengekalkan kuasa menongkat langit dan dengan cara yang kejam dan zalim buat orang seperti ini.

Gunakan instrumen polis seperti Gestapo, memukul, mendera dengan cara yang cukup memalukan.

Mahathir Menodai Sistem Undang-Undang Negara

Mahkamah bersidang dengan cara sidang yang luar biasa cepat dan cekap, tidak mendengar langsung rayuan dan permintaan daripada peguambela.

Kita dengar berulang kali rakyat mesti berkorban tapi apa pengorbanan kita yang memunggah kekayaan ratusan juta dan bilion ringgit. Yang kita dengar berulang kali ialah negara kita tanggungjawab kita.

Rakyat mesti memikul tanggungjawab tetapi tanggungjawab mereka untuk melaksanakan keadilan, pemerintahan mengikut hukum dan undang-undang sendiri tidak dapat ditunaikan dengan baik.

Saya rasa juga sedikit bersalah kerana cuba membawa perubahan sedapat mungkin, sedaya upaya dari dalam, memujuk dan merayu dan menunggu sekian lama dan untuk itu saya memohon maaf kerana walaupun saya basmikan kemiskinan, bangunkan rumah kos rendah, pertahankan demokrasi dan ‘masyarakat madani’ dan membawa imej Islam yang baik, menghormati pandangan ulama, nampaknya saya diketepikan.

Oleh kerana saya berkeras dan berdegil mempertahankan prinsip ini saya mahu dimalukan dan berulang kali akan dibangkitkan tuduhan dan digunakan media untuk mengaibkan saya.

Apa dosa saya? Dosa saya ialah kerana saya nak mempertahankan kebenaran, keadilan dan kepentingan rakyat.

*****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: