PESALAH JENAYAH AKTA HASUTAN DIBENARKAN BERCERAMAH?

Wan Ji Wan Hussin, yang terdahulunya berperanan sebagai pegawai strategis DAP, malah dilantik sebagai Penasihat Agama Islam kepada Ketua Menteri Pulau Pinang (ketika itu Lim Guan Eng), telah dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam kerana kesalahan di bawah Akta Hasutan, Seksyen 4(1c).

Sebelum itu Mahkamah Sesyen telah juga mensabitkan Wan Ji dengan kesalahan di bawah Akta yang sama dan dijatuhi hukuman penjara 9 bulan.

Keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam adalah muktamad, dan dengan itu status Wan Ji adalah ‘pesalah’ kerana didapati bersalah. Dia bukan sahaja disabitkan bersalah oleh Mahkamah Sesyen, malahan juga Mahkamah Tinggi.

Soal dia merayu untuk membawa kes berkenaan ke Mahkamah Rayuan, tidak membatalkan statusnya sebagai pesalah.

Kesalahan Wan Ji bukanlah setakat menghina DYMM Sultan Selangor, tetapi ketika bertindak sebagai pegawai strategis DAP dia telah membentangkan pelan bertindak (kepada cyber trooper RBA-DAP?) untuk menghapuskan sistem Raja Berperlembagaan berkuatkuasa dalam pelan strategiknya mulai 2013 dengan matlamat sistem tersebut terhapus pada 2030.

Dia juga menstrategikan pelabelan Sultan sebagai ‘syaitan atau setan’ untuk mengindoktrinasikan masyarakat supaya membenci Raja-Raja Melayu dan sekaligus merealisasikan ideologi negara republik (sila rujuk video YouTube di bawah).

Pelan tindakan yang dibentangkan oleh Wan Ji itu mendedahkan sikap dan ideologi DAP, terutamanya Lim Guan Eng kerana mengambil dia sebagai pegawai penasihat agama dan telah bertindak sebagai strategis untuk menghapuskan sistem beraja di negara ini yang bertentangan dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

Sesuai sangatlah jika ada pihak yang menggelar Wan Ji sebagai ustaz DAP.

Adakah Wan Ji mahu negara ini menjadi negara Republik Kristian sebagaimana yang pernah disuarakan oleh Senator Tan Sri Dr Ibrahim Abu Shah, beberapa bulan yang lalu, serta pendedahan Bekas Pengarah Strategik Hal Ehwal Orang Melayu-Islam DAP, Muhamad Razali Abdul Rahman? (Sila rujuk video YouTube di bawah)

Tindakan Wan Ji itu juga tidak boleh dipandang ringan hanya dengan hukuman setahun kerana dia telah menghina, mencabar dan berniat memusnahkan sistem Raja Berperlembagaan sebagaimana yang telah dimaktubkan oleh Perlembagaan Persekutuan.

Dengan itu juga dia telah mencabar pihak Raja-Raja Melayu keseluruhannya, termasuk DYMM SPB YDP Agong sebagai payung agama, sebagaimana yang diterima dan dihormati oleh seluruh umat Islam.

Sebagai orang yang berstatus ‘pesalah’ mengapakah Wan Ji masih dibenarkan memberikan ceramah di masjid-masjid di Melaka?

Adakah pihak yang memberikan kebenaran kepada penceramah begini yang dijadikan kaldai DAP dan telah difatwakan sebagai kafir harbi oleh Mufti, serta telah disahkan sebagai ‘pesalah’ oleh Mahkamah Tinggi, masih diberikan kebenaran untuk berceramah di masjid-masjid?

A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A AKERA 8

Siapakah pula jemaah masjid yang diperbodohkan supaya ustaz DAP ini dapat mengindoktrinasikan pemikiran songsangnya selaras dengan dakyah DAP untuk menjadikan negara ini sebagai sebuah republik atau mungkin setaraf dengan Republik Rakyat China yang menjunjung tinggi komunisme dan sedang menindas kaum Islam Uighur?

Bodoh sangatkan ADUN merangkap Timbalan Pengerusi MAIM seperti Sofi Wahab yang menyokong permit membenarkan pesalah begini untuk berceramah di masjid-masjid di Melaka?

Mengapakah pemimpin PH seperti Sofi Wahab ini tidak peka bahawa NGO UMMAH, orang awam dan parti-parti pembangkang juga telah membuat lebih 50 laporan Polis, untuk membantah ceramah ustaz DAP ini?

Adakah Sofi Wahab bertindak wewenang dengan jawatannya sebagai Timbalan Pengerusi MAIM dan membantu Wan Ji menyampaikan dakyahnya dan mengindoktrinasikan masyarakat Islam dengan pelan strategiknya untuk menjadikan negara ini sebuah republik?

Lagi sekali nampaknya strategi PH melalui Sofi Wahab, untuk mengangkat intipati menghapuskan Raja-Raja Melayu dalam Statut Rome cuba diserapkan dalam minda masyarakat.

Tidakkah ADUN seperti Sopi Wahab ini tahu bahawa Wan Ji pernah ‘diharamkan’ untuk berceramah di seluruh Negeri Selangor kerana dakyahnya yang menentang payung agama dan menghina Sultan Selangor?

Rakyat faham sangat sekiranya pihak PH mahupun Sofi yang menyokong ideologi yang dibawa oleh ustaz DAP ini akan terus melatah dan menyalahkan pihak UMNO dan PAS apabila para jemaah masjid membantah ceramahnya.

Cubalah muhasabah diri dan lihat kemaksiatan yang sedang melanda negara melalui pelbagai jenayah kepimpinan PH, rasuah, seks di luar tabii, serta ura-ura membenarkan fahaman Syiah yang saban Jumaat diisytiharkan sebagai sesat dan dilaknati Allah SWT.

Adakah pemimpin Islam dalam PH masih mahu menunggu sehingga Allah turunkan bala ke atas negara ini, dan terheret bersama bencana sengsara dan malapetaka ke atas rakyat yang tidak berdosa?

*******

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: