NAZRI AZIZ PEMIMPIN HEBAT MELAWAN ARUS PERDANA

DS Mohamed Nazri Abdul Aziz adalah pemimpin hebat yang diangkat naik kerana kehebatan ayahnya YB Tan Sri Abdul Aziz Yeop, sama seperti Lee Hsien Loong, Perdana Menteri Singapura yang diangkat kerana berasal daripada benih Lee Kuan Yew, begitu juga mantan Perdana Menteri DS Najib Tun Razak, DS Hishamuddin Hussein Onn, Lim Guan Eng, mahupun DS Mukhriz Mahathir dan ramai lagi.

Mungkin ada antara mereka dan ramai lagi yang lahir dalam kandang politik tempat bapa berjuang, tetapi tidak mendokong falsafah yang dikendong oleh bapa masing-masing.

Rakyat terutamanya di kawasan parlimen mereka, pada hakikatnya bukan mengangkat mereka kerana kehebatan mereka, sebaliknya kerana tempias bapa mereka yang hebat berjiwa rakyat dan mengendong falsafah yang memperjuangkan nasib rakyat.

Almarhum Tan Sri Abdul Aziz Yeop adalah anak Melayu yang hebat kerana dia dikatakan rakyat Malaysia pertama pada zaman itu yang lulus Ijazah Undang-Undang di Lincoln Inn London. Setelah lulus undang-undang dan menjadi peguam, beliau menjadi pegawai kerajaan sebagai peguam, diplomat dan ahli parlimen Padang Rengas pada era Mahathir Muhammad.

Kehebatan TS Aziz Yeop dan semangat membela kaum Melayu-Bumiputera telah menjadikan beliau manusia Melayu yang amat sesuai diangkat sebagai Pengerusi MARA pada 1975.

Ketika itu jugalah DEP dijulang dan ramai anak-anak Melayu yang dilatih mendapat manfaat MARA menjadi profesional sehingga lahirnya jurutera, arkitek, akauntan, ahli korporat serta, usahawan tersohor.

Hari ini Nazri Aziz juga hebat, hebatnya kerana pemikirannya yang menentang arus perdana sehingga kadangkala tertonjol sesuatu yang mungkin masyarakat Melayu tidak suka.

Hari ini sebagai ahli parlimen, Nazri masih ‘survive’ atau masih bernafas, meskipun UMNO tercungap-cungap setelah kalah PRU14.

Kehebatan Nazri terserlah kerana dia bijak memperjudikan kedudukannya dan harapan rakyat Melayu-Islam Padang Rengas.

A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A ANAZRI 2

Di tengah-tengah kemelut rakyat membenci, mendendami kebiadaban DAP mencabuli hak Melayu-Bumiputera dan agama Islam, di tengah-tengah kancah DAP menghancurkan harta milik Melayu-Bumiputera Islam, di tengah-tengah kemelut DAP mengkaldaikan Mahathir, di tengah-tengah kancah DAP mempergunakan mahkamah untuk kepentingan kaum kafirun dan kes-kes serta mangsa-mangsa terpilih, Nazri Aziz selamba sahaja berpelukan dengan Lim Guan Eng yang dilihat oleh rakyat Pulau Pinang sebagai Tokong jika tidak iblis oleh rakyat Melayu-Islam.

Malaysia Today telah mendedahkan bahawa Nazri Aziz memainkan peranan utama dalam kes skandal Terowong Bawah Laut DAP Pulau Pinang apabila menjadi orang tengah kepada pihak yang memperoleh kontrak projek mega tersebut.

A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A ANAZRI 3

Malaysia Today melaporkan bahawa pihak syarikat yang mendapat projek berkenaan yang diwakili oleh Zarul Ahmad telah secara sukarelanya mengaku bahawa dia ditangkap oleh SPRM pada 9 Januari 2018 kerana merasuah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Zarul juga mendakwa dia telah membayar Nazri Aziz sebanyak RM500,000.

A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A ANAZRI 4

Hebatlah Nazri dan selamatlah dia kerana pada era kekuasaan pemerintahan negara yang didominasi DAP, kes skandal Terowong Bawah Laut DAP itu telah dikuburkan oleh pihak Peguam Negara Tommy Thomas.

Nazri Aziz adalah graduat MCKK atau Kolej Melayu Kuala Kangsar yang juga hebat kerana telah melahirkan ramai pemimpin negara serta tokoh profesional dan korporat Melayu.

Pada zaman Almarhum Tun Razak, boleh dikatakan separuh daripada kabinet beliau, serta pegawai tertinggi badan kerajaan, Ketua Polis Negara, Ketua Turus Angkatan Tentera, adalah graduat daripada MCKK belaka.

Ia tidak tumpah seperti Kolej Eton di Britain yang dilihat sebagai sarang kelahiran ahli parlimen Britain sehingga ada yang mengatakan ‘Jika bukan graduat Eton, jangan harap boleh menduduki parlimen Britain.’ Jadi MCKK nampaknya ketika itu adalah Eton Timur!

Tetapi rakyat harus juga tahu, bahawa MCKK mengendong 1001 satu falsafah perjuangan Melayu serta semangat jihad mempertahankan bumi Malaysia ini sebagai Tanah Melayu.

Setelah Nazri menjadi lulusan MCKK dan melanjutkan pengajian ijazah Sarjana Muda dalam bidang undang-undang sama seperti ayahnya di Lincoln Inn London, semangat jitunya mengangkat hak dan keistimewaan Melayu dan menentang sesiapa yang mencabarnya adalah prinsip utama dirinya sebagai hasil benih Tan Sri Abdul Aziz Yeop.

Tetapi nampaknya hari ini, adakah Nazri sudah berubah? Adakah Nazri bukan lagi nasionalis Melayu? Adakah Nazri pro-DAP yang kini diterjemahkan oleh rakyat Melayu-Islam sebagai iblis, malah pernah difatwakan oleh Mufti sebagai ‘kafir harbi’? Di manakah hilangnya semangat waja membela Melayu yang diwarisi daripada MCKK sejak 100 tahun dahulu, dalam diri Nazri?

A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A ANAZRI 5

Beberapa hari lalu, setelah menerima kritikan kerana menentang pelantikan DS Najib Tun Razak sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN), Nazri mencabar agar UMNO membuangnya sebagai ahli UMNO.

Pokoknya sekiranya Nazri membenci DS Najib, Nazri harus sedar bahawa Najib sekadar dilantik sebagai penasihat, dan bukannya pembuat keputusan.

Samalah seperti Allahyarham bapanya yang menasihati Nazri dalam hal membela Melayu, menjauhi rasuah, mendidik anak dengan baik dengan ajaran agama, tetapi tunjangnya ialah diri dia sendiri dalam hal membuat keputusan dan bertanggungjawab terhadap natijah amalannya, bukan ayahnya!

A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A ANAZRI 6

Namun Nazri mungkin lupa bahawa dia sendiri telah membuang jauh falsafah dan perjuangan UMNO bagi membela hak dan kedudukan Melayu-Islam. Walau begitu UMNO tidak bertindak terburu-buru membuang Nazri.

Nazri mengatakan bahawa UMNO amat salah kerana telah membuang Muhyiddin Yassin, kerana Muhyiddin Yassin masih ‘survive’ dalam PRU14 walaupun ditendang keluar oleh UMNO.

Malangnya Nazri lupa bahawa kemenangan PH dan kemenangan Muhyiddin mahupun Shafie Afdal dalam PRU14 adalah kemenangan yang tertegak atas dasar penipuan, pembohongan dan fitnah.

Apakah Nazri lupa bahawa Tun Mahathir juga pernah menasihatkan Nazri supaya keluar dari UMNO, setelah Nazri menuduh Mahathir rasis.

Namun kita tahu bahawa Nazri sayangkan UMNO, atau mungkin tiada parti yang mahu menerima Nazri kerana keceluparannya yang menentang arus perdana.

Nazri juga meminta DS Najib berdiam diri dan menentang pelantikan Najib sebagai Pengerusi Penasihat BN.

Persoalannya, bagaimanakah seseorang itu boleh berdiam diri sekiranya dia diseksa, difitnah, dituduh dan dinista tanpa asas?

Adakah Nazri akan berdiam diri sekiranya dirinya, dan parti kesayangannya dihina, dinista dan difitnah dengan mahkamah diperkudakan? Pasti dia tidak mahu berada di tempat DS Najib. Adakah itu sebabnya dia kini bersekongkol dengan tokong DAP?

Lihat sahaja mahkamah DAP, apabila orang yang disyaki perogol dibebaskan, sedangkan orang yang memeluk menteri atas dasar persahabatan ditahan reman beberapa hari?

 

 

Nazri lupakah bahawa rakyat ditipu oleh PH serta manifestonya yang menjanjikan bulan-bintang, dan kerajaan BN serta UMNO difitnah dengan pembohongan dan penipuan pada kempen PRU14?

Dengan itu amatlah wajar sekiranya rakyat ditemui untuk menjelaskan kepada mereka tentang pembohongan, fitnah dan penipuan pemimpin PH. Dengan itu wajarkah pemimpin seperti DS Najib mahupun rakyat hanya berdiam diri?

Sebaliknya, adakah Nazri sedar ramai orang di luar UMNO mahu dia dipecat daripada UMNO?

Kenapakah orang luar UMNO mahu Nazri dipecat daripada UMNO sedangkan UMNO sendiri masih mempertahankan dia?

Nazri, kamu lupakah bahawa anak kamu Nedim Nazri juga pernah dikaitkan dengan kes jenayah?

A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A ANAZRI 10

Bukan itu sahaja, kamu juga melantik anak kamu sebagai pegawai khas, sedangkan dia terpalit dengan banyak kontroversi sebagaimana yang didedahkan oleh pemimpin PKR, Tian Chua.

Tian Chua dalam blog Dialog Rakyat,  menterjemahkan pelantikan Nedim itu tidak berasas dan sebagai kronisme (atau nepoptisme?) kerana Nedim tidak memiliki kebolehan memegang jawatan itu. Kredibilitinya tidak pernah dibuktikan.

Sebaliknya, Nedim pernah menjadi suspek kes bunuh manakala pengawal peribadinya didakwa terbabit dalam kejadian memukul pengawal keselamatan.

A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A ANAZRI 12

Dari aspek pilihanraya, Prof Dr Ridhuan Tee yakin bahawa Nazri tidak akan meninggalkan kesan besar terhadap UMNO jika dipecat.

Dalam PRU14, Nazri (BN) mendapat 10,491, PKR 7,943, PAS 6,847, majoriti 2,548. Katakan dalam PRU15 Nazri bertanding atas tiket PKR, undi UMNO (BN) lari kepada Nazri 2,000, masih ada 8,000 lebih, campur dengan undi PAS, majoriti jauh lebih besar daripada sebelum ini.

A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A ANAZRI 11

Ridhuan Tee tidak yakin Nazri akan mendapat lebih daripada 2,000 undi UMNO.

Bagi Pengasas Empirical Malaysia, Anina Saadudin pula kenyataan Nazri membantah pelantikan DS Najib sebagai Pengerusi Penasihat BN, dianggap sebagai duri dalam daging kepada perjuangan rakyat.

A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A ANAZRI 9

Setiap hari Datuk Seri Najib mengkritik dan mendedahkan pembohongan kerajaan PH, 100%  bersandarkan data dan fakta yang tidak diubah dan gagal disangkal oleh Pakatan Harapan.

Sedikit demi sedikit rakyat membuka mata terhadap kebenaran kerana Najib langsung tidak memainkan sentimen kebencian, hasutan, malah jauh sekali daripada mengajak rakyat turun memberontak di jalanan walaupun menghadapi puluhan dakwaan yang tidak berasas dan tidak masuk akal di mahkamah.

Berbeza dengan pendekatan DS Anwar Ibrahim yang mahu rakyat memberontak di jalanan, kerana DS Najib tidak mengajak rakyat untuk membela dirinya, sebaliknya beliau yang terus membela rakyat.

Berbeza juga dengan pendekatan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mengajak ahli UMNO memberontak dan menggesa satu demi satu Presiden UMNO meletakkan jawatan. Sebaliknya DS Najib mengajak ahli UMNO berhenti bergaduh dan bersatu di bawah pemimpin-pemimpin yang telah dipilih rakyat.

Kini Datuk Seri Najib mendapat kuasa pengaruh yang begitu besar bukan dari jawatan dalam UMNO tetapi dari sifat kasih sayang yang ditunjukkannya kepada rakyat.

Dengan itu Nazri, kami rasa kamu perlu muhasabah diri. Ingatlah bahawa kamu mengendong harapan rakyat yang memilih kamu pada PRU14 tempoh hari.

Singkapkanlah cermin diri dan lihat secara rasional bukan dengan cara emosional, supaya kamu dapat melihat diri kamu sebagaimana rakyat melihat kamu sekarang.

*****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: