ANWAR MASUK PERANGKAP

DS Anwar Ibrahim mahu pihak polis sahkan adakah video semburit Azmin-Haziq tulen, bukannya sibuk mencari siapakah dalang yang menyebarkan video semburit itu.

Pendirian Anwar adalah betul kerana, katakan apabila ada rakaman video CCTV tentang suatu kes rompakan, pihak polis hendaklah menangkap pelaku rompakan itu dan bukan pihak yang menyebarkan video rompakan itu, kerana yang bersalah ialah perompak. Tidak kiralah sama ada penyebaran video itu bertujuan menjatuhkan maruah perompak semata-mata kerana perompak itu adalah selebriti.

Lantas, daripada laporan pihak forensik digital, pihak polis telah mengesahkan bahawa video tersebut adalah tulen. Walau bagaimanapun pihak forensik tidak dapat mengesahkan adakah pelaku video itu Azmin mahupun Haziq.

Soal adakah pelaku semburit itu Azmin dan Haziq, tidak timbul kerana Haziq sudah mengakui bahawa pelaku video itu adalah dia, dan pasangannya adalah Azmin. Malah Haziq juga telah mengakui bahawa Azmin telah membuat rakaman (mungkin melalui kamera telefon bimbit) untuk simpanan peribadinya. Cuma selanjutnya hendaklah diserahkan kepada prosiding mahkamah.

A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A ANANWAR 2

Jika benarlah dakwaan Haziq itu maka nampaknya Azmin mempunyai tabiat buruk; bukan sahaja bersemburit tetapi suka menonton semula aktiviti bersemburit yang merupakan satu penyakit ketagihan seksual yang diistilahkan sebagai ‘parafilia’ (paraphilia). Ia samalah seperti kes lelaki yang suka mencuri seluar dalam wanita, untuk melampiaskan tabiat parafilianya.

Isunya di sini ialah kenyataan Anwar yang membawa kepada beberapa implikasi. Anwar mahu pihak polis sahkan ketulenan video itu dan menggesa supaya Azmin bercuti sekiranya video itu adalah tulen.

A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A ANANWAR 1

Azmin yang banyak mengetahui rahsia sodomi Anwar lantas berang dan bertindak balas menggesa Anwar supaya cermin diri.

Kami juga percaya pihak yang menularkan video semburit Azmin-Haziq, juga mempunyai simpanan rakaman video semburit Azmin dan pelaku lain, yang mungkin juga Anwar.

A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A ANANWAR 3

Pihak musuh Anwar boleh sahaja bertindak balas dengan perangkap mereka, dan menggesa juga pihak polis supaya mengesahkan adakah video lelaki yang menyerupai Anwar bersama pelacur di dalam bilik yang tersebar suatu ketika dahulu sebagai tulen.

Sekiranya tulen maka tindakan yang sama ke atas Azmin juga hendaklah diambil ke atas Anwar.

Apa yang kami katakan sudahpun berlaku apabila Khairuddin Hassan, ahli PPBM (bekas ahli?) yang sering mengendeng di sisi Tun Mahathir, yang pastinya diterjemahkan sebagai orang kuat Mahathir, telah pun membuat laporan polis agar video itu disiasat oleh pihak polis untuk mengesahkan ketulenannya.

A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A ANANWAR 4

Mengapakah orang kuat Mahathir ini, tiba-tiba mahu menyerang Anwar dan tidak Azmin? Adakah dia hanya merupakan kaldai Mahathir, yang sesetengah penganalisis menyifatkan sebagai biawak Mahathir (sila rujuk Ummi Hafilda).

A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A ANANWAR 6

Nampaknya terdapat perang saudara yang sedang berlaku dalam PH. Anwar mahu menyerang Azmin, Azmin bertindak balas menempelak Anwar, manakala sebagaimana biasa proksi Mahathir menyerang Anwar dan Mahathir juga suka Azmin kecundang supaya anaknya Mukhriz akan dapat diangkat menjadi Perdana Menteri.

Daripada kes video semburit itu, satu perkara yang pasti ialah kuasa Perdana Menteri akan terus menjadi milik Mahathir, sehingga Mahathir rasa selesa melihat kedua-dua tokoh PKR yang dijangkakan akan menjadi Perdana Menteri rebah kecundang jatuh ke tanah.

Dengan itu sahaja baharulah anaknya Mukhriz akan naik menggantikannya dengan selesa. Namun yang pastinya Mahathir akan kekal lama sebagai Perdana Menteri.

Mukhriz juga sudah membuat kenyataan bahawa dia bersedia menduduki tempat ayahnya setelah merasa selesa melihat senario yang berantakan dalam PKR.

A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A ANANWAR 5

Mahathir mempunyai banyak senjata. Dia boleh menggunakan pihak tertentu. Ketua Polis Negara adalah orang lantikan Mahathir, yang telah dikritik pelantikannya kerana dia adalah anggota polis yang telah bersara. Mengapa lantik orang yang telah bersara?

Walau bagaimanapun kami juga percaya bahawa kuasa dominasi DAP dalam PH juga berpihak kepada Mahathir, kerana parti PPBM Mahathir hanyalah melukut di tepi gantang yang suaranya di parlimen tidak sekuat mana.

DAP tidak mahu berpihak kepada PKR kerana parti PKR adalah parti yang memiliki suara terbesar dalam parlimen PH.

Lagipun sekiranya PKR dan Anwar diangkat sebagai Perdana Menteri, pastinya kabinet Mahathir yang mengandungi menteri-menteri DAP yang menguasai kementerian yang penting akan dirombak oleh Anwar.

Dengan itu lebih selamat bagi DAP menyokong Mahathir yang dijadikan bonekanya (atau kaldai) daripada menyokong Anwar dan PKR.

Walau apapun akibat dan senarionya, PKR kini telah berpecah, PKR sudah lemah, malahan sebahagian daripada orang kuat PKR sudahpun memihak kepada Mahathir.

Hari ini rakyat masih buntu, siapakah sebenarnya dalang di sebalik video semburit Azmin-Haziq? Adakah Anwar, adakah Mahathir yang mahu mengangkat anaknya Mukhriz?

Namun kita jangan lupa, ada satu lagi watak antagonis iaitu Muhyiddin Yassin yang telah dijanjikan Mahathir sebagai Timbalan Perdana Menteri tetapi tidak ditunaikan? Muhyiddin juga sedang bertelagah dengan Mahathir tentang isu kuasa Menteri Besar di Johor.

Nampaknya impian Anwar terus hilang ditelan kabus. Malang sungguh baginya kerana di dunia ini tiada jawatan yang dinamakan “Bakal Perdana Menteri’.

Kita harap UMNO dan PAS usah pedulikan manusia-manusia gila kuasa dan gila harta dunia ini. Cukuplah sekiranya UMNO dan PAS mahupun komponen BN yang lain berdiam diri, tanpa lupa berjuang membela penderitaan rakyat serta periuk nasi rakyat, dan menentang kerakusan DAP yang sedang merompak harta negara dan mencabuli agama Islam.

*****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: