HIPOKRASI ULTRA LIM KIT SIANG

Kami rasa amat jengkel dan mual dengan rentak politik manusia hipokrit dalam PH, termasuk Lim Kit Siang mahupun Tun Mahathir.

A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A AKITSIANG 2

Pada 14 lalu, tersiar dalam NST, Lim Kit Siang mengeluarkan kenyataan bahawa dia tidak pernah mengatakan bahawa ‘Tun M korup’ atau dalam bahasa mudahnya ‘Tun M perasuah’.

Manusia hipokrit, bekas ahli gerila Bintang Tiga komunis ini, dengan selamba mengeluarkan kenyataannya itu, meskipun semasa era 22 tahun Mahathir menjadi Perdana Menteri dari 1981-2003, Kit Siang bermati-matian mencanangkan kepada dunia bahawa Mahathirlah dalang utama dalam skandal Forex-BNM, malah dia telah menulis buku tentang skandal itu.

A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A AKITSIANG 3

Kit Siang menegaskan, “Saya tidak pernah berkata dia perasuah, kamu boleh melihat semua kenyataan saya. Semuanya tercatat dalam rekod. (Tetapi) Saya kata terdapat penyalahgunaan kuasa.”

Kit Siang cuba memperbodohkan rakyat dengan makna literal rasuah dan menyempitkan semantik istilah rasuah sedangkan SPRM menterjemahkan rasuah sebagai termasuk salah guna kuasa.

Secara literalnya menurut SPRM rasuah adalah “Penerimaan atau pemberian suapan sebagai upah atau dorongan untuk seseorang individu kerana melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan tugas rasmi. Suapan terdiri daripada wang, hadiah, bonus, undi, perkhidmatan, jawatan upah, diskaun.”

Namun dalam kandang mahkamah, rasuah boleh juga berlaku melalui proksisme, dan kronisme bagi menyembunyikan transaksi suapan secara langsung kepada pihak yang menyalahgunakan kuasa.

Hipokrasi Lim Kit Siang boleh dikategorikan sebagai altra, apabila pada 24 Februari 2013, Roketkini, dia telah menuduh Mahathir melakukan penyelewengan apabila negara rugi RM100 billion pada ketika itu dalam skandal Forex-BNM.

“Suruhanjaya Siasatan Diraja sepatutnya ditubuhkan bagi menyiasat kerugian RM100 bilion yang ditanggung negara di dalam skandal kewangan sepanjang 22 tahun era pemerintahan bekas Perdana menteri, Mahathir Mohamad,” antara petikan roketkini.com.

Tidakkah itu dinamakan rasuah atau adakah gejala yang melibatkan boneka tua DAP itu sebagai sumbangan besar kepada negara?

Pada 28 Mei 2012, dalam blog peribadinya, iaitu blog.limkitsiang.com, dia telah mencatatkan bahawa Mahathir tidak sesuai dijadikan contoh kerana bekas Perdana Menteri itu korup dan ‘berkelakuan tidak baik’ kepada rakyat.

Ini tidak termasuk karangan buku yang ditulis Kit Siang yang bertajuk ‘The Bank Negara RM30 billion Forex Loses Scandal’ yang mengaitkan Mahathir dengan skandal kewangan terbesar negara itu. Bukankah itu ‘korup’ atau rasuah?

Malah pada 12 Februati 2015, Lim Kit Siang, sebagaimana biasa dengan kehebatan egonya telah mencatatkan dalam Roketkini, wadah rasmi DAP, bahawa “Dr Mahathir, anda yang cipta kebusukan dalam tempoh 22 tahun menjadi Perdana Menteri.

A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A AKITSIANG 4

Kit Siang pandai mengelencongkan isu ‘kebusukan Mahathir’ dengan kenyataan bahawa “Mahathir telah mengisytiharkan bahawa saya bukan seorang komunis”, sedangkan dunia tahu bahawa kamu adalah antara ahli gerila Bintang Tiga, yang kemudiannya cuba membela kepulangan Chin Peng ke Tanah Air, dan Thomy Thomaslah yang dilantik sebagai peguambela untuk urusan tersebut.

A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A AKITSIANG 5
Dipetik daripada Blog Alamjiwaparadox

Memang benar hujahan Kit Siang bahawa Mahathir, yang menjadi boneka DAP dalam PH, “mahu membersihkan namanya sendiri, kerana tentu beliau akan dilihat amat bodoh kerana membiarkan seorang ‘komunis’ bergerak bebas di Parlimen selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri dan 15 tahun sebagai Menteri Dalam Negeri.”

A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A AKITSIANG 6
Dipetik daripada MalaysiaToday

Dengan terang dan nyata apabila kamu mencatatkan frasa “kamu telah cipta kebusukan dalam tempoh 22 tahun menjadi Perdana Menteri” yang ditujukan kepada orang tua yang menjadi boneka kamu itu, ia meliputi skop yang amat luas, rasuah, kronisme, nepotisme dan kolusi yang amat kukuh untuk diangkat sebagai kes prima facie bagi SPRM.

Adakah Kit Siang ingin mengatakan atau menulis bahawa Tun M ‘telah mencipta keharuman’ dalam tempoh 22 tahun menjadi Perdana Menteri Malaysia?

Kamu Kit Siang juga telah menulis buku tentang skandal Forex-BNM yang rugi sejumlah RM30 bilion (kini nilainya mungkin RM100 bilion). Tidakkah itu satu perbuatan korup, malah diperakui badan penarafan dunia sebagai skandal besar?

Kamu lupakah Kit Siang tentang  tuduhan Mahathir bahawa “pengurangan rizab asing” Bank Negara Malaysia (BNM) dari 2013 hingga 2016 sebagai satu “skandal” sehingga negara kerugian RM160 bilion?

A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A AKITSIANG 7

Sebaliknya tiada satu pun badan penarafan dunia seperti Bank Dunia, Tabung Kewangan Antarabangsa, agensi pelaporan kredit antarabangsa, bank antarabangsa dan media asing, yang telah mengkategorikan kerugian RM160 bilion itu sebagai satu skandal.

Kenapa kamu tidak menyokong Mahathir untuk menuduh kerajaan BN atau Najib sebagai korup. Tetapi dalam kes RM30 bilion skandal Forex-BNM zaman Mahathir, kamu bermati-matian mencanangkan Mahathir sebagai dalangnya.

Atau sebenarnya kamu bodoh sama seperti boneka tua yang hampir nyanyuk itu.

Sekiranya kamu ingin membuat ‘U-turn’ dengan memuji Mahathir sehingga menongkat langit, maka gesalah semua konco-konco kamu seperti Mat Sabu, Anwar Ibrahim, mendiang Karpal Singh, Gobind Singh Deo, Rafizi Ramli, Wan Azizah termasuk anak kamu Lim Guan Eng ‘kerani akaun’ yang diangkat Mahathir sebagai Menteri Kewangan supaya kembali ke masa silam dan tarik balik setiap tuduhan rasuah yang mereka lemparkan kepada orang tua itu.

Nampaknya Kit Siang, kamu seperti bersahabat dengan orang yang salah. Kamu tuduh DS Najib dan kamu gerakkan AG Thomy Thomas supaya membongkar kes 1MDB yang tidak kamu temui bukti yang membabitkan Najib, sedangkan kes Forex BNM telah kamu catatkan dalam beberapa buah buku tulisan kamu untuk mendedahkan sifat ‘korup’ Mahathir.

A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A AKITSIANG 8

Cukuplah Kit Siang, janganlah kamu cuba berpura-pura mengikut rentak boneka tua kamu itu.

*****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: