MUKHRIZ MUSUH BARU ANWAR?

Apabila tersebar dan menular video semburit Azmin-Haziq, ramai yang melatah mengatakan Anwar sebagai dalang di sebalik penularan video itu.

Lojika yang menjadi sandaran persepsi sedemikian ialah kerana Azmin adalah buah hati Mahathir, Azmin juga dikatakan anak angkat Mahathir, lantas Azmin akan diangkat oleh Mahathir untuk menggantikannya. Sedangkan kerusi Perdana Menteri telah dijanjikan milik Anwar dan menjadi impian Anwar.

Azmin juga telah dilantik oleh Mahathir, sebagai Menteri Ekonomi sebagai medan latihan sebelum dia diangkat menduduki kerusi Perdana Menteri.

Anwar yang sering tertanya-tanya bilakah Mahathir akan menyerahkan kerusi Perdana Menteri itu kepadanya seringkali kecewa, kerana pada suatu ketika Mahathir kata dua tahun setelah PH memegang kuasa, kemudian Mahathir kata tiga tahun, dan terakhir Mahathir kata setelah ekonomi negara pulih sepenuhnya.

Persoalan besar bagi Anwar, bilakah ekonomi akan pulih?

Dalam keadaan Bursa KL terburuk di dunia, dalam keadaan hutang negara kian meningkat dan bertambah parah di bawah pengurusan kewangan PH, dalam keadaan aset negara dilelong, dalam keadaan pelabur asing lari meninggalkan negara untuk bertapak di negara lain, bilakah ekonomi akan pulih? Sepuluh tahun lagi?

Malanglah bagi Anwar kerana tiada mana-mana negara di dunia ini yang mencipta jawatan “Bakal Perdana Menteri”.

Dengan persepsi sedemikian, Azminlah yang dilihat sebagai musuh Anwar. Lantas untuk mengalahkan Azmin, karektor Azmin harus dibunuh (character assassination) dan cara terbaik ialah dengan menularkan video bersemburit Azmin.

Namun ramai juga yang lupa bahawa, jika karektor Azmin dimatikan dengan video semburit maka karektor Anwar juga turut mati kerana Anwar telah sejak lama dipalit najis sodomi yang ramai tidak percaya, tetapi Mahathir percaya.

Masa depan Azmin sudahpun malap dan kabur dengan video semburit itu. Sama ada Azmin mampu membuktikan bahawa pelaku dalam video itu bukan dia, rakyat sudahpun membina syak-wasangka bahawa Azmin adalah pelaku dalam video itu.

Lihat sahaja bagaimana Azmin diejek oleh kaum peneroka di Rompin tempoh hari.

Lebih parah lagi pasangan Azmin, iaitu Haziq telah membuat perakuan bahawa pelakunya adalah dia dan Azmin. Dengan perakuan itu, Haziq mencabar Azmin untuk menyamannya di mahkamah.

Hancur-luluh persaan Azmin apabila adik-adiknya juga percaya bahawa dia adalah pelaku dalam video semburit itu.

A A A A A A A A A A A A A A A A A NVIDEOSEKS 6

Rakyat nampaknya tidak peduli sama ada Azmin dianiaya atau tidak kerana demikianlah sepak-terajang politik di Malaysia. Lihat sahaja perang Mahathir-Anwar 1998 yang menjadikan isu sodomi sebagai modal besar untuk menolak Anwar.

Lantas, Azmin kini adalah liabiliti kepada PH.

Walau bagaimanapun pihak yang menganiaya Azmin telah berjanji, akan ada lagi video Azmin bersemburit bukan sahaja dengan Haziq tetapi juga dengan pelaku-pelaku lain, sebagaimana didakwa oleh RJ Rithaudeen dalam The Third Force, Malaysia Today.

A A A A A A A A A A A A A A A A A LBURIT 6

Malahan besar kemungkinan watak-watak lain yang akan terdedah dalam siri semburit itu ialah Anwar.

Oleh itu video semburit kini diibaratkan satu peluru yang membunuh dua mangsa sasaran dalam satu tembakan.

Mahathir sebenarnya tidak mahu kedua-dua tokoh pemimpin yang dikatakan hebat itu, baik Anwar mahupun Azmin menggantikannya.

A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A AMUSUH 3

Sebaliknya sebagaimana mitos yang terbina sejak awal, Mahathir mahu Mukhriz menggantikannya sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9.

Matlamat Mahathir untuk menyelamatkan harta kekayaan keluarga dan anak-anaknya pasti akan terbela sekiranya Mukhriz yang menggantikannya sebelum dia menamatkan usia senjanya.

Sayugia rakyat agak terkejut apabila Mukhriz tiba-tiba muncul dalam satu wawancara dengan Nikkei Asian Review, bahawa dia bersedia untuk menggalas tugas sebagai Perdana Menteri.

A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A AMUSUH 2

Sebagaimana yang dilaporkan Astro Awani, “Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir bersedia untuk mengikut jejak ayahnya untuk menjadi pemimpin nombor satu Malaysia.”

Di tengah-tengah keadaan yang gamat dalam kalangan penyokong Anwar yang mendesak Mahathir supaya menyerahkan kerusi PM kepada Anwar, dengan beraninya Mukhriz berdiri tampan mengatakan dia bersedia menggantikan ayahnya sebagai PM.

Sebagaimana yang dijangkakan pihak Anwar amat terasa, mungkin juga amat marah dengan kenyataan Mukhriz bahawa dia tidaklah bercita-cita untuk menjadi PM tetapi dia bersedia untuk menggantikan ayahnya Mahathir.

Kemarahan puak Anwar terlihat pada kenyataan Setiausaha Khas Anwar, Suresh Kumar yang telah membidas Mukhriz dengan kenyataannya, “Kami warga PKR sangat sedih dan terkejut dengan wawancara Mukhriz yang berkata bahawa dia tidak bercita-cita tinggi seperti individu lain yang sudah menetapkan tekad untuk menjadi pemimpin nombor satu negara. ”

A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A AMUSUH 4

Jika Mahathir pernah meluahkan pendiriannya bahawa dia tidak dapat terima peliwat menjadi pemimpin negara, adakah sekarang Mahathir mahu Azmin menjadi Perdana Menteri?

A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A AMUSUH 5

Jelaslah bahawa calon yang paling layak ialah anaknya Mukhriz. Mahathir tidak gusar sekiranya PKR tidak menyokong pilihannya kerana DAP pasti akan menyokong. PAN anak angkat DAP juga akan menyokong.

Lebih baik DAP menyokong Mahathir dan parti bunga layunya itu daripada menyokong Anwar yang pastinya akan merombak semula jawatan menteri-menteri DAP untuk mengangkat pemimpin PKR. Dengan congak sedemikian, lebih baiklah DAP menyokong Mahathir dan menyokong anak Mahathir sebagai pengganti dengan syarat kuasa Menteri Kewangan, Menteri Pengangkutan, Menteri Tenaga dan Komoditi. dan Menteri Komunikasi berada di tangan DAP.

Mahathir pun reda dan mengaku bahawa dia adalah boneka DAP.

Dengan itu juga, Anwar kini terpaksa berdepan dengan musuh barunya iaitu Mukhriz Mahathir, setelah Azmin jatuh dengan kes video semburit itu.

Azmin mungkin terpaksa menubuhkan parti baru, atau jika tidak, dia terpaksa kembali kepada kedudukan asalnya, menjadi budak suruhan Anwar.

******

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: