WAN JI STRATEGIS PENUBUHAN NEGARA REPUBLIK- CUKUPKAH PENJARA SETAHUN?

Kami agak terkejut apabila menonton video gerakan (RBA?) yang memperlihatkan Wan Ji Wan Hussin sebagai ahli strategis untuk menghapuskan institusi DiRaja di negara ini.

Wan Ji menggunakan pendekatan psywar untuk mengajar cyber trooper (cytro) bagaimana mempengaruhi minda warganet supaya membenci sultan dan institusi DiRaja dengan matlamat bahawa sistem DiRaja atau sistem monarki di Malaysia akan terhapus mengikut garis masa yang dirancang.

Tidak hairanlah sekiranya Kerajaan DAP Pulau Pinang telah melantiknya sebagai penasihat agama kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng (ketika itu) kerana cenderung dengan semangat Wan Ji mahu meruntuhkan sistem DiRaja di negara ini menjelang 2030.

A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A AWANJI 2
Jadi kami juga tidak hairan sekiranya Wan Ji juga dilantik untuk memberi ceramah kepada cytro (RBA?) dalam strategi mereka menghapuskan sistem DiRaja dan menjadikan negara ini sebuah negara Republik, sebagaimana terakam dalam video yang kami petik daripada YouTube.

Jika Wan Ji mengatakan bahawa video itu adalah fitnah, maka dia harus membuktikan bahawa video itu tidak tulen dan telah di’superimpose’ (ditokok tambah) atau ‘doctored’ (diubah) dan  dia bukan pelaku yang bercakap dalam video itu.

Tindakan PDRM yang menahan Wan Ji untuk disiasat dan didakwa mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 amatlah dipuji.

Jika bersabit di bawah Akta itu Wan Ji akan menerima hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum 3 tahun atau kedua-duanya kerana menerbitkan perkataan yang menghina Sultan termasuk membabitkan isu agama dalam laman sosial Facebooknya dengan nama wanji.attaaduddi tujuh tahun lepas.

Pada 2014, Wan Ji telah disabitkan bersalah, dan dihukum penjara 9 bulan oleh Mahkamah Majistret, tetapi hukumannya ditangguhkan sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi.

Terkini Mahkamah Tinggi telah membuat keputusan bahawa Wan Ji telah disabitkan dengan kesalahan tersebut dan dikenakan hukuman penjara setahun, tambahan 3 bulan terhadap hukuman yang dijatuhi oleh Mahkamah Majistret.  Namun ada juga yang bertanya, cukupkan hukuman penjara setahun bagi kesalahan meruntuhkan sistem DiRaja di negara ini?

A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A AWANJI 1

Dalam ceramahnya, Wan Ji mengajar cytro agar mensinonimkan istilah ‘sultan’ dengan ‘syaitan’ kemudiannya ‘setan’ yang diulang, diulang dan diulang supaya ia menjadi satu gejala subliminal yang kekal dalam minda warganet bahawa ‘sultan itu syaitan’.

Jelas sekali perbuatan Wan Ji adalah satu tindakan yang cuba membunuh institusi DiRaja, dan bukan sahaja kesultanan Selangor, malah seluruh sistem DiRaja di negara ini.

Dengan itu juga dia mahu penggantian kepada sistem Raja Berperlembagaan dalam sistem demokrasi negara sebagaimana yang menjadi amalan di Great Britain (bukannya seperti Arab Saudi) digantikan dengan Republik.

Sekiranya dalam keadaan PH yang didominasi oleh DAP yang banyak berkiblatkan kepada Republik Rakyat China yang menjadikan komunisme sebagai asas sistem pemerintahan mereka, maka adakah Wan Ji ini mahu menjadikan Malaysia juga sebuah ‘People’s Republic’ yang bertunjangkan komunisme?

Ramai pula penyokong-penyokong daripada PH termasuk Anwar Ibrahim yang mempersoalkan keputusan mahkamah, dan mahu kes Wan Ji dibawa untuk pertimbangan Perdana Menteri.

Tidakkah dengan itu prinsip pengasingan kuasa Eksekutif, Undang-Undang dan Kehakiman dicabul sekiranya Mahathir masuk campur?

Timbul juga persoalan ‘contempt of court’ atau ‘penghinaan terhadap mahkamah’ dan boleh diambil tindakan.

A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A AWANJI 3

Ada pula gerakan ‘solidariti’ untuk membela Wan Ji yang dibuat di hadapan penjara oleh beberapa orang konconya yang mungkin buta untuk menyedari bahawa Sultan adalah payung agama Islam.

****

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: