BUNGA LAYU MERAYU MINTA NYAWA

Pada September tahun lalu, tidak pun sampai setahun PH memerintah, PPBM atau parti bunga (kerana menjadikan bunga sebagai logonya) telah berantakan di beberapa bahagiannya, malah parti bunga itu di Negeri Sembilan telah dibubarkan, dan begitulah juga dua lagi di Selangor.

Banyak lagi bahagian parti bunga yang tercungap-cungap bagaikan nyawa ikan yang terdampar di darat. Namun demi menjaga maruah parti itu, maka terpaksalah disorokkan sahaja kegawatan politik dalaman akibat kepimpinan yang rakus kuasa.

Tun Mahathir pernah membuat janji kepada Muhyiddin Yassin untuk diangkat sebagai Timbalan Perdana Menteri, sebaliknya lain pula yang berlaku.

Tidak hairanlah, Muhyiddin mengambil langkah tersendiri dan mengetepikan kehendak Mahathir untuk mengukuhkan kedudukan dan pengaruhnya di Johor, setelah Osman Sapian meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar.

A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A ABUNGA 2

Ramailah pengasas kepada parti bunga juga telah merasakan bahawa mereka ditipu oleh Mahathir, sebaliknya melayani golongan yang tiada kena-mengena dengan penubuhan parti bunga itu. Tindakan Khairuddin Hassan dan Anina Saadudin keluar daripada parti bunga adalah contoh signifikan untuk memperlihatkan kegawatan parti itu.

A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A ABUNGA 3

Penubuhan cabangnya bercelaru dan berkecamuk sehingga penggunaan istilah ARMADA yang merujuk kepada Angkatan Bersatu Anak Muda juga diisytiharkan tidak mengikut Perlembagaan parti itu oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Kemudian, banyaklah pula bahagian parti tersebut yang mendakwa pucuk pimpinan gagal mengadakan mesyuarat agung peringkat bahagian dan cawangan sehingga menyebabkan ahli-ahli tidak mengetahui status kesahihan penjawat jawatan dan kedudukan parti.

Sejak awal penubuhan lagi, parti bunga tidak mempunyai hala tuju. Parti bunga bukanlah ditubuhkan atas dasar perjuangan suci untuk bangsa, agama dan negara. Ia diwujudkan mata-mata kerana dendam politik yang disirami api kebencian kepada mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A ABUNGA 4

Pelbagai usaha telah dibuat oleh Mahathir dan konco-konconya untuk memenjarakan Najib, tetapi satu demi satu gagal. Mungkin Tuhan mahu tunjukkan kejahatan Mahathir yang nampaknya seperti samseng India di lorong gelap.

Mahathir bapa perpecahan Melayu

Mahathir sememangnya ‘bapa perpecahan Melayu’. Sejak dahulu lagi Mahathir telah memecah-belahkan kekuatan kuasa politik kaum Melayu dengan menolak kerjasama PAS dan UMNO dalam Barisan Nasional.

Image result for mat sabu - Mahathir kepala perompak negara

Rakyat mesti faham bahawa Mahathir sebagaimana dicanangkan oleh Mat Sabu, adalah ‘bapa pelingkup dan bapa perompak negara’. Setiap pemimpin yang berada di sampingnya akan dicantas jika dia melihat mereka mempunyai integriti kerana integriti bagi Mahathir akan memusnahkan gerakannya dalam gejala kronisme, nepotisme, kolusi dan kleptokrasi baik secara halus mahupun secara terbuka.

Mahathir bergaduh dengan Tunku Abdul Rahman sehingga dia dibuang daripada UMNO. Tindakan Tunku itu satu tindakan yang amat tepat kerana jiwa Mahathir bukanlah jiwa Melayu dan ia sama dengan darah keturunannya yang bukan Melayu tulen daripada darah bapanya.

Namun Tun Razak yang berpandangan positif telah mengutip semula Mahathir. Sepatutnya Tun Razak membiarkan sahaja Mahathir di luar UMNO meskipun dia mahu menyertai DAP atau mungkin MIC.

Sebagai manusia yang suka bermusuh, ketika bersama UMNO, Mahathir bermusuh pula dengan Tun Hussein Onn, untuk mendapatkan kerusi Perdana Menteri.

Kemudiannya kita lihat bagaimana dia memecah-belahkan semangat perpaduan Melayu apabila bermusuh pula dengan Tengku Razaleigh Hamzah, Musa Hitam, Abdullah Badawi, Anwar Ibrahim dan terkini DS Najib Razak.

Perbalahan Mahathir dengan mereka semua ini, bukanlah sekadar perbalahan satu lawan satu, sebalik perbalahan itu adalah perbalahan puak besar kaum Melayu daripada penyokong tokoh-tokoh tersebut.

Kini di dalam PH Mahathir lagi sekali cuba memecah-belahkan mereka kerana matlamat Mahathir hanyalah satu iaitu kuasa dan kekayaan. Dia tidak berprinsip, sebab itulah berkali-kali dia mengancam dan mengugut untuk meninggalkan PH.

Mahathir pecah-belahkan PH dan PKR

Malahan kehadiran Mahathir dalam PH bukan sahaja memecah-belahkan PH semata-mata, Mahathir juga telah secara halusnya memecahkan belahkan PKR.

Lihatlah apa yang sedang ditafsirkan oleh pemerhati politik ke atas pergolakan ‘bawah arus’ dalam PKR. Penyokong Anwar dan Azmin Ali seperti naik sawan apabila masing-masing diberikan harapan untuk menggantikan Mahathir.

Kini apabila tertonjol kes video semburit yang disahkan tulen oleh pakar forensik digital luar negara, rakyat melihat bahawa kedua-dua tokoh itu tidak layak dan tidak bermoral untuk diberikan kepercayaan menduduki kerusi PM.

Jika dahulu satu pihak mengutuk Anwar Ibrahim yang pernah dipenjara kerana kes sodomi, kini apa pula persepsi mereka terhadap prestasi moral Azmin?

Jika Azmin juga tidak layak menduduki kerusi PM siapakah yang layak? Adakah Muhyiddin Yassin yang baru-baru ini menjadi mangsa kanser, atau adakah lebih relevan anak Mahathir sendiri iaitu Mukhriz?

Sayugia, pemerhati politik kini mula mencongak-congak ‘siapakah dalang’ sebenarnya yang bersembunyi di sebalik rakaman video semburit itu?

Lantas terkini, tertonjol pula isu surat akuan sumpah ahli-ahli parlimen yang menyokong supaya Anwar segera menggantikan Mahathir.

Kadangkala relevan juga apabila Mahathir dan parti bunganya diibaratkan parasit yang sedang mereputkan dan memecah-belahkan pula PKR dan PH.

Parti bunga parti melukut di tepi gantang

Parti bunga bukanlah parti yang kuat dalam PH, ia sama seperti melukut di tepi gantang. Namun dengan sokongan DAP, Mahathir masih boleh memegang tampuk kuasa sebagai Perdana Menteri. Malangnya sebagaimana yang diperakui Mahathir sendiri, dia hanyalah boneka DAP.

A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A ABUNGA 5

DAP tidak mahu menyokong PKR kerana jika DAP menyokong PKR, pastinya Anwar Ibrahim akan segera diangkat menjadi Perdana Menteri tanpa syarat dan dengan itu juga kekuatan suara Melayu Islam yang amat dibenci DAP akan lebih signifikan.

Dengan itu lebih baik DAP menyokong Mahathir kerana Mahathir tidak mahu Anwar menjadi PM dengan putar-belitnya dan mengenakan syarat ‘sehingga ekonomi pulih’. Tapi penganalisis politik tahu Mahathir tidak mahu Anwar menjadi PM.

Lagipun, sekiranya Anwar Ibrahim menjadi PM, adakah dendam yang terpendam dalam hatinya terhadap Mahathir yang telah memenjarakannya akan terpadam begitu sahaja.

Ramai percaya bahawa Anwar akan heret Mahathir ke penjara sebagaimana dia berjanji ketika reformasi membakari seluruh negara dan menjadi katalis kepada penubuhan PKR.

Dalam konteks ‘kuasa rundingan politik’ atau ‘political leverage’ PKR lebih kuat daripada parti bunga, kerana parti bunga tidak memenangi jumlah parlimen yang signifikan.

Jika Anwar menjadi PM pastinya kuasa rundingan yang ada pada DAP akan lemah. Lebih baik DAP menyokong parti bunga kerana parti bunga hanyalah boneka atau kaldai tungangan DAP yang tidak boleh membantah kehendaknya.

Dengan sebab itulah dalam kerajaan PH, melalui persetujuan Mahathir sebagai boneka DAP, telah memberikan kesemua jawatan menteri kabinet yang signifikan untuk projek mega DAP seperti Kementerian Kewangan, Kementerian Pengangkutan, Kementerian Komunikasi, dan, Kementerian Tenaga dan Komoditi.

Itupun belum lagi dikira penyusupan masuk orang-orang DAP dalam pelbagai badan kerajaan meskipun badan larangan yang mengharamkan kaum bukan-Islam seperti Tabung Haji dan Bank Islam. Malah kini orang China telah dibawa masuk ke dalam Khazanah.

Bunga yang hampir mati

Dengan parti bunganya yang kian layu, Mahathir mula gelabah, dan merasakan bahawa dia tidak lagi signifikan menjadi Perdana Menteri sekiranya dia hanyalah boneka DAP.

A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A ABUNGA 6

Populariti Mahathir juga menurun, dan tidurnya tidak lena kerana rakyat marhaen kini tidak lagi menghormatinya, sebaliknya ke mana sahaja DS Najib pergi, rakyat sentiasa mengurumi Najib dan amat bersimpati ke atas tindakan ala-samseng oleh Mahathir dan kuasa yang ada padanya.

A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A ABUNGA 7
Tiada siapa yang pedulikan Mahathir ketika berada di tempat awam

Daripada kes video semburit, kes pelantikan Latifa Koya yang melampaui prinsip PH, kes menunda pelantikan Anwar sebagai pengganti PM, kes SPRM yang nampaknya hanya memilih mangsa daripada kalangan UMNO sahaja, kes mencairkan pengharaman ajaran sesat Syiah, kes mewajarkan China memiliki tanah sebagai ‘barter trade’ pembinaan ECRL, kes SST yang gagal menyemarakkan ekonomi negara, kes mengguna pakai semula GST, kes Bursa KL yang merudum dan dikategorikan terburuk di Dunia, kes Mat Sabu yang bercakap ‘merapu’ di Singapura, kes kesengsaraan nelayan yang menentang penambakan pantai Pulau Pinang, kes kos sara hidup yang melambung naik, kes keracunan alam sekitar Pasir Gudang, dan banyak lagi kes dan isu yang panjang untuk disenaraikan, maka rakyat melihat bahawa Mahathir seakan-akan telah membakar api di dalam sekam PH.

Sekiranya nanti PH hangus terbakar keseluruhannya, parti bunga juga turut hangus. Lantas di manakah bunga layu itu harus bertapak untuk kesinambungan hayatnya, dan untuk kesinambungan hayat Mahathir dan kekayaan anak-anaknya?

Tidak lain dan tidak bukan, kini kaum Melayulah yang menjadi sandaran Mahathir.

A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A ABUNGA 8

Lantas dengan itu jugalah Mahathir menyeru agar pemimpin politik Melayu segera tampil ke hadapan, siramilah air dan bajailah pohon kerdil bunga raya yang tercungap-cungap menahan nafasnya yang kian malap.

Cara yang paling efisien ialah dengan memperkukuhkan ‘political leverage’ parti bunganya dengan cara menjemput pemimpin UMNO menyertai parti bunga yang layu itu, ibarat mengemis baja supaya ia subur semula.

Pastinya Mahathir boleh menggunakan SPRM untuk ‘membunuh’ UMNO, Mahathir boleh mengugut dan mengancam ahli parlimen UMNO untuk melompat parti, Mahathir boleh menggunakan Peguam Negara untuk menyeksa pemimpin UMNO, Mahathir juga boleh mempergunakan ROS untuk mengharamkan UMNO, namun Mahthir tidak boleh meracuni pemikiran rakyat Melayu terhadap hak mereka di bumi Tanah Melayu ini, Mahathir tidak boleh membunuh cinta rakyat Melayu terhadap UMNO.

Dengan penyatuan ummah UMNO-PAS dan dengan ‘pemuafakan nasional’ untuk hubungan antara kaum, Mahathir tidak boleh bertukar menjadi malaikat maut untuk mematikan semangat Melayu yang cintakan UMNO.

Sebaliknya Mahathir hendaklah membiarkan sahaja bunganya itu mati, agar ia boleh menjadi baja kepada bunga-bunga yang lain, walaupun tidak terkesan kepada kesinambungan hayat UMNO yang kini mempunyai kekuatan bersama PAS atas nama Islam serta hak Melayu ke atas Tanah Melayu ini.

Kepada UMNO pula, rakyat marhaen berpesan agar jangan sekali-kali menerima Mahathir dalam usaha penyatuan ummah UMNO-PAS, biarlah dia mati dalam kesesatan, atau lebih baik dia menubuhkan pula parti ‘Mamak Malaysia’ dengan dirinya sebagai presiden.

***

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: