PATRIOT ATAU ‘PARROT’?

A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A APARROT 2

Pada 2 Julai lalu, Malaysiakini menyiarkan kenyataan Presiden Patriot (pertubuhan tentera veteran), Mohamed Arshad dengan intipati utama yang tersurat bahawa “Kami tak nampak pun UMNO lawan komunis”.

Malaysiakini juga mencatatkan kenyataan Arshad yang menyatakan “Tiada rekod UMNO dan anggotanya secara berkumpulan berjuang dan menewaskan pasukan bersenjata komunis sebelum kemerdekaan.”

Pertamanya, kami tidak hairan kerana sebelum ini pun Malaysiakini menyiarkan kisah cucu Shamsiah Fakeh yang disahkan oleh sarjana sejarah Malaysia, Datok Profesor Ramlah Adam, sebagai penganut komunis yang tegar, yang diangkat oleh DAP untuk bertanding di DUN Bandar Utama pada PRU14 yang lalu.

A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A APARROT 3

Kami agak kecewa, sekalipun hendak menarik perhatian pihak kerajaan terhadap sikap hipokrit Arshad, janganlah sampai menidakkan perjuangan orang Melayu serta UMNO menentang komunis.

Tidak lain yang kami lihat, kamu Arshad bagaikan ‘kakak tua’ (parrot) yang menyalak tetapi kamu tidak tahu apa yang kamu salakkan!

Baiklah kamu ubah nama pertubuhan kamu sebagai veteran ‘Parrot’ sekiranya kamu buta melihat siapakah yang membuat dasar menyerang komunis habis-habisan dan menjadikan aktiviti subversif komunis sebagai musuh utama negara suatu ketika dahulu?

Tidak ada jenazah dalam kalangan orang Melayu yang terbunuh kerana menentang komunis yang akan bangkit dan mengatakan bahawa dia adalah ahli UMNO.

Malah ia menjadi persoalan kusut apabila setiap tentera tidak boleh terlibat dalam aktiviti politik, kerana mereka menerima arahan daripada pemimpin negara yang berdiri atas panji politik dan parti pemerintah semasa.

Tetapi yang kami tahu, pemimpin utama DAP dahulunya adalah pejuang tegar komunis yang cuba menguasai negara ini dan berjuang menjadikan negara ini negara komunis, membunuh ribuan rakyat Melayu yang tidak menyokong mereka, sedangkan kita tahu bahawa komunis sebagaimana yang menjadi falsafah Karl Marx mahupun Mao Tze Tung, menolak ketakwaan pada Allah dan keimanan terhadap Islam, agama Allah.

A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A APARROT 4
Lim Kit Siang, bekas gerila komunis?  Dipetik daripada JiwaParadox

Kalau kamu tidak nampak ahli UMNO mati terkorban menentang komunis, maka kamu juga tidak nampak raja-raja Melayu berjuang dari istana menentang komunis, kamu juga buta dengan perjuangan besar Tunku Abdul Rahman yang dulunya dari parti UMNO dalam Perikatan berjuang tanpa penat-lelah menentang komunis, kamu juga buta bagaimana kerajaan UMNO memperuntukkan logistik ketenteraan untuk menentang komunis, serta ketaatsetiaan kamu yang dibalas dengan gaji bulanan, meskipun peperangan tidak meletus setiap hari setiap bulan, setiap tahun dan setiap ketika.

Sebagaimana yang dicatatkan oleh Ishak Haji Moha­mad atau Pak Sako dalam bukunya Me­moir Pak Sako Putera Gunung Tahan (1997), Perang Parang Panjang merupakan kebangkitan orang Melayu menentang keganasan tentera Bintang Tiga yang bermaharajalela ketika itu.

A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A APARROT 7

Kalau kamu mengatakan kamulah satu-satunya pejuang dari angkatan tentera yang berjuang menentang komunis, maka kami tidak hairan kerana kamu tidak mampus dibunuh komunis untuk mengesahkan perjuangan kamu.

Apa yang jelas pada mata kami dan pemikiran waras kami, kamu Arshad hanya tentera bersara yang dahulunya ketika menentang komunis kamu hanya berani berada di belakang, sedangkan anak-anak buah kamu yang mati dibunuh.

Lantas kini kamu hanyalah tentera bersara yang tiada kerja hendak dibuat kecuali cuba menonjolkan diri agar kamu agar dapat kekal relevan berada dalam kerajaan hari ini dan mengendeng ‘dedak basi’ DAP yang mendominasi kerajaan kakistokrasi, bodoh dan bangang sebagaimana kamu juga.

Jika kamu kata UMNO tidak langsung terbabit membendung dan menentang kegiatan komunis maka jelaslah bangang dan bodohnya kamu setaraf menteri dan pemimpun tua nyanyuk kakistokrasi kerana kamu buta bahawa UMNO-lah yang membuat keputusan dalam urusan pentadbiran menentang komunis atau Gerila Bintang Tiga.

Jika diibaratkan pisau maka tanganlah yang menggerakkannya, pisau hanya senjata yang menghiris. Sayugia itu tenteralah yang menjalankan tanggungjawab mereka atas arahan dan gerakan pihak pemerintah.

Pasukan tentera perlu menstrategikan langkah dan mengaturkan langkah untuk menentang kegiatan komunis, namun arahan asas, tunggak dan paksinya terletak kepada kerajaan yang memerintah.

Jika bukan kerana kerajaan yang memerintah, sehingga hari ini, barangkali Tanah Melayu ini belum merdeka. Meskipun pada era ‘pasca-merdeka’ kamu jangan lupa bahawa gerila komunis masih berleluasa di hutan, malah Chin Peng sendiri masih aktif dan bersembunyi di sempadan Thai. Apa kamu lupa pada ‘Rundingan Baling 1955’ yang digerakkan oleh pemimpin tertinggi UMNO?

Jika Tunku Abdul Rahman mahupun Tun Abdul Razak turut ke hutan, lalu apa kerja kamu sebagai tentera?

Memanglah orang Melayu yang berpayung pada Raja-Raja serta parti keramat UMNO tidak terbabit secara langsung dalam menentang komunis kerana mereka tidak menerima latihan memikul dan menggunakan senjata, namun semangat dan waja diri mereka menentang komunis kekal membahang.

Sayugia itu Arshad, jika bercakap gunakanlah akal yang waras, bukan menonjolkan hipokrasi kamu untuk mendapat dedak basi daripada DAP yang tegar dengan falsafah ‘Malaysian Malaysia’ saling tidak tumpah sama sahaja dengan falsafah komunis ‘People’s Republic’ – sama rata tanpa keadilan.

Rakyat dan kami semua sedia maklum bahawa pasukan tentera seperti kamu berada dalam kerajaan yang memerintah yang pastinya menurut arahan, bukannya bertindak wewenang.

Kami serta rakyat juga faham bahawa Menteri Pertahanan Malaysia terkini adalah Menteri yang telah dikategorikan sebagai Menteri Pertahanan Terbodoh di dunia, bukan sahaja di Asia.

Bil  NEGARA NAMA DAN LATAR AKADEMIK / PROFESIONAL MENTERI PERTAHANAN
1 CHINA

GENERAL WEI FENGHE

Qualifications:

l  Wei graduated from the Second Artillery Command Academy’s Command Department in 1984.

l He was appointed to the rank of General in November 2012 as Commander of the Second Artillery.

2 INDIA

NIRMALA SITHARAMAN

Qualifications:

3. SINGAPURA

DR NG ENG HEN

Qualifications:

  • National Junior College
  • National University of Singapore
  • PhD from University of Texas
4. INDONESIA

GENERAL RYAMIZARD RYACUDU

Qualifications:

  • Indonesian Military Academy
  • 31 years of military service rising up to rank of General
5. THAILAND

GENERAL PRAWIT WONGSUWAN

Qualifications:

  • l Saint Gabriel’s College.
  • l Armed Forces Academies Preparatory School
6. FILIPINA

DELFIN LORENZANA 

Qualifications:

Graduated from the Philippine Military Academy

7. VIETNAM

GENERAL NGÔ XUÂN LỊCH

Qualifications:

  • Military Academy of Vietnam
  • 44 years of military service rising up to rank of General
8. BRUNEI DARUSSLAM

SULTAN HASSANAL BOLKIAH

Qualifications:

9 MYANMAR

SEIN WIN

Qualifications:

  • Graduated from Officer’s Training College
  • Headed the Air Defense Office under the Ministry of Defense in 2002,
  • Long before becoming a defense minister. He is known to be relatively ‘clean,’ as a Military officer
10  

BANGLADESH

SHEIKH HASINA WAZED

Qualifications:

11 PAKISTAN

PERVEZ KHATTAK

Qualifications:

  • GCE O levels by graduating from the Aitchison Collage in Lahore
  • Bachelor Degree from Gordon College, USA
12 SRI LANKA

MAITHRIPALA SIRISENA

Qualifications:

13 SOUTH KOREA

JEONG KYEONG-DOO

Qualifications:

14 AUSTRALIA

CHRISTOPHER PYNE

Qualifications:

15 NEW ZEALAND

RON MARK

Qualifications:

  • Graduated from New Zealand Army’s Regular Force Cadet School, Waiouru, as a soldier mechanic
  • Officer Cadet Training and graduated as a 2nd Lieutenant
  • Mechanical Engineer of New Zealand Special Air Service
16 MALAYSIA

MOHAMAD SABU

Qualifications:

  • Kicked out of School of Culinary, Mara Institute of Technology
  • Good at cooking
  • Can crack stupid jokes

Dengan itu Arshad, janganlah kamu gunakan hakikat kebodohan menteri itu untuk mengambil kesempatan kerana kepentingan peribadi kamu.

Bersyukurlah dengan apa yang telah kamu perolehi, bukannya menjadi ‘kakak tua’ yang membebel tetapi tidak tahu apa yang kamu bebelkan!

*****

 

 

 

 

 

 

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: