TIAN CHUA MAHU RAKYAT KETEPIKAN AGAMA DEMI KEJAYAAN NEGARA?

A A A A A A A A A A A A A A A A A A AA ATIANCHUA 2

Sebagaimana falsafah pegangan Cina DAP mahupun PKR, Tian Chua melalui tulisannya yang disiarkan dalam portal Free Malaysia Today, meminta rakyat mengabaikan agama demi kemajuan fizikal dan kekayaan duniawi.

Nampaknya falsafah penasihat khas Menteri Kerja Raya ini selari dengan falsafah komunis dan DAP yang melihat agama sebagai belenggu kepada segala pencapaian duniawi.

Mungkin dia adalah manusia yang berpegang kepada falsafah Ateisme dan menolak kewujudan Tuhan.

Bagi pengasas komunisme seperti Karl Marx, mahupun Pemimpin Komunis China, Mao Tze Tung, agama adalah dadah atau candu yang mengkhayalkan penganutnya, lantas mereka tertinggal ke belakang daripada pembangunan fizikal  dan kekayaan duniawi.

A A A A A A A A A A A A A A A A A A AA ATIANCHUA 3

Tian Chua menulis, “Kita telah mengetepikan sepenuhnya bukti-bukti nyata (empirikal) di sekeliling kita – dari Korea, Taiwan, Jepun dan Singapura dan kini China.

 “Antara semua negara itu, negara manakah yang membicarakan soal agama siang dan malam?

 “Negara manakah antara mereka itu menggunakan peraturan dan undang-undang tentang bagaimana rakyat harus menjalani hidup dan amalan peribadi mereka?”

A A A A A A A A A A A A A A A A A A AA ATIANCHUA 4

Tian Chua mencatat juga, “Pemimpin politik kita mempergunakan sentimen agama dan ideologi untuk mengelirukan dan mengeksploitasi rakyat berulang kali sebagai amalan mereka. Rakyat kita terpengaruh kerana kebanyakannya adalah teramat bodoh dan naif (betul bendul).

 “Sesungguhnya kenapakah kebanyakan rakyat Malaysia masih mahu berbicara tentang keimanan dan ketakwaan agama sedangkan negara amat huru-hara apabila dilandai isu video seks pemimpin politik?”

Nampaknya pandangan Tian Chua juga tiada jauh bezanya dengan pandangan Menteri Agama daripada PAN, Mujahid yang mahu rakyat abaikan dan lupakan sahaja tabiat maksiat seseorang yang dianggap peribadi dan sebagai urusannya dengan Tuhannya selagi mereka melakukannya secara tertutup.

Tidak hairanlah jika pandangan Mujahid itu disokong oleh DS Anwar Ibrahim.

A A A A A A A A A A A A A A A A A A AA ATIANCHUA 5

Nampaknya Tian Chua seperti mahu membela rakannya yang terdedah dengan aktiviti bersemburit dalam video yang tertular seminggu dua yang lepas.

Untuk membela rakannya dalam PKR, Tian Chua mahu rakyat melupakan prinsip dan ajaran agama, dengan erti kata lain, Tian Chua mahu rakyat tinggalkan agama dan melihat kes semburit itu sebagai amalan peribadi meskipun buruk.

Sebagai orang kuat Anwar Ibrahim semasa gerakan ‘reformasi 1998’ Tian Chua pastinya gusar dan bimbang bahawa selepas ini akan tertular pula video Azmin-Anwar yang akan melenyapkan harapannya untuk melihat Anwar diangkat sebagai Perdana Menteri.

Tian Chua cuba menggoda rakyat terutamanya masyarakat Islam supaya melupakan sahaja kes semburit itu dan terus maju ke hadapan untuk pembangunan fizikal negara.

Tian Chua lupa bahawa soal moral pemimpin menjadi teras utama dalam arena politik baik di Barat mahupun di Timur.

Tian Chua buta apabila melihat kes-kes rasuah pemimpin DAP mahupun PH yang lain yang diketepikan oleh Peguam Negara. Adakah itu satu pembangunan fizikal kepada Tian Chua?

Tian Chua gagal melihat bagaimana pemimpin Barat meletak jawatan dan ada yang membunuh diri apabila gejala aktiviti seks mereka terdedah kepada rakyat?

Menteri Britain seperti Andrew Griffiths dan Jim Wilson dari Kanada telah meletakkan jawatan mereka kerana keterlibatan mereka dalam skandal seks.

Menteri Andrew Griffiths misalnya harus menjadi contoh dalam tulisan Tian Chua kerana beliau meletakkan jawatan hanya kerana menghantar mesej berunsurkan seks, bukan melakukan amalan seks dengan rakaman video yang jelas tertular kepada rakyat.

Di India, Menteri Luar, Mobashar Jawed Akbar telah meletakkan jawatan kerana gangguan seksual.

Setiausaha Negara Britain, John Prufomo dipecat dan dipenjarakan selepas mengaku mengadakan hubungan sulit dengan seorang model berusia 19 tahun, Christine Keeler.

Kemudian masyarakat dunia juga didedahkan dengan perletakkan jawatan dua Menteri wanita dalam kabinet Jepun pimpinan Shinzo Abe iaitu Menteri Perundangan, Midori Matsushima dan Menteri Perdagangan dan Industri, Yuko Obuchi. Mereka telah meletakkan jawatan masing-masing selepas dikaitkan dengan skandal menyalahgunakan wang kempen pilihan raya.

Jadi Tian Chua, kami ingin bertanya, adakah kamu rasa wajar bagi rakyat meletakkan kepercayaan dan menyokong pemimpin yang menggunakan kedudukan politik mereka untuk melindungi aktiviti semburit mereka yang merupakan satu kesalahan dalam undang-undang negara?

Nampaknya Tian Chua kamu bukan mahu menggerakkan negara ke hadapan, sebaliknya kamu buta dan mahu mengkebelakangkan negara dengan menyokong pemimpin tidak bermoral.

Lihat sahaja Peguam Negara, rakan kamu yang menari di atas pentas bagaikan mabuk sedangkan dia memikul tanggung jawab besar sebagai memimpin badan perundang-undangan negara. Dia sepatutnya tidak secara wewenang bercampur-gaul dengan orang ramai kerana ada antara mereka yang mempunyai kes jenayah, mahupun peguambela mereka.

Itukah yang kamu mahu? Sedangkan kamu buta bahawa agamalah yang menjadi sempadan yang memagari amalan terkutuk dan buruk agar seseorang pemimpin itu, bukan sahaja dilihat bersih tetapi hakikatnya berprinsip bersih untuk mengepalai rakyat ke arah pembangunan fizikal.

Jadi Tian Chua, nampaknya pembangunan fizikal dan kekayaan bagi kamu wajar sahaja digarap tanpa mengira soal moral, dan sikap bertanggungjawab yang berpaksi kepada ketakwaan kepada Tuhan?

Kamu mengambil contoh negara-negara yang kamu senaraikan tetapi kamu gagal melihat bagaimana soal moral menjadi kayu pengukur kepimpinan mereka.

Inilah akibatnya membenarkan kaum asing hidup bersama rakyat Muslim, sedangkan dia gagal mencari Tuhannya dan tidak berpegang kepada ajaran agama.

Jelaslah kamu Tian Chua adalah pemimpin politik tegar yang menyokong kerajaan kakistokrasi yang dipimpin oleh Perdana Menteri tua yang hampir nyanyuk serta kabinetnya yang bangang!

*****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: