AKUAN SUMPAH DAN VIDEO SEMBURIT ADALAH SEMBOYAN PERANG ‘MAHATHIR-ANWAR II’

Setelah tertularnya video semburit Azmin-Haziq yang telah disahkan tulen oleh pakar forensik digital luar negara, media internet membangkitkan pula isu kontemporari yang hangat, “siapakah dalang” yang menularkannya?

The Third Force, melalui wacana (video) Raggie Jessy Rithaudeen mengulas panjang lebar bahawa dalang yang menularkan video tersebut, tidak lain dan tidak bukan adalah Mahathir, bukannya Anwar.

Hujah Rithaudeen agak berbeza dengan lojika yang bermain pada pemikiran kebanyakan warganet kerana, mereka tahu bahawa Azmin adalah musuh DS Anwar Ibrahim yang menjadi pilihan Mahathir bagi menggantikannya, maka Anwarlah dalang penularan video berkenaan.

Namun bagi Rithaudeen, penularan video Azmin-Haziq akan meleret kepada banyak lagi video semburit Azmin dengan orang-orang PKR, termasuk Anwar.

Lantas tidak lojik bagi Anwar untuk mendedahkan aktiviti semburit Azmin kerana sejak lama dahulu semasa kritikalnya isu kes sodomi Anwar, ramai sudah tahu hubungan semburit Azmin-Anwar, tertutamanya daripada pendedahan Ummi Hafilda adik bongsu Azmin.

A A A A A A A A A A A A A A A A A A ABIAWAK 6

Dengan itu dan berlapikkan beberapa hujahan lain, Rithaudeen menghalakan dakwaannya bahawa Mahathir dan orang-orang suruhannyalah yang menjadi dalang pada isu tertularnya video semburit itu.

Malah Rithaudeen mengakui bahawa pihaknya telah merujuk video tersebut untuk dibedah siasat oleh pakar forensik digital luar negara dan mendapati bahawa video berkenaan adalah tulen.

Ritaudeen juga dengan yakinnya mengesahkan bahawa pelaku dalam video itu adalah Azmin dan Haziq dan bukannya ‘seseorang’ yang menyerupai Azmin atau Haziq.

Pendedahan demi pendedahan menyokong dakwaan Rithaudeen apabila CCTV daripada hotel di mana drama semburit itu dirakam, mendedahkan kehadiran Azmin-Haziq dan watak-watak lain yang terpalit.

Tiba-tiba pada 5 Julai rakyat dikejutkan pula dengan seruan Mahathir kepada semua parti Melayu supaya bergabung dengan parti BERSATU (PPBM) yang lebih dipersepsikan oleh warganet sebagai parti ‘bunga yang layu’.

A A A A A A A A A A A A A A A A A A AA PERANG 2

Adakah tindakan Mahathir itu sebagai kesinambungan agendanya dan rentetan kepada isu penularan video semburit Azmin-Haziq itu? Nampaknya telahan Rithaudeen mula terserlah daripada kabus tebal.

Apabila Mahathir menyebut ‘parti Melayu’ maka pastinya dia menujukan seruannya kepada parti Melayu terbesar iaitu UMNO dan PAS.

Bukan itu sahaja, Mahathir telah menggerakkan balacinya seperti Syed Saddiq untuk bersemuka dengan Khairy Jamaluddin dan juga mantan PM, DS Najib Razak untuk memujuk mereka menyertai parti ‘bunga layu’.

A A A A A A A A A A A A A A A A A A AA PERANG 3

Khairy menolak permintaan Mahathir, tetapi DS Najib yang kaya dengan sikap kesopanannya kelihatan hanya tersenyum apabila dihampiri Syed Saddiq, tanpa mahu mendedahkan apa jua kenyataan Menteri Belia dan Sukan yang masih berhingus itu.

Malangnya bagi Mahathir, ramai dalam kalangan akar umbi mahupun pemimpin atasan PAS dan UMNO menolak seruan Mahathir kerana BERSATU hanyalah ‘melukut di tepi gantang dalam komponen PH’ sedangkan gabungan UMNO-PAS dilihat boleh meruntuhkan puluhan kawasan parlimen yang kini dikuasai PKR, BERSATU dan PAN.

A A A A A A A A A A A A A A A A A A AA PERANG 4

Lucunya daripada pengiraan kami, adakah UMNO yang telah memenangi 55 kerusi parlimen dan PAS 18 kerusi, mahu tunduk kepada parti ‘bunga layu’ Mahathir yang hanya memperoleh 12 kerusi parlimen pada PRU14 lalu?

Sepatutnya Mahathirlah, tanpa segan-silu mengambil langkah proaktif bergabung bersama dengan UMNO-PAS untuk membentuk parti Melayu yang kukuh bagi melunturkan dominasi DAP.

Dengan itu juga, seruan Mahathir tersebut telah membangkitkan kemarahan rakan sekutunya dalam PH, terutamanya Lim Kit Siang dan Anwar.

Lim Kit Siang telah dengan segera pergi berjumpa Mahathir untuk mendapatkan penjelasan. Namun seperti biasa lakonan politik Mahathir bagaikan ular yang bijak membelit, untuk menyelamatkan survival politiknya.

A A A A A A A A A A A A A A A A A A AA PERANG 5

Anwar Ibrahim juga amat marah, kerana sudahlah video semburit Azmin-Haziq mengancam masa depannya, kini Mahathir menggiatkan lagi usahanya untuk menarik lebih ramai Ahli Parlimen (AP) daripada PAS-UMNO.

Tidak cukupkah dengan beberapa AP UMNO yang telah melompat masuk ke BERSATU dahulu bagi menguatkan pengaruhnya untuk menentang PKR dan DAP?

Anwar mendesar Mahathir supaya isu ‘pelawaan’nya supaya parti Melayu menyertai BERSATU dibawa ke meja rundingan Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) untuk mengetahui apakah agenda Mahathir sebenarnya.

A A A A A A A A A A A A A A A A A A AA PERANG 6

Walau bagaimanapun, Anwar tidak mahu kemarahannya terhadap Mahathir tertonjol kerana pengalaman 1998 telah mengajarnya.

Maka Anwar meminta isterinya, Wan Azizah supaya memberikan reaksi positif terhadap seruan Mahathir itu supaya tertutup api kemarahannya terhadap Mahathir.

A A A A A A A A A A A A A A A A A A AA PERANG 7

Tapi kami melihat Wan Azizah telah mengeluarkan kenyataan yang dangkal dan melucukan untuk memperbodohkan khalayak media.

Dia mengatakan bahawa BERSATU tidak sama dan tidak mirip dengan UMNO, sedangkan dia lupa bahawa Mahathir dahulu tetap Mahathir sekarang. Dialah yang telah memimpin UMNO selama 22 tahun yang penuh dengan kancah kronisme, nepotisme, kolusi dan kleptokrasi.

Kini Mahathir membawa imej baru kepada PH iaitu gejala ‘kakistokrasi’ yang menghuru-harakan pemerintahan PH dan memusnahkan hidup rakyat dengan menteri-menterinya yang kelihatan amat bodoh.

Anwar dan konco-konconya tidak berdiam diri dalam situasi kritikal pendedahan ‘video semburit’, seruan menyertai BERSATU, agenda memperkukuhkan parti ‘bunga’ dan pengaruh Mahathir, mengangkat Azmin sebagai alternatif utama sebagai PM, serta alasan dangkal Mahathir menangguhkan penurunan kuasa PM kepadanya.

Dengan itu, sejak sehari dua ini, media dalam talian tidak putus-putus menghebohkan kebarangkalian yang tinggi terhadap meletusnya ‘Perang Anwar-Mahathir II’, sebagai mengulangi permusuhan ‘anjing dan kucing’ atau mungkin ada yang mahu mengatakan permusuhan ‘iblis dan dajal’.

A A A A A A A A A A A A A A A A A A AA PERANG 8

Lantas timbul pula isu surat ‘Akuan Sumpah’ menyokong Anwar menggantikan Mahathir menduduki kerusi PM.

Mungkin juga ‘akuan sumpah’ dalam jumlah 2/3 daripada keseluruhan jumlah AP akan membolehkan juga Anwar menggerakkan ‘Undi Tidak Percaya’ terhadap Mahathir di parlimen.

‘Undi Tidak Percaya’ adalah jalan pintas yang paling berkesan untuk ‘membunuh’ Mahathir dan kerajaan kakistokrasinya yang kini amat dibenci rakyat.

Kami tidak tahu sejauh manakah benar tentang kewujudan surat ‘akuan sumpah’ itu, namun TS Muhyiddin Yassin dan Presiden UMNO, DS Zahid Hamidi telah menolak penularan surat akuan sumpah yang mencatatkan nama dan tanda tangan mereka.

A A A A A A A A A A A A A A A A A A AA PERANG 9

Apapun yang terbangkit daripada kemelut ‘Perang Anwar-Mahathir II’ itu, serta modus operandi yang digunakan oleh kedua-duanya, kami percaya bahawa gelombang peperangan itu sedang berlaku di bawah arus.

Ia sekadar menanti masa untuk menerjah sebagaimana tsunami yang melanda Aceh atau mungkin juga sebagaimana bom jangka berkapasiti mega yang akan meletup ke seluruh negara.

*****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: