HENTI LACURI ORANG MELAYU

Kami amat tertarik dengan kenyataan jujur, berani, jitu dan terbuka daripada hati-nurani Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Farhan Khairuddin yang telah disiarkan dalam laman FB-nya di bawah tajuk ‘TUN MAHATHIR PERLU HENTI LACUR ORANG MELAYU DEMI POLITIK’.

A A A A A A A A A A A A A A A A A A AB ALACUR 1

Kami percaya majoriti kaum Melayu yang sayangkan masa depan bangsanya, yang merupakan tuan kepada Tanah Melayu ini, berada di belakang Farhan, menentang pemimpin hipokrit yang selama ini telah memecah-belahkan bangsa Melayu demi survival kuasa politiknya dan tamak-haloba terhadap kekayaan duniawi.

Kami juga percaya, baik Mahathir yang sentiasa melihat dirinya sebagai ‘sempurna’ ataupun Anwar yang berlumur dengan najis moral, bukanlah pemimpin yang layak untuk memimpin kaum Melayu yang beragama Islam serta masa depan anak-cucu mereka, di tengah-tengah kancah kebiadaban bangsa DAP yang menjadikan Mahathir sebagai boneka mereka.

A A A A A A A A A A A A A A A A A A AB ALACUR 2

Berikut kami rakamkan semula ‘tamparan’ Farhan terhadap pemimpin hipokrit yang telah memecah-belahkan perpaduan Melayu:

Saya menonton klip video rayuan Tun Mahathir memujuk rayu UMNO untuk menyertai PPBM.

Ironinya, nada Tun kali ini jauh berbeza. Apa pun, saya meragui niat sebenar Tun ketika bermain dengan ayat yang dikeluarkan itu.

Kepada Nenenda Tun, UMNO tidak akan dibubarkan untuk menyertai PPBM. Kami tidak rela lagi untuk dicatur dengan politik kepentingan Tun dan Anwar.

Tun patut berhenti berjual-beli dengan sentimen perjuangan Melayu yang Tun sendiri tinggalkan selama ini.

A A A A A A A A A A A A A A A A A A AB ALACUR 3

Jika Tun lupa, Tun-lah orang yang memulakan perpecahan dalam kalangan orang Melayu dengan menyebar surat layang berpuluh ribu naskahnya untuk membenci Allahyarham Tunku dalam kalangan orang Melayu.

Tun jugalah yang menulis buku Dilema Melayu konon bagi menampakkan Tun sebagai Ultra Melayu berbanding pemimpin berdarah Melayu tulen yang lain.

A A A A A A A A A A A A A A A A A A AB ALACUR 4
Mahathir berketurunan India dari darah ayah dan datuknya

 

Hakikatnya, ketika Tun mengambil alih tampuk kepimpinan kerajaan dan parti, Tun-lah orang yang telah ‘membela’ kroni-kroni Tun sehingga menjadi Bapak Kapitalis hari ini.

Tun jugalah yang telah mengkayakan kroni-kroni Cina Tun yang kini menjadi 10 orang terkaya di Malaysia termasuk anak Tun sendiri.

A A A A A A A A A A A A A A A A A A AB ALACUR 6

Maaf Tun, saya jijik mendengar ayat ‘demi perjuangan Melayu’ yang Tun mainkan di bibir.

Saya tahu dan yakin, apa yang Tun cuba lakukan hari ini bukanlah kerana mahu menyelamatkan Melayu, tetapi hanya mahu mengembalikan kedudukan dan projek-projek Tun serta kroni yang telah diusik selama ini.

Dan, saya juga yakin, rintihan dan rayuan Tun yang mahukan UMNO menyertai PPBM bukanlah untuk menyelamatkan Orang Melayu tetapi Menyelamatkan masa depan anak Tun.

Kepada Pimpinan Parti UMNO,

1) Kita punya kelebihan berbanding Tun dan PPBM, kita punya masa dan bersedia bertahan sehingga PRU akan datang dan Tun tidak punya masa.

2) Saya fikir kita perlu kekal bersendiri, dan tidak lagi mengikut permainan Tun. Masanya bagi Malaysia dipisahkan dengan politik Mahathir-Anwar yang selama ini memecah belahkan orang Melayu.

3) UMNO akan terus kekal UMNO kerana akar umbi kita masih kekal utuh dan tidak berganjak.

Jika Tun nak kita bersama menyelamatkan orang Melayu hanya dengan satu terma:

Bubarkan PPBM dan kembali kepada UMNO atau bubarkan Parlimen kerana kami bersedia berhadapan dengannya.

Daripada:  Farhan Khairuddin, Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

*****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: