USUL ‘PENGISYTIHARAN HARTA’ ADALAH UNTUK MEMERANGKAP MAHATHIR?

Beberapa hari lalu (1 Julai) Dewan Rakyat telah sebulat suara meluluskan usul mewajibkan semua Ahli Parlimen, termasuk pembangkang mengisytiharkan harta masing-masing.

Dewan Rakyat, memaklumkan usul itu diluluskan sebulat suara tanpa sebarang bantahan termasuk daripada Ahli Parlimen pembangkang.

Dengan itu semua Ahli Parlimen, perlu mengisytiharkan harta mereka termasuk isteri atau suami, dan anak-anak serta pemegang amanah dalam Akuan Berkanun.

Senarai nama Ahli Parlimen yang mengisytiharkan harta akan dipaparkan dalam portal SPRM dan hanya butiran pengisytiharan harta sahaja yang akan dipaparkan di portal berkenaan selama tempoh tiga bulan daripada tarikh penerimaan Akuan Berkanun oleh SPRM.

Ahli Parlimen yang gagal berbuat demikian akan dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen mengikut Peraturan Mesyuarat 80 Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat kerana melanggar hak dan keistimewaan majlis.

Jika Ahli Parlimen didapati membuat perakuan tidak benar, individu itu tertakluk kepada Seksyen 3 Akta 783 dan Seksyen 199 Kanun Keseksaan, jika disabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 193 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun dan denda.

Walaupun tiada bangkangan, namun terdapat pandangan berbeza daripada pihak pembangkang.

Misalnya Tuan Ibrahim Tuan Man mengatakan bahawa pengisytiharan harta akan menjejaskan keselamatan harta dan individu yang berbuat demikian, di samping akan menimbulkan rasa dengki terhadap pihak lain.

Tuan Ibrahim juga membangkitkan isu keseriusan pihak kerajaan kerana sekiranya kerajaan serius mengapa tidak dijadikan undang-undang atau sebahagian daripada Akta SPRM.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, ada kemungkinan idea itu diceduk dari pemikiran sosialis yang dibawa oleh parti DAP.

Pengisytiharan harta boleh menunjukkan sikap bongkak dan riak dan ia dilarang dalam Islam.

Bagi Haji Hadi teori isytihar harta adalah teori komunis dan sosialis. Hakikat ini ada kebenarannya kerana setiap harta rakyat bagi ideologi komunis adalah harta milik rakyat (kerajaan komunis). Lantas harta yang diisytiharkan akan menjadi milik negara.

DS Najib pula memberikan reaksi berbeza kerana usul pengisytiharan harta baginya hanyalah relevan untuk penjawat awam dalam hal percukaian dan penglibatan rasuah kerana pendapatan mereka bergantung kepada satu sumber gaji.

Namun bagi badan eksekutif, mereka mempunyai pelbagai aktiviti ekonomi selain daripada memikul tanggungjawab sebagai ahli parlimen mahupun ADUN, misalnya mereka berjawatan peguam doktor jurutera dan sebagainya.

Walau bagaimanapun terbangkit juga integriti pihak kerajaan dalam hal melaksanakan usul ini yang kemudiannya akan dijadikan undang-undang.

Terdapat menteri dan timbalan menteri isytihar harta secara yang tidak benar atau dengan kata-kata lain secara menipu.terdapat kalangan mereka yang mengisytiharkan harta dalam kuantiti aset yang terlampau tinggi untuk mendapatkan projek mega kerajaan. Terdapat jugayang sengaja mengisytiharkan rendah kerana cuba menutup kegiatan kolusi, kronisme dan penyelewengan kuasa dalam aktiviti merak yang lampau.

Misalnya bagaimana Menteri Kewangan hanya isytihar aset beliau dan isteri sebanyak RM1.35 juta sahaja sedangkan banglo yang beliau beli dengan harga RM2.5 juta pun mengikut nilai pasaran lebih RM4 juta.

Kalau bahagian hutang tidak dikira aset pun, nilai aset LGE sudah lebih RM2 juta (nilai pasaran semasa tolak baki pinjaman). Ini belum masuk simpanan lain dan aset lain.

TS Muhyiddin Yassin mempunyai aset RM1.35 juta sahaja, sedangkan rakyat tahu bahawa dia adalah antara individu terkaya di Johor ketika memegang jawatan Menteri Besar.

Adakah kerajaan benar-benar berintegriti kerana rakyat sudah lihat bagaimanakah ahli parlimen DAP seperti Rayer Rajiji telah mengaku mengisytiharkan harta, namun tidak ada maklumat daripada yang dipaparkan dalam portal SPRM. Apakah SPRM cuba melindungi Rayer?

Waytha Moothy pula mengisytiharkan bahawa dia kononnya tiada aset, sebaliknya memiliki rumah dan kereta mewah. Kononnya semua harta dia telah diberikan kepada rakyat miskin.

Walau apapun yang agenda tersembunyi daripada pihak kerajaan yang hakikatnya merupakan usul ahli parlimen Warisan Datuk Liew Vui Keong dan disokong ahli parlimen PKR, Dr Xavier Jayakumar.

Apa yang rakyat mahu lihat ialah tindakan SPRM yang tidak memilih mangsa. Ia seharusnya bertindak ke atas sesiapa juga termasuk Perdana Menteri.

Rakyat masih ingat lagi apabila setiap pemimpin tertinggi daripada komponen PH ketika berkonflik dengan Mahathir, masing-masing berdendam untuk mengheretnya ke mahkamah kerana dipersepsikan sebagai kleptokrat yang licik dan pandai berpura-pura.

Dendam sedemikian pernah disuarakan oleh mereka dalam ceramah umum sebagaimana yang diujarkan oleh Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Anwar Ibrahim, Wan Azizah, Mat Sabu, Gobind Singh Deo, Rafizi Ramli, termasuk mendiang Karpal Singh.

Mereka mahu mengheret Mahathir dan anak-pinaknya yang kaya-raya dalam kapasiti yang melampau, dipercayai kejayaan mereka melalui kronisme, nepotisme, dan kolusi Mahathir sendiri ketika dia menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun.

Dasar penswastaan Mahathir juga dilihat sebagai satu agenda untuk mengkayakan kaum keluarganya dan kroni-kroninya, sehingga pada ketika tertentu kerajaan terpaksa menanggung kerugian yang menyebabkan syarikat-syarikat besar seperti Mainco dan Perwaja Steel jatuh muflis.

Mahathir nampaknya hanya berdiam diri apabila dirujuk kepada usul pengisytiharan harta, kecuali menyeru parti-parti Melayu bergabung dengan parti Bunganya yang layu untuk menguatkan suara kaum Melayu.

Untuk apa? Adakah lagi sekali untuk menyelamatkan kekayaan dirinya dan anak-anaknya?

*****

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: