MUJAHID TERMAKAN PROPAGANDA KOMUNIS CHINA

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri bagi Hal-Ehwal Agama, Mujahid Yusof Rawa terpaksa bersilat setelah dikecam warganet terhadap siaran facebooknya tentang ‘Pusat latihan Xinjiang’ yang dilihat dengan mata kepalanya sendiri sebagai pusat pemulihan etnik Uighur untuk membuang amalan ekstremisme mereka.

A A A A A A A A A A A A A A A A A A AB MUJAHID 5
Foto satelit, Kem Tahanan Xinjiang, dipetik daripada BBC News

“Pusat ini menjalankan aktiviti latihan perindustrian dengan pelbagai kemahiran seperti menjahit, kelas perundangan, seni, gubahan bunga dan sebagainya,” katanya di Facebook bersama gambar lawatannya.

Namun Mujahid kurang membaca, apabila badan Hak Asasi Manusia PBB, mendedahkan bahawa kerajaan Komunis China berpura-pura dengan matlamat mereka untuk menentang keganasan, sebaliknya ia adalah satu program halus yang sistematik untuk mengancam, menahan dan menyeksa kaum Uighur di mana bumi kediaman mereka kaya dengan minyak.

Bukan itu sahaja, Mujahid juga menyifatkan laporan mengenai penindasan umat Islam di China sebagai “berita palsu” dalam ucapannya di Beijing Foreign Studies University (BFSU).

“Berita palsu di China mengenai umat Islam ditindas boleh mencetuskan gelombang simpati pada orang yang ditindas dan menjejaskan hubungan,” kata Mujahid.

Mujahid kemudian membuat perbandingan dengan dakwaan bahawa penganut Hindu di Malaysia dianiaya (pastinya merujuk kepada tuduhan jahat Waythamoorthy di Belanda tempoh hari).

“Sementara berita palsu tentang penganut Hindu diperlakukan secara tidak adil oleh orang Islam di Malaysia contohnya boleh mencetuskan kebencian terhadap orang Islam minoriti di India,” katanya.

Mujahid sebenarnya terkeliru dan telah termakan dengan propaganda kerajaan Komunis China, kerana tuduhan yang dibuat oleh orang kuat HINDRAF, Waythamoorthy adalah palsu dan satu pembohongan, manakala penyeksaan Komunis China terhadap penduduk Islam Uighur di kem tahanan Xinjiang adalah realiti yang diperakui oleh banyak pertubuhan dunia.

Tindakan zalim kerajaan Komunis China adalah satu bentuk penghapusan etnik, budaya dan agama kaum Uighur kerana mereka menentang penjajahan di tanah air mereka oleh masyarakat China melalui program pendudukan dan migrasi kaum China etnik Han yang terancang.

A A A A A A A A A A A A A A A A A A AB MUJAHID 2

Rancangan halus migrasi rakyat China dari wilayah lain untuk menduduki bumi tanah Uighur sama seperti apa yang dilakukan oleh kerajaan Myanmar terhadap kaum Islam Rohingya.

Kenyataan Mujahid di BFSU adalah satu kejayaan propaganda Komunis China dan menjadi lagu merdu yang lunak untuk dimainkan kembali bagi menyokong sikap ganas dan penyeksaan terhadap etnik Uighur yang beragama Islam.

Apa yang wujud di Xinjiang bukanlah pusat latihan ala vokasional untuk etnik Uighur, Kazakh dan Tajik, sebaliknya ia merupakan kem tahanan dan penderaan – ‘concentration camp’ yang mendera kira-kira dua juta tahanan.

Agenda utama kem tahanan itu ialah menghapuskan identiti, kepercayaan dan budaya golongan minoriti kaum Uighur, Kazakh, Tajik dan lain-lain yang merupakan kaum minoriti Islam.

Media antarabangsa menyifatkan kem tahanan Xinjiang sebagai yang terbesar di dunia dan mengulangi kewujudan pusat holocaust Hitler semasa Perang Dunia Kedua dahulu.

BBC menyifatkan kem tahanan Xinjiang sebagai penjara yang terbesar di dunia.

Manakala Aljazeera melaporkan bahawa ahli panel Hak Asasi Manusia PBB mendakwa lebih daripada sejuta kaum Muslim Uighur ditahan di penjara Xinjiang itu. Antaranya Gay McDougall yang percaya hampir dua juta kaum Uighur dan etnik Islam yang lain disumbat ke penjara berkenaan sebagai ‘kem indoktrinasi politik.’

A A A A A A A A A A A A A A A A A A AB MUJAHID 3

Mujahid dan delegasi sebenarnya tidak dibawa melihat keadaan ‘kem tahanan’ sebenar, sebaliknya hanyalah satu bangunan tempat latihan vokasional untuk mengelabukan pemikiran mereka manakala pusat tahanan sebenarnya telah disembunyikan daripada delegasi.

Ucapan Mujahid pastinya akan diangkat sebagai pendirian Malaysia yang menyokong program ‘pemulihan’ kaum Uighur yang sebenarnya adalah program penghapusan etnik minoriti yang tinggal di kawasan yang kaya dengan minyak.

Malahan kenyataan Mujahid itu juga, satu kenyataan yang menolak insinuasi negatif terhadap tindakan kerajaan Komunis China, dan boleh diangkat sebagai pengiktirafan Malaysia terhadap kem tahanan dan penyeksaan kaum minoriti Muslim Uighur China.

Menurut seorang etnik Uighur yang menetap di Texas, Amerika Syarikat (AS), Steven Zhang, mendedahkan bahawa “Dalam tempoh lima tahun lalu, sekurang-kurangnya lima juta masyarakat Uighur ditahan sebelum hilang secara senyap,” ujarnya.

Pemerintah Komunis China juga telah menyekat kebebasan etnik berkenaan dengan menutup beberapa masjid di Xinjiang, mengenakan sekatan luar dan mengawal populasi mereka.

Sekatan lain yang dikenakan ialah melarang lelaki menyimpan janggut, mengharamkan wanita memakai purdah di tempat awam serta mewajibkan penduduk tempatan menonton siaran televisyen pemerintah.

Kerajaan Komunis China juga telah membakar 370,000 pusat tahfiz al-Quran serta memaksa ibu bapa mengubah nama Muslim pada anak-anak mereka yang berumur 16 tahun ke bawah.

Seorang Imam etnik Uighur yang kini bermastautin di Australia, Abdul Salam Alim telah menceritakan penderitaan dan tekanan yang dihadapi kaum keluarganya dan dan jutaan lain daripada bangsa Uighur di Xinjiang.

“Masjid dikunci, kami tidak dibenarkan berpuasa. Ketika bulan Ramadan jika buka lampu pada waktu sahur, seluruh keluarga akan ditangkap. Malah ketika siang, mesti mengaku tidak berpuasa agar tidak ditangkap.

“Pada Tahun Baharu Cina, etnik Islam Uighur akan ‘dihadiahkan’ daging babi untuk tujuan perayaan, jika kami tolak dituduh sebagai pelampau (ekstremis),” jelas Abdul Salam.

A A A A A A A A A A A A A A A A A A AB MUJAHID 4

Abdul Salam juga mendedahkan, kerajaan Komunis China ‘membenarkan’ lawatan delegasi luar untuk berkunjung ke Wilayah Xinjiang namun, lawatan itu disusun dan diatur agar yang terlihat hanya sisi murni kerajaan komunis itu.

“Sehari sebelum kunjungan delegasi luar ke Wilayah Xinjiang, kerajaan Republik Komunis China akan membuka masjid-masjid yang dikunci selama ini.

Kemudian, ditugaskan seorang imam upahan yang akan menceritakan ideologi-ideologi kerajaan China dan dasar kerajaan yang baik-baik sahaja kepada pelawat misalnya etnik Uighur bebas mengamalkan agama Islam, dan mereka diberikan latihan vokasional untuk pembangunan sosial.

“Namun, selepas pelawat pulang, kami akan ditekan, diancam dan diseksa seperti biasa.”

“Kunjungan delegasi luar juga hanya dibenarkan melawat ke kawasan dan tempat tertentu sahaja bukan boleh melancong sesuka hati, hanya tempat yang dibawa sahaja, inilah tipu-daya Komunis China, untuk mengelabui mata dunia,” jelasnya.

Mereka hanya mahu pihak pelawat melihat ‘apa yang boleh dilihat sahaja dan apa yang pihak pemerintah mahu mereka lihat.’

Inilah juga yang berlaku pada Mujahid dan delegasi lainnya, dan propaganda serta indoktrinasi mereka ke atas pemikiran Mujahid nampaknya telah berjaya.

****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: