SEKOLAH VERNAKULAR PUNCA PERPECAHAN KAUM

Tiada satupun dalam kalangan negara-negara ASEAN yang mewujudkan sekolah vernakular, kerana ia mendorong perpecahan kaum, kecuali Malaysia.

Pemimpin cauvinis Cina di Malaysia nampaknya cuba mengelabukan mata masyarakat, sedangkan mereka tahu Perlembagaan Persekutuan tidak memaktubkan apa-apa peruntukan untuk mewujudkan sekolah vernakular (sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil).

Jika sudah ada ‘Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil’ maka kemanakah hendak dicampakkan ‘Kebangsaan Malaysia’ untuk berdiri sebagai satu bangsa, satu halatuju dan satu matlamat?

Presiden Sukarno pernah menyatakan bahawa Indonesia tidak mahu pendatang Cina menyuburkan budaya mereka dengan bangsa mereka. Sekiranya kaum Cina mahu kekal di Indonesia, mereka harus berbudaya Indonesia dan menjadi bangsa Indonesia. Sekiranya mereka membantah, mereka boleh kembali ke negara asal. Dan sekiranya mereka membantah juga, mereka akan dibunuh.

Sukarno tidak mahu kaum Cina, pada kemudian hari kelak menjadi kacang lupakan kulit dan menjadikan rakyat Indonesia sebagai hamba mereka. Kini telahan Sukarno sedang berlaku di Malaysia, kerana terlalu baiknya budi pemimpin Melayu terhadap kaum asing.

A A A A A A A A A A A A A A A A A A ABIAWAK A6

Negara Singapura yang menjadi contoh kebanggaan DAP kerana di sana ada PAP, sekali-kali tidak membenarkan kewujudan sekolah vernakular. Lee Kuan Yew sedar bahawa sekolah vernakular tidak akan menyokong perpaduan kaum di Singapura. Malahan manusia cauvinis seperti Lim Kit Siang sendiri tidak dibenarkan bermaustatin di Singapura dan dihalau keluar.

Begitu jugalah Thailand, Filipina dan Brunei Darussalam yang menolak sama-sekali penubuhan sekolah vernakular.

Tetapi sikap hipokrit kaum yang dahulunya merupakan pendatang, malah semasa perjuangan mencapai kemerdekaan pun mereka masih melihat Malaya hanya sebagai negara persinggahan. Harapan mereka adalah untuk kembali ke tanah besar datok-nenek moyang mereka apabila sampai masanya.

Malah semasa perarakan kaum Cina pada 9 Mei 1969, sebelum tragedi berdarah 13 Mei, mereka masih membawa sepanduk Mao Tse Tung dan mendewa-dewakan pemimpin negara asal mereka.

A A A A A A A A A A A A A A A A A A ABIAWAK A2

Adakah itu yang menjadi paksi perpaduan kaum di Malaysia, sedangkan apa yang tersirat dalam hati mereka ialah merampas hak kaum bumiputera dan menjadikan negara ini negara komunis?

Kini mereka masih mahu berdolak-dalik, memutar belit fakta sejarah dengan falsafah genjot ‘Malaysian Malaysia’ sedangkan hakikatnya mereka cuba merampas hak kaum bumiputera untuk menjadikan “Chinese Malaysia’.

Lantas sekolah vernakular Cina diwujudkan bukan dengan kurikulum dan silabus yang menyuburkan semangat bangsa Malaysia, sebaliknya dengan mengambil nilai-nilai luar seperti Taiwan dan mengetepikan nilai tempatan, bumi di mana mereka memijak dan mencari makan.

Baiknya pula pemimpin Melayu, sekolah-sekolah vernakular ini pula diberikan peruntukan kewangan, meskipun tiada peruntukan sedemikian dalam Perlembagaan Persekutuan.

Bukan itu sahaja, kini hak Melayu-Bumiputera cuba pula dijahanamkan dan dicacamerbakan. Lihat sahaja apabila pinjaman MARA sudah boleh diterobos oleh pihak bukan Melayu-Bumiputera, MRSM sudah diasak dan kini sudah boleh disertai oleh kaum bukan Melayu.

A A A A A A A A A A A A A A A A A A ABIAWAK A3

Malah institusi ekonomi Melayu seperti Khazanah, Bank Islam dan Tabung Haji, sudah diserapkan dengan kaum Cina dan ada pula usaha untuk mencinakan sebahagian daripada institusi ini.

Ibarat kata bidalan Melayu, “Diberikan betis, diminta paha, diberikan paha diminta kemaluan, diberikan kemaluan, seluruh tubuh menjadi hamba.”

Cadangan wakil Dewan Muslimat PAS Pusat, Salamiah Mohd Nor, baru-baru ini, supaya sekolah-sekolah Cina dan Tamil dihapuskan adalah suatu tindakan yang wajar memandangkan perpecahan kaum yang boleh diibaratkan seperti ‘bom jangka’ yang menunggu masa untuk meledak.

A A A A A A A A A A A A A A A A A A ABIAWAK A4

Kemudian kita lihat Ketua Pemuda DAP merangkap Ahli EXCO Kerajaan Perak, Howard Lee, pula mengecam PAS melalui tulisan bertajuk “tiada bukti masyarakat bertutur bahasa sama tak berpecah”.

Sesuailah dengan mata sepetnya, Howard Lee buta dan tidak melihat apakah yang berlaku di bawah arus politik dan sosial negara hari ini.

Butanya Howard Lee yang tidak melihat pencegahan yang diamalkan di negara jiran tetangga. Malah dia buta untuk melihat dan memperincikan Perlembagaan Persekutuan.

Lee yang beragama Kristian itu tidak melihat bahawa sistem pendidikan vernakular telah menyumbang kepada perpecahan kaum dan kelompok yang bercakap pelbagai bahasa itu, sudah berpecah sejak di bangku sekolah.

Ibarat kata bidalan melentur buluh biarlah dari rebungnya. Lihatlah sikap kurang ajar, Nga Kor Ming, Tony Puah, Rayer Rajaji yang lupa keturunannya dari Afrika, Kula Segaran, P Ramasamy, dan ramai lagi daripada puak bukan-Melayu PH.

Sebenarnya cadangan wakil Dewan Muslimat PAS Pusat, Salamiah Mohd Nor, tidak sedikit pun bertentangan dengan pandangan tokoh-tokoh politik negara, golongan DiRaja, golongan ulama, golongan intelektual negara dan juga NGO (sebagaimana yang kami petik dari Harakah Daily).

Tokoh Politik:

  • Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri, yang menyatakan pada 25 Oktober 2018 bahawa sekolah-sekolah Cina dan Tamil adalah penghalang kepada perpaduan nasional, 28 Jun 2018 bahawa beliau berharap untuk melihat wujudnya satu sistem sekolah sahaja, di samping menyatakan perkara sama sebelum ini, antaranya pada 14 Disember 2008, 20 Jun 2012 dan 17 November 2014.
  • Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Menteri Besar Kedah, yang menyatakan pada 1 Disember 2008 bahawa sekolah-sekolah Cina dan Tamil perlu dihapuskan dan semua kanak kanak dikehendaki mengikut satu sistem persekolahan untuk mencapai kesamarataan dan perpaduan.
  • Datuk A Kadir Jasin, Pegawai Media kepada Perdana Menteri, yang menyatakan pada 5 Disember 2008 bahawa “tidak guna kita mengekalkan sistem yang ada sekarang semata-mata kerana cauvinisme politik sedangkan sistem pendidikan kita hambar dengan pelajar pelbagai kaum yang tebal perkauman serta lemah dalam semua bahasa yang kononnya diperjuangkan”.

Golongan DiRaja:

  • Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor, yang menyatakan pada 7 Mei 2015, 21 September 2016 dan 3 November 2016 bahawa sekolah rendah hanya perlu memiliki satu aliran dengan bahasa kebangsaan harus dijadikan bahasa penghantar bagi mengatasi masalah perpaduan kaum.
  • Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor, yang menyatakan pada 4 September 2016 bahawa sekolah-sekolah Cina dan Tamil perlu dihapuskan dan digantikan dengan sekolah satu aliran.

Golongan ulama:

  • Tan Sri Harussani Zakaria, Mufti Perak, yang menyatakan pada 23 September 2015 bahawa sekolah-sekolah Cina dan Tamil perlu dimansuhkan bagi mengurangkan masalah perbalahan kaum yang semakin meruncing.
  • Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin, Mufti Perlis, yang menyatakan pada 24 Disember 2018 bahawa semua anak Malaysia hendaklah melalui pendidikan sistem sekolah kebangsaan dari umur tujuh tahun sehingga ke umur dua belas tahun.

Golongan intelektual:

  • Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim, pakar sejarah UM (waktu itu), yang menyatakan pada  2 Disember 2008 bahawa cadangan menyatukan sistem persekolahan sangat baik dan menyamai cadangan dalam Penyata Razak 1956 dan Jawatankuasa Barnes (1950) dan 22 Oktober 2009 bahawa sistem sekolah satu aliran perlu dilaksanakan bagi mewujudkan perpaduan kaum.
  • Prof Datuk Dr Ramlah Adam, Rektor KYM (waktu itu), yang menyatakan pada  2 Disember 2008 bahawa cadangan menyatukan sistem persekolahan asalnya diilhamkan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak dan diterjemahkan dalam Penyata Razak 1956 dan pelaksanaannya akan dapat mengeratkan perpaduan kaum.
  • Datuk Mohd Noor Abdullah, bekas Hakim Mahkamah Rayuan, yang menyatakan pada  12 Mei 2013 bahawa sekolah-sekolah Cina dan Tamil perlu dihapuskan kerana ia bukan sahaja memecahbelahkan masyarakat malah tidak diiktiraf oleh Perlembagaan Persekutuan.
  • Prof Dr Rosnani Hashim, pakar pendidikan UIA (waktu itu), yang menyatakan pada 5 Februari 2013 bahawa sekolah-sekolah Cina gagal memupuk perpaduan di kalangan pelajar sekolah dan melemahkan penguasaan bahasa Melayu.
  • Tan Sri Dr Abdul Rahman Arshad, bekas Ketua Pengarah Pelajaran, yang menyatakan pada 12 Mei 2013 bahawa sekolah-sekolah Cina dan Tamil perlu dihapuskan dan digantikan dengan sekolah aliran tunggal bagi menyatukan sistem persekolahan.
  • Prof Datuk Dr Teo Kok Seong, Felo Utama KITA, UKM, yang menyatakan pada 27 September 2015 bahawa sekolah-sekolah Cina dan Tamil perlu dihapuskan dan digantikan dengan sekolah kebangsaan.

A A A A A A A A A A A A A A A A A A ABIAWAK A5

  • Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah, pakar peradaban UNISZA, yang menyatakan pada 25 Januari 2016 bahawa sekolah-sekolah Cina dan Tamil perlu dihapuskan dan digantikan dengan sekolah kebangsaan.
  • Prof Emeritus Datuk Dr Isahak Harun, pakar pendidikan UM, yang menyatakan pada 8 Januari 2019 bahawa Malaysia perlukan sekolah rendah satu aliran bagi mengukuhkan asas keharmonian negara.
  • Tan Sri Abd. Ghafar Mahmud, bekas Ketua Pengarah Pelajaran, yang menyatakan pada 24 Mac 2019 bahawa beliau menyokong hanya wujudkan sekolah satu aliran demi perpaduan yang utuh.

Golongan NGO:

  • Gabungan 130 NGO Melayu Islam yang menyatakan pada 11 Jun 2013 bahawa kerajaan hendaklah menghapuskan sekolah-sekolah Cina dan Tamil dan mewujudkan satu aliran sekolah kebangsaan.
  • Gabungan lebih 300 NGO Melayu Islam yang menyatakan pada 23 November 2014 bahawa kerajaan hendaklah menghapuskan sekolah-sekolah Cina dan Tamil dan mewujudkan satu aliran sekolah kebangsaan.
  • Gabungan 10 NGO Melayu Islam yang menyatakan pada 23 Mei 2019 bahawa kerajaan hendaklah menghapuskan sekolah-sekolah Cina dan Tamil dan mewujudkan satu aliran sekolah kebangsaan.

Dengan itu kami ingin mengingatkan Howard Lee yang buta dengan mata sepetnya supaya sedar bahawa kenyataan wakil Dewan Muslimat PAS Pusat, Salamiah Mohd Nor, bukanlah kenyataan yang terpinggir.

Sebaliknya ia sudah lama didesak oleh pelbagai pihak yang melihat bahawa sekolah vernakular adalah ‘musuh dalam selimut’, gunting dalam lipatan’, dan ‘api dalam sekam’.

Sekiranya golongan cauvinis DAP mahu membuat laporan polis ke atas kenyataan Salamiah, maka, laporkanlah juga setiap kenyataan yang dikeluarkan oleh semua golongan dan individu yang dicatatkan di atas termasuk Tun Mahathir.

*****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: