PH DAPAT PARTI BARU

Rakyat yang bencikan kezaliman, nepotisme, kronisme dan kolusi yang tertonjol daripada rejim Tun Mahathir pada 1998 masih ingat lagi bagaimana DS Anwar Ibrahim bangun memberontak melalui gerakan ‘Reformasi’.

Reformasi itu tidak lain dan tidak bukan wujud untuk merobah kezaliman, nepotisme, kronisme dan kolusi rejim Mahathir yang sekaligus dijenamakan sebagai Mahazalim @ Mahafiraun.

SPRM telah dipergunakan oleh tangan ghaib di Putrajaya dengan serangan selektif atau terpilih atas alasan untuk mencegah dan menghapuskan kegiatan rasuah dalam kalangan masyarakat.

Ada golongan yang bersekongkol dengan Mahathir ketika itu tidak pernah dilihat sebagai perasuah apatah lagi perompak.

Namun hanya sekarang mereka itu diterjemahkan sebagai perasuah mahupun perompak setelah mereka tidak lagi bersekongkol dengan Mahathir.

Reformasi Anwar Ibrahim 1998 membawa kepada penubuhan PKR yang berdiri atas kata kunci ‘keadilan’. Tidak lain dan tidak bukan PKR ditubuhkan atas alasan menentang kerajaan yang dipersepsikan sebagai kehilangan nilai ‘keadilan’ sebaliknya tertegak atas paksi ‘kezaliman’.

Antara mereka yang tergolong sebagai orang kuat di belakang Anwar yang telah bangun menentang kezaliman Mahathir adalah adalah Latheefa Koya. Mereka bergerak bersama menentang manusia yang tersenarai namanya sebagai antara diktator terkenal dunia.

A A A A A A A A A A A A A A A A A KABLOOMBERG 2

Kes-kes rasuah yang timbul di mahkamah bukanlah sangat atas dasar laporan rasuah tetapi lebih kepada usaha pihak SPRM mencari dan menggeledah setiap inci tindak-tanduk musuh politik Mahathir. Anwar tidak dapat lari daripada tuduhan rasuah kerana kesalahannya dikorek, dicungkil sehingga terbongkar.

Image result for anwar dipenjara

Sememangnya amat senang mencari kesalahan orang daripada mencari kebaikannya, lantas bagi rejim yang zalim itu, semua kebaikan Anwar terpadam begitu sahaja, dan yang dilihat adalah kejahatannya semata-mata.

Hari ini Latheefa Koya yang tebal dalam jiwanya perjuangan menentang Mahathir sejak reformasi yang dikendong oleh PKR, telah dicuci-bersih untuk diangkat sebagai manusia berkecuali ‘non-partisan’ bagi mengetuai SPRM.

Berkecualikah Latheefa yang meletakkan semua jawatan politiknya sehari sebelum dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM? Berkecualikah dia sebagai manusia yang berdiri bersama Anwar sejak 1998 dalam gerakan Reformasi yang penuh kebencian terhadap kerajaan ketika itu yang diketuai oleh Mahathir?

A A A A A A A A A A A A A A A A A A ANSPRM 2

Kata janji Latheefa ialah memerangi rasuah sebagai keutamaannya bukan mengutamakan pelbagai medal yang tergantung pada pakaian seragam SPRM-nya.

Namun persepsi rakyat terhadap kecenderungan jiwa dan perjuangan Latheefa yang bersifat kepartian tetap tebal, jauh sekali daripada sifat berkecuali yang perlu ada pada Ketua Pesuruhjaya SPRM.

Dengan itu juga kami persepsikan SPRM yang wujud hari ini bukanlah untuk memerangi rasuah yang sepatutnya menjadi kata kunci suruhanjaya itu serta matlamat tunggal Ketua Pesuruhjaya badan itu.

Sebaliknya pada persepsi rakyat, sebagaimana persepsi gerombolan reformasi 1998, matlamat SPRM adalah untuk menentang musuh politik rejim Mahathir. Dengan sebab itulah pelantikan Latheefa Koya tidak perlu berdiri atas paksi berkecuali, dan tidak perlu melalui jaringan parlimen.

Apa yang penting ialah Latheefa perlu berada dalam genggaman Mahathir untuk mengorek, mencungkil, dan membongkar setiap inci hidup musuh politiknya supaya apa yang berlaku pada Anwar sehingga disumbat ke penjara dapat juga dikenakan pada musuh-musuh politik terkini Mahathir.

A A A A A A A A A A A A A A A A A A ANSPRM 3

Musuhnya seperti Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Gobind Singh Deo, Mat Sabu yang telah membina istilah popular “Bapa Pelingkup Negara dan Bapa Perompak Negara” serta yang lain-lain lagi sudah terselamat. Mahathir pun sudah mengaku bahawa dia hanyalah boneka DAP.

Dengan itu jugalah persepsi rakyat yang melihat tingkah-laku pemimpin diktator yang cuba menyelamatkan kekayaan melampau ahli keluarganya, juga telah memberi persepsi bahawa SPRM adalah parti baru dalam komponen PH.

Image result for PAS GESA SPRM SIASAT KEKAYAAN MAHATHIR

Parti baru ini yang bernama SPRM mempunyai matlamat bukan untuk memerangi rasuah tetapi adalah memerangi musuh Mahathir. Sesiapa yang menjadi musuh Mahathir akan terselamat sekiranya berikrar menyokong Mahathir meskipun rekod rasuah mereka berkoyan-koyan.

Dengan itu Lim Guan Eng, Muhyiddin Yassin, Rafidah Aziz, Daim Zainuddin, Mustafa Muhamed, Shafei Afdal, Mat Sabu, dan ramai lagi daripada bangsa DAP, sentiasa terselamat walaupun berkoyan wang rasuah yang mengkayakan mereka.

Tak perlulah Mahathir dan konco-konconya dalam PH naik darah dan marah dengan persepsi sedemikian kerana, kemenangan PH pada PRU14 juga tertegak atas dasar persepsi semata-mata. Realitinya amat berbeza.

Ia hanyalah persepsi semata-mata dan hanya Allah yang Maha tahu kebenarannya.

Cuma rakyat hairan kenapakah Latheefa seperti terlupa dengan paksi perjuangannya dalam gerakan Reformasi 1998 dahulu, iaitu menentang kezaliman, kronisme, nepotisme dan kolusi manusia bernama Mahathir serta kuda tunggangannya yang bernama SPRM.

Adakah Latheefa lupa pada puaka ganas yang menjadi musuh PKR semasa perjuangan 1998 dahulu?

Malangnya hari ini, pada tahun 2019, Latheefa pula cuba bertukar rupa menjadi puaka itu.

*****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: