PENCEMARAN TOKSIK PASIR GUDANG ADALAH SIKAP KEJI PH

Pencemaran toksik di Pasir Gudang yang meletus pada Mac lalu berulang daripada punca yang sama dan di lokasi persekitaran yang sama telah menonjolkan sikap lemah, tidak prihatin, leka dengan kuasa, dan hipokrit kerajaan PH yang suka melihat masyarakat yang majoritinya Melayu, menderita baik untuk jangka masa singkat mahupun untuk jangka masa panjang.

A A A A A A A A A A A A A A A A A A APGUDANG 4

 

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, telah mengesahkan bahawa kejadian dan gejala sesak nafas yang dialami oleh para pelajar sekolah di Pasir Gudang adalah akibat pencemaran toksik, dan tiada tanda boleh mengaitkan kes itu dengan keracunan makanan.

Sekiranya dahulu pemimpin PH menjerit hiruk-pikuk tentang pembinaan kilang LYNAS, kenapakah pemimpin hipoktrit PH seperti Ahli Parlimen (AP) Kuantan Fuziah Salleh, berdiam diri sahaja? Begitu juga dengan Ahli Parlimen Bentong, Wong Tack yang menjadi juara Lynas suatu ketika dahulu? Kini setelah PH berkuasa tentunya suara beliau akan lebih didengari jika beliau bersuara dalam tragedi Pasir Gudang yang terkini? Begitu juga Lim Kit Siang dan pemimpin yang terkenal dengan amalan pembohongannya, Lim Guan Eng.

A A A A A A A A A A A A A A A A A A APGUDANG 2
Foto dipetik daripada BH Online

 

Mereka adalah antara pejuang alam sekitar yang bangga berbaju hijau berdemo anti-LYNAS suatu ketika dahulu, namun kini setelah masing-masing mendapat kerusi enak di Putrajaya, lantas mereka lupa pada rakyat yang telah memilih mereka. Benarlah dakwaan bahawa mereka ini menang kerana fitnah dan tipu daya.

Kontradiknya dengan sikap pemimpin PH, ADUN Negeri Barisan Nasional dan PAS, bekas-bekas wakil rakyat, serta wakil parti komponen MCA dan MIC pula yang bertungkus-lumus berjuang untuk menggesa tindakan yang signifikan daripada kerajaan PH. Satu memorandum berhubung ketidakcekapan kerajaan PH menangani isu pencemaran toksik di Pasir Gudang telah diserahkan oleh Datuk Ir. Haji Hasni Mohammad di Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad, Kota Iskandar pagi ini.

A A A A A A A A A A A A A A A A A A APGUDANG 5

 

Di samping itu, suara rakyat Johor pula berkumandang menggesa tindakan drastik diambil oleh pemimpin hipokrit PH supaya benar-benar peka dan sensitif terhadap keselamatan rakyat di khususnya Pasir Gudang. Mereka amat marah apabila berulangnya kes pencemaran toksik itu sehingga menyebabkan beberapa lagi mangsa yang terpaksa dikejarkan ke hospital, khususnya kanak-kanak sekolah yang teraniaya.

A A A A A A A A A A A A A A A A A A APGUDANG 7

Belum pernah terjadi dalam sejarah, pencemaran toksik yang sedemikian rupa sehingga menyebabkan lebih 1900 mangsa terpaksa dirawat, dan rakyat di kawasan menjadi murung, takut dan tertekan.

Sepatutnya tindakan agresif hendaklah diambil, tetapi sebagaimana biasa sekiranya ia melibatkan kaum Melayu kerajaan PH yang didominasi oleh bangsa DAP tidak begitu mempedulikannya. Tapi kalau kes Teoh Beng Hock atau murid Cina yang kurang ajar dirotan di sekolah, maka bangsa DAP akan melenting seakan-akan berlaku gempa bumi yang melanda negeri Cina.

Sepatutnya pencemaran sisa toksik tidak lagi berulang, dan tindakan tegas diambil terhadap kilang-kilang milik Cina yang membuang sisa-sisa toksik di Sungai Kim Kim dan dihukum kerana mengancam nyawa rakyat.

Bayangkan sekira rakyat sejumlah 1900 orang diserang oleh kumpulan pengganas dan cedera parah lantas dimasukkan ke hospital, adakah kerajaan mahupun masyarakat Malaysia keseluruhannya akan berdiam diri? Nampaknya nyawa rakyat Melayu Pasir Gudang amat murah bagi kerajaan PH yang didominasi oleh Cina DAP.

A A A A A A A A A A A A A A A A A A APGUDANG 6

Kerajaan Negeri PH dan juga Persekutuan sepatutnya insaf dan tunjukkan kepada rakyat seluruh negara bahawa mereka amat efisien dalam hal menjaga kebajikan dan keselamatan rakyat dan dalam hal memantau tragedi yang telah mengheret lebih 1900 mangsa.

Malangnya itulah dia kerajaan yang ditegakkan atas dasar fitnah dan pembohongan terutamanya golongan bangsa DAP termasuk AP Iskandar Puteri merangkap Penasihat DAP, Lim Kit Siang, AP Kulai, Teo Ni Ching, AP Labis Pang Hok Liong, AP Bakri, Yeo Bee Yin, dan AP Kluang, Wong Shu Qi.

Yeo Bee Yin, Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim dari DAP telah berjanji memastikan tragedi Mac itu tidak akan berulang, sebaliknya ia berlaku lagi. Kerajaan negeri juga membuat komitmen akan mengerahkan segala kekuatan agar kawasan Pasir Gudang selamat dari pencemaran sisa toksik. Tapi nampaknya pembohongan bangsa DAP ini terserlah, kerana mereka lebih mementingkan perlumbaan kuasa daripada menjaga kebajikan dan keselamatan rakyat.

Sebagaimana manifesto PH, janji pemimpin hipokrit PH hanyalah melepaskan batok di tangga apabila kawasan Pasir Gudang sekali lagi dilanda tragedi pencemaran sisa toksik yang sama. Beberapa buah sekolah telahpun ditutup akibat murid-murid mengalami sesak nafas yang serius dan bagusnya bagi mereka sekolah-sekolah ini majoritinya adalah sekolah kebangsaan yang terdapat ramai anak-anak Melayu.

Begitulah juga dengan janji Exco Kesihatan Johor, Dr. Sharudin Jamal (kini Menteri Besar Johor) yang akan memantau sepenuhnya keadaan di Pasir Gudang tidak lebih dari sekadar ‘janji manis’ yang amat berbahaya. Apakah janji-janji ini hanya tinggal janji? Adakah ini satu lagi episod ‘janji dicapati’ oleh kerajaan PH? Nyata kenyataan YB Yeo Bee Yin bahawa kawasan sekitar Pasir Gudang telah selamat hanyalah satu lagi episod pembohongan PH-DAP-PKR.

A A A A A A A A A A A A A A A A A A APGUDANG 8

Perdana Menteri telah menyifatkan kejadian yang berulang itu adalah sesuatu yang sangat bodoh. Bagi PM kejadian berulang itu tidak masuk akal kerana tragedi yang menggemparkan negara sehingga ada cadangan diisytiharkan darurat, boleh berulang kembali. Nampaknya pemimpin PH Johor dan Perdana Menterinya juga adalah sama-sama bodoh sebagaimana yang dilihat oleh rakyat.

Daripada tragedi berulang itu, timbul beberapa persoalan:

  • Adakah PH melindungi pihak kilang yang membuang sisa toksik sehingga mereka bersikap melampau dan mengulangi kerja-kerja pembuangan toksik itu?
  • Di manakah perginya peruntukan RM10 juta bagi membersihkan sisa toksik yang dikeluarkan oleh kerajaan pada Mac lalu untuk kes Pasir Gudang? SPRM perlu bertindak menyiasat penyelewengan ini.
  • Adakah pihak yang bertanggungjawab di sebalik pembuangan sisa toksik itu adalah kroni kerajaan PH-DAP maka pihak berwajib hanya bertindak halai-balai sahaja?
  • Ke mana hilangnya suara-suara garang aktivis alam sekitar terutamanya dari DAP (parti hipokrit cauvinis Cina) yang dahulunya lantang memfitnah pembinaan kilang LYNAS di Kuantan?

*****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: