BERSEMBURIT ADALAH BUDAYA MALAYSIA BARU

Bagi Tun Mahathir, meletakkan jawatan kerana bersemburit ‘bukanlah cara Malaysia’, tetapi melucutkan jawatan Anwar kerana bersemburit adalah ‘cara aku’.

Adakah itu yang Mahathir cuba canangkan kepada media, apabila rakyat dan penganalisis politik tertanya-tanya tentang kedudukan Menteri Ekonomi dalam skandal semburit yang heboh itu?

A A A A A A A A A A A A A A A A A ACARA AKU 1

Dua hari lalu, Mahathir bertekad mempertahankan Menteri Ekonomi, DS Azmin Ali dalam skandal bersemburit bersama pasangannya Haziq Aziz SUSK Timbalan Menteri Perusahaan Utama.

Anehnya Gabungan Ketua-Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor telah mendesak agar tugas Haziq Abdul Aziz selaku Setiausaha Sulit Kanan (SUSK) Menteri Perusahaan Utama digantung. Tindakan terhadap Haziq telahpun dikenakan.

A A A A A A A A A A A A A A A A A ACARA AKU 2

Malahan Penasihat Media dan Komunikasi Perdana Menteri, Datuk Kadir Jasin apabila diminta memberi pandangan tentang skandal bersemburit Menteri Ekonomi, telah merujuk pemimpin negara-negara yang lebih bertamadun, yang dengan relanya meletakkan jawatan kerana penglibatan mereka dalam skandal seks.

Kadir memberikan contoh Menteri Perniagaan Kecil Britain, Andrew Griffiths, Setiausaha Negara Britain, John Prufomo dan Menteri Pembangunan Ekonomi Kanada, Jim Wilson.

Kontradik dengan pandangan Kadir Jasin, Mahathir berpendirian bahawa tiada keperluan untuk Azmin meletakkan jawatan kerana skandal video seks palsu ‘bukan cara Malaysia’. Sebaliknya beberapa pakar forensik digital Australia telah mengesahkan bahawa video tersebut adalah tulen.

Mahathir turut membidas Kadir Jasin dengan kenyataan bahawa “Tiada keperluan (untuk Azmin berundur) semata-mata kerana orang di negara lain melakukannya.”

Jelaslah bahawa pendirian Mahathir tidak selari dengan tindakannya terhadap Anwar pada 1998, apabila Anwar dilucutkan jawatannya kerana skandal bersemburit dan juga dakwaan rasuah.

Sekiranya Mahathir mengatakan bahawa ‘Bukan cara Malaysia’ untuk menidakkan hujah penasihat medianya Kadir Jasin, maka secara tersirat dan juga secara literalnya ‘meletakkan jawatan kerana skandal bersemburit bukanlah budaya Malaysia’.

Namun melucutkan jawatan Anwar sudah tercatat sebagai ‘cara Malaysia’ pada 1998 lagi.

Bekas Ketua Pengarah JASA, Datuk Dr Mohd Fuad Zakashi pernah membangkitkan kes ‘budaya buang bayi luar nikah dalam tong sampah dan longkang’ di Malaysia.

Budaya tersebut telah dijadikan alasan oleh seorang peguam bela di California suatu ketika dahulu sebagai budaya Malaysia untuk menyelamatkan anak guamnya dari Malaysia.

Budaya itu telah berjaya menyelamatkan sepasang penuntut Malaysia yang membuang bayi luar nikah mereka ke dalam tong sampah sehingga menyebabkan kematian bayi tersebut.

Hakim bersetuju dan memutuskan pasangan itu tidak bersalah dan dibebaskan kerana menghormati budaya orang Malaysia.

Dr Fuad membangkitkan persoalan, adakah Mahathir bersetuju bahawa membuang bayi luar nikah ke dalam tong sampah, ke dalam longkang, ke dalam sungai atau menanamnya hidup-hidup sebagai ‘cara Malaysia’?

Sedangkan sebagai umat Islam, kita tahu bahawa hukum bersemburit adalah haram dan di Terengganu pasangan lesbian yang telah disabitkan dengan seks sejenis telah dikenakan hukuman sebat.

Bertambah anehnya lagi Mahathir pernah mencanangkan ke seluruh dunia bahawa dia tidak akan membenarkan seseorang sodomis yang digolongkannya sebagai rendah moral, diangkat sebagai Perdana Menteri.

A A A A A A A A A A A A A A A A A ACARA AKU 3

Pada Sept 1998, The New York Times pernah menyiarkan kenyataan Mahathir bahawa dia tidak akan membenarkan peliwat menjadi Perdana Menteri, dengan merujuk DS Anwar Ibrahim sebagai peliwat.

Nampaknya Mahathir lupa pada pendirian dan prinsip dirinya sendiri, selari dengan dakwaannya bahawa ‘Melayu Mudah Lupa’ atau mungkin juga “Keling Mudah Lupa.”

Atau hakikatnya Mahathir sebenar-benarnya tiada pendirian kerana dahulu dia juga yang mengatakan bahawa DAP adalah parti cauvinis Cina yang anti-Melayu dan anti-Islam, tetapi kini dia dapat tidur sebantal dengan DAP atas pentas politik negara.

Politik ‘jijik’ Anwar dan Azmin nampaknya perlahan-lahan telah menjangkiti Mahathir dengan propaganda yang berasaskan fitnah, tidak menunaikan janji, dan pertuduhan terpilih. Jauh daripada itu Mahathir telah menyalahgunakan kuasanya apabila Peguam Negara dan begitu juga SPRM dipergunakan wewenangnya untuk mengenakan musuh politiknya.

Adakah ini cara Malaysia atau inilah cara Mahathir?

*****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: