DAP GESA PKR WUJUDKAN REFORMASI II LAWAN MAHATHIR

Pendedahan Dr Kamarul Yusuf yang diterbitkan dalam MYKMU.net amat menarik untuk dicerna dan menggerakkan minda pihak PKR.

Dr Kamarul telah merujuk tulisan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy dari parti DAP,  lantas mengetengahkan gesaannya supaya PKR membangkitkan gerakan Reformasi II bagi menentang Tun Mahathir.

P Ramasamy juga adalah Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP merangkap Timbalan Ketua Menteri (II) Pulau Pinang dan ADUN Perai. Dengan itu tulisannya mempunyai ‘locus standi’ sebagai mewakili suara DAP. Dia pernah dikaitkan dengan aktivitinya dalam pertubuhan Pengganas Tamil Eelam, Sri Lanka.

Namun dalam ulasan artikel ini, kami tidak sekadar mengungkap semula intipati tulisan Ramasamy yang bertajuk PKR leaders need to dismount from the tiger, malah kami mahu membangkitkan juga senario politik yang membelakangi dan menegakkan hujah-hujah Ramasamy itu.

A A A A A A A A A A A A A A A A A ADAP 2

Tulisan P Ramasamy itu pada pengujungnya telah menyeru ahli-ahli PKR supaya membina semula gerakan Reformasi sebagaimana gegak-gempitanya gerakan Reformasi 1998 yang diterajui oleh DS Anwar untuk menentang harimau yang bernama Mahathir. Dia mengatakan, “It is not too late. PKR members must forget about the video and join forces with fraternal parties to reset the political path of this nation. You can call it the second reformasi!”

Image result for REFORMASI! MAHATHIR RESIGN

Penentangan Anwar dalam Reformasi l, sehingga membawa kepada tertubuhnya parti PKR, tidak membunuh harimau itu, malah kini dalam usia tuanya, dia masih wujud dan secara halus dan licik (sebagaimana tulisan Ramasamy) seperti dulu juga, cuba menggagalkan harapan Anwar untuk menjadi Perdana Menteri.

Kosa kata ‘dismount’ dalam konteks tulisan Ramasamy ialah ‘melepaskan diri atau tidak lagi bergantung atau menyokong’. Manakala ‘the tiger’ adalah merujuk kepada Mahathir sebagai pemimpin yang garang sebagaimana garangnya seekor harimau. Tidak hairanlah sekiranya Ranker telah mengkategorikan Mahathir sebagai antara diktator terkenal dunia.

A A A A A A A A A A A A A A A A A KABLOOMBERG 2

Walau bagaimanapun kami suka menjenamakan semula Mahathir sebagai harimau tua yang sudah reput giginya, yang hanya mampu mengaum dan mencaci-cerca musuh politiknya.

Jika dia seekor harimau yang masih bertaring, adakah tokoh politik seperti Ramasamy dari parti DAP yang bersekongkol dengannya, berani mengkritik harimau tua itu secara terbuka melalui Malaysiakini yang juga merupakan media penyokong tegar pihak PH?

Antara intipati wacana Ramasamy adalah seperti berikut:

  • Ramasamy mempersoalkan “Apakah pengeluaran video seks (video semburit Azmin-Haziq) mempunyai matlamat untuk memastikan bahawa tiada pemimpin PKR yang boleh mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada penyandang sekarang, iaitu Mahathir Mohamad?”
  • Hebat sangatkah harimau tua yang sudah menjangkau usia 94 tahun dan dikategorikan sebagai PM tertua dunia, sehinggakan tiada pemimpin pelapis yang boleh mengambil alih jawatannya. Hairan sungguh kerana terdapat dalam beberapa ucapan Mahathir yang menonjolkan sifatnya yang menghampiri sifat manusia nyanyuk (sila rujuk titah DYMM Sultan Johor).

A A A A A A A A A A A A A A A A A ADAP 3

  • Sekiranya pasangan semburit Azmin, iaitu Haziq Aziz telah dilucutkan jawatannya sebagaimana arahan kementerian, maka Azmin juga harus diambil tindakan yang sama kemudiannya, kerana video tersebut telah disahkan tulen.
  • Lantas dengan itu DS Anwar Ibrahim juga terheret bersama sebagai tidak layak dari aspek moral untuk diangkat sebagai PM kerana dia lebih teruk daripada Azmin. Anwar telah pernah disabitkan oleh mahkamah kerana tingkah-laku bersemburit juga.
  • Bagi Ramasamy, episod video seks mungkin bukan hanya satu kes dalaman sesama parti seperti dipercayai ramai, tetapi ia merupakan satu rangkaian yang lebih dahsyat dan jahat yang cuba secara rahsia menamatkan babak politik dominasi PKR dalam Pakatan Harapan.
  • PKR adalah parti yang paling banyak memenangi kerusi parlimen diikuti DAP. Parti ‘Bunga’ PPBM pimpinan Mahathir hanyalah melukut di tepi gantang, yang kini sedang kemaruk mengugut ahli-ahli parlimen UMNO supaya meninggalkan UMNO untuk melompat kepada PPBM.

A A A A A A A A A A A A A A A A A MNILAI 8

  • Ramasamy juga membangkitkan, apakah cara lain untuk memastikan bahawa kuasa politik kekal dalam tangan tokoh politik Melayu konservatif berbanding dengan pemimpin Melayu dalam PKR, tanpa mengira sama ada ia adalah Anwar atau Azmin.
  • Bagi Ramasamy, menyusuli PRU14 lalu, pelbagai langkah telah diambil oleh Mahathir untuk mengukuhkan kepercayaan kepada fakta bahawa di sebalik perjanjian peralihan kuasa kepada Anwar, terdapat perkembangan sebenar yang boleh menjejaskan persetujuan ini.
  • Di sini kami lihat Ramasamy cuba mempersoalkan kejujuran Mahathir dalam perjanjian menurunkan kuasa kepada Anwar, kerana jangkaan masa 2 tahun itu diheret pula kepada tiga tahun dengan alasan Mahathir mahu memperbaiki ekonomi negara.
  • Hakikatnya ekonomi negara kian hari kian parah. Lantas dua tahun yang dipersetujui akan dilanjutkan kepada tiga tahun, itupun sekiranya ekonomi negara sudah pulih. Jadi nampaknya tiga tahun kuasa di tangan Mahathir akan dilanjutkan lagi kerana kedudukan ekonomi negara yang amat tidak meyakinkan.

A A A A A A A A A A A A A A A A A ADAP 4

  • Wawancara terkini Mahathir dengan Bloomberg juga jelas menunjukkan bahawa Mahathir mengungkit pengurusan ekonomi di tangan Anwar semasa kemelesetan ekonomi 1997 yang amat mengecewakannya sehingga dia terpaksa singkirkan Anwar ditambah pula dengan pembabitan Anwar dengan aktiviti bersemburitnya.
  • Apa yang cuba Mahathir tekankan ialah Anwar tidak boleh diharapkan dalam konteks pengurusan ekonomi negara.
  • Ramasamy juga cuba memberikan perhatian kepada beberapa tindakan Mahathir pada beberapa bulan lepas, termasuk pelantikan Latheefa Koya sebagai ketua Pesuruhjaya SPRM. Semuanya adalah tanda jelas mengenai halangan yang merintangi Anwar untuk menjadi Perdana Menteri.
  • Rakyat perlu tahu bahawa Latheefa adalah musuh Anwar dalam selimut. Dia bukan berada dalam kem Anwar meskipun berada dalam parti yang sama. Lihatlah bagaimana tindakan Latheefa mengkritik beberapa tindakan pemimpin tertinggi PKR seperti sumbangan RM100,000 untuk cabang PKR Julau semasa pemilihan PKR. Malah ada dalam kalangan pemimpin PKR yang mahu Latheefa dinyahkan daripada PKR kerana sikap penentangannya itu.

A A A A A A A A A A A A A A A A A LBURIT 4

  • Ramasamy juga menyimpulkan bahawa penularan video semburit berkenaan adalah satu manifestasi kepada cubaan berterusan untuk, bukan sahaja menggambarkan Azmin sebagai teruk, tetapi untuk memberikan gambaran  bahawa pemimpin PKR adalah tidak berkemampuan untuk mentadbir negara.
  • Sekiranya Azmin sebagai pemimpin PKR yang teruk, maka lebih teruklah mentornya Anwar kerana seperti yang telah dikatakan tadi, Anwar telah disabitkan dengan jenayah bersemburit sedangkan Azmin masih dalam pra-dakwaan dan siasatan.
  • Perjanjian peralihan kuasa bukan sesuatu yang pasti. Mengetahui Mahathir dan cara bertentangan beliau, tiada yang boleh diambil mudah. Anwar tidak pasti adakah dia akan menjadi Perdana Menteri selagi dia tidak mengangkat sumpah di hadapan Yang Di-Pertuan Agong.
  • Sebagaimana dakwaan Rais Yatim, tiada perjanjian bertulis yang sah tentang garis masa penurunan kuasa PM kepada Anwar. Lantas adakah kes semburit itu satu lagi modus operandi pihak tertentu untuk menunda penurunan kuasa Mahathir kepada Anwar?

A A A A A A A A A A A A A A A A A ADAP 5

  • Ramasamy percaya video seks semburit Azmin-Haziq adalah satu kesinambungan kepada espisod lebih awal, bagi memastikan bahawa pemimpin PKR akan diketepikan dari menerajui negara kita.
  • Kami tidak menafikan pandangan Ramasamy yang sedemikian kerana kepentingan politik peribadi Mahathir, dasar halus kronisme, nepotisme serta kolusi, tidak semudah bagi dirinya untuk menurunkan kuasanya kepada Anwar, apatah lagi Anwar pernah berjanji kepada penyokong Reformasi 1998 dahulu bahawa dia akan mengheret anak-anak Mahathir ke mahkamah atas tuduhan kekayaan yang melampau dan salah guna kuasa Mahathir selama 22 tahun menjadi PM. Malah semua pemimpin PH atau PR sebelumnya mahu Mahathir diheret ke muka pengadilan termasuk mendiang Karpal Singh, Lim Guan Eng, Lim Kit Siang, Mat Sabu, Rafizi Ramli, Wan Azizah dan Anwar sendiri.

Image result for karpal singh mahu mahathir diheret ke mahkamah

  • Ramasamy juga mempersoalkan bahawa penerima faedah daripada PRU14 bukanlah PKR, tetapi parti lain yang menyambar agenda perubahan pada saat akhir untuk menyingkirkan seorang individu (DS Najib).
  • Bagi Ramasamy, belum terlalu lambat untuk ahli PKR bertindak. Ahli PKR mesti melupakan isu video semburit itu dan bergabung tenaga dengan parti sekongkolannya untuk mengatur semula perjalanan politik negara ini. “Kamu boleh namakan ia reformasi kedua!”
  • Jelaslah bahawa Ramasamy dengan terbukanya menyeru dan menggesa ahli-ahli PKR supaya bangun dan menggerakkan ‘Reformasi II’. Persoalannya sekiranya Reformasi I adalah untuk menentang Mahathir, maka daripada hujah-hujahnya dalam wacana itu, Reformasi II juga adalah mensasarkan serangan terhadap harimau yang bernama Mahathir.
  • Namun Reformasi II ini akan lebih mudah untuk menjatuh seekor harimau tua yang sudah tidak bertaring kerana gigitannya hanya akan menggelikan tubuh, tidak lagi melukaparahkan daging kerana yang menggigit bukan giginya yang tajam sebaliknya hanyalah gusi tuanya yang busuk.

****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: