PENARAFAN PETRONAS KIAN LEMAH DI TANGAN PH

Sebelum PRU14 tahun lalu, pelbagai dakyah dan fitnah dilemparkan oleh puak pemfitnah PH tentang Malaysia, seakan-akan negara ini adalah negara sampah, rakyatnya melarat dan menderita, mengemis sana-sini kerana GST, hutang negara RM1trillion, kos sara hidup tinggi, negara akan muflis kononnya, dan macam-macam pembohongan yang diketuai oleh DAP-Mahathir. Semuanya putar-belit DAP dan kaldai-kaldainya dalam strategi mereka menipu, memfitnah, dan membohongi rakyat.

Sebagaimana kata diktator terkenal Hitler (Tun Mahathir juga setaraf dengannya) “Sesuatu pembohongan itu apabila diulang dan diulang, maka akhirnya ia akan dipercayai benar. Lebih besar pembohongan itu maka lebih mudahlah rakyat mempercayainya.”

A A A A A A A A A A A A A A A A A KABLOOMBERG 2

Sebaliknya dalam dunia realiti, ketika itu di pasar raya rakyat berpusu-pusu membeli-belah seperti biasa, hebahan jualan murah riuh-rendah, pendapatan rakyat yang mencapai RM10 ribu perkapita hampir mencecah sasaran Wawasan 2020 untuk menjadikan negara berpendapatan tinggi, rakyat miskin tidak dilupakan dengan program BR1M, 1M4U, bantuan nelayan, petani, pemandu teksi, Klinik 1M yang murah, Kedai 1M, biasiswa untuk Melayu-Bumiputera masih signifikan, pelabur asing selesa, perpaduan antara kaum menjadi rujukan negara luar, tiada fenomena buang kerja dan mengurangkan pekerja awam dan seribu satu penarafan positif daripada badan penarafan dunia. Malah ekonomi Malaysia ditarafkan sebagai kedua terbaik di Asia.

Badan penarafan antarabangsa seperti IMF, Moody, dan Fitch ketika itu telah memberikan penilaian dan rating yang baik ke atas ekonomi Malaysia berbanding dengan negara-negara lain di seluruh dunia.

Anehnya dan busuknya minda kaldai-kaldai DAP termasuk Mahathir, berhempas-pulas hendak membakar kemarahan rakyat pasal GST dan harga barang supaya mereka mendapat undian majoriti pada PRU-14 lalu.

A A A A A A A A A A A A A A A A A KAAMOODY 2

Itulah propaganda dan putar-belit ular-ular PH-DAP, sedangkan sejak lama penganalisis dan pemerhati politik sentiasa sedar bahawa puak bangsa DAP ini tidak pernah memberi penilaian yang baik terhadap pencapaian negara, bertentangan dengan badan penarafan antarabangsa itu, terutamanya menjelang PRU.

Misalnya laporan indeks World Happiness Report 2018 yang dikeluarkan turut memberi penarafan sangat positif kepada status Malaysia sebagai sebuah ‘negara gembira atau bahagia’ di tangga ke-35 pada 2018.

Kaji selidik intensif yang dibuat itu adalah berdasarkan taraf kualiti hidup semasa pada 2018. Laporan itu bukan dikeluarkan oleh badan tepi jalan tetapi sebuah organisasi berwibawa di bawah naungan Pertubuhan Bangsa Bersatu.  Sebaliknya ketika itu puak bangsa DAP dan kaldai-kaldainya termasuk Mahathir telah memutar-belit fakta untuk diselarikan dengan propaganda politik mereka.

A A A A A A A A A A A A A A A A A KAAMOODY 9

Bagi rekod 2018, Malaysia di peringkat serantau pula, hanya menduduki tangga kedua selepas Singapura (tempat ke-34 dunia) dalam senarai ranking ‘negara gembira’ melibatkan kalangan 10 buah negara ASEAN.

Sementara jiran kita, Thailand (46), Filipina (71), Vietnam (95), Indonesia (96), Laos (110), Kemboja (120) dan Myanmar (130) jauh terkebelakang berbanding Malaysia. Brunei tidak masuk ranking. Pada 2017 juga, Malaysia menduduki tempat ketiga selepas Singapura dan Thailand.

Jumaat lalu (21 Jun) dalam konteks pencapaian pengendalian syarikat petroleum negara, Petronas, badan penarafan MOODY’S investors Service telah menurunkan penilaiannya daripada A1 kepada A2, suatu penilaian negatif dan ia merupakan satu rekod yang tidak pernah berlaku sejak Petronas diwujudkan.

A A A A A A A A A A A A A A A A A KAAMOODY 5

Jelaslah bahawa kerajaan ‘Pakatan Huru-Hara’ PH telah memecahkan rekod pencapaian Petronas.

Sebelum itu bekas PM, DS Najib Razak memperakui bahawa syarikat minyak milik negara itu kekal mendapat A1 sepanjang pentadbirannya walaupun melalui krisis kejatuhan harga minyak paling teruk dalam sejarah.

Rentetan pencapaian dalam penarafan MOODY’S adalah seperti berikut.

A A A A A A A A A A A A A A A A A KAAMOODY 3

Pada Nov 2018, setelah kerajaan PH mengambil alih pemerintahan daripada BN, MOODY’S telah melaporkan prestasi pengurusan pelaburan Petronas yang negatif, namun Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dengan angkuhnya telah menolak keesahan laporan MOODY’s.

A A A A A A A A A A A A A A A A A KAAMOODY 4

Naib Presiden Kanan MOODY’S Vikas Halan mngingatkan bahawa agensi itu berpandangan profil kewangan Petronas akan merosot jika kerajaan terus meminta syarikat itu mengekalkan pembayaran dividen tinggi, terutama jika harga minyak menurun.

Namun Guan Eng tidak setuju penarafan MOODY’S yang menurunkan prestasi Petronas daripada stabil kepada negatif.

Bagi Guan Eng MOODY’S tidak seharusnya membuat penarafan berdasarkan dividen istimewa RM30 juta bersifat one-off yang diberikan Petronas kepada kerajaan.

Sebaliknya, pada Nov 2018, DS Najib telah memberi amaran tentang kedudukan Petronas ini apabila PH meningkatkan ketergantungan kerajaan kepada hasil minyak kepada tahap yang tinggi dan setelah mereka menjarah RM82 bilion dari Petronas.

Akhirnya Jumaat lalu, terbukti bahawa pandangan Guan Eng, yang pernah menipu tentang latar profesyennya sebagai akauntan bertauliah, adalah meleset, dan penarafan Petronas terus merudum dari A1 kepada A2, sesuatu yang mengubah rekod sejarahnya.

PETRONAS telahpun mengeluarkan laporan kewangan untuk tahun 2018.

A A A A A A A A A A A A A A A A A KAAMOODY 6

Laporan itu mengesahkan PETRONAS telah dipaksa membayar RM80 bilion untuk tahun 2018 sahaja. Itupun belum termasuk dividen untuk tahun 2019 lagi.

Ini jauh lebih tinggi berbanding dividen RM16 bilion untuk tahun 2017 kepada kerajaan BN.

Di samping dividen yang jauh lebih tinggi, cukai yang dikenakan dan telah dibayar oleh PETRONAS kepada kerajaan PH juga naik RM2 bilion.

Oleh kerana dividen RM80 bilion ini lebih tinggi dari keuntungan PETRONAS untuk tahun 2018, maka nilai ekuiti terkumpul Petronas turun RM7.5 bilion dari RM432.8 bilion kepada RM425.3 bilion.

Buat kali pertama sejak 10 tahun yang lalu, nilai ekuiti PETRONAS sudah turun.

Bukan itu sahaja, PETRONAS juga melaporkan bahawa semuanya itu belum termasuk lagi dividen terakhir untuk tahun 2018 sebanyak RM24 bilion yang baru diisytihar.

Selepas diambil kira RM24 bilion ini, maka ekuiti terkumpul Petronas akan turun kepada RM401.3 bilion berbanding RM432.8 bilion pada masa BN hilang kuasa.

Laporan Petronas untuk suku ke-4, 2018 juga melaporkan bahawa keuntungan mereka jatuh 21% walaupun harga minyak dunia jauh lebih tinggi tahun lepas.

Petronas melaporkan kos pengurusan tiba-tiba naik RM8 bilion untuk suku 4 dari RM37.2 bilion kepada RM45.3b tanpa dihuraikan sebabnya. Namun rakyat pasti tahu bahawa semuanya adalah penyelewengan kerajaan PH.

Sebagaimana biasa, selari dengan pengakuannya bahawa dia hanyalah boneka DAP, Mahathir juga mengeluarkan kenyataan akhbar bahawa kerajaan PH penarafan MOODY’S tidak akan menjejaskan perkembangan perniagaan Petronas.

Malahan Mahathir cuba menidakkan keesahan penarafan MOODY’S apabila dia mengatakan bahawa penilaian dibuat oleh agensi penarafan itu pada Jumaat lalu juga tidak semestinya betul.

A A A A A A A A A A A A A A A A A KAAMOODY 7

Mahathir juga lupa bahawa pada 16 April lalu, Bloomberg juga telah memberikan penarafan bahawa Bursa Malaysia adalah yang paling tercorot di dunia, juga merupakan satu rekod yang tidak diperdulikan oleh kerajaan Pakatan ‘Huru-Hara’ PH.

A A A A A A A A A A A A A A A A A KAAMOODY 8

Tidak hairanlah bahawa Tun Daim dan Tengku Razaleigh Hamzah amat peka dan prihatin terhadap perkembangan ekonomi negara yang bagi mereka, ekonomi Malaysia akan menjunam sehingga mengakibatkan muflis, sekiranya PH dan menteri-menteri bodohnya tidak berhati-hati termasuk Menteri Kewangan dan Menteri Ekonomi yang pakar dalam bidang LGBT.

****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: