BLOOMBERG: DO YOU TRUST ANWAR?

Wawancara Tun Mahathir, Perdana Menteri tertua dunia yang pernah disenaraikan sebagai antara pemimpin diktator terhebat, dengan Bloomberg, dilihat penuh dengan dolak-dalik dengan apa yang tersirat di hati dalam isu pelantikan DS Anwar sebagai penggantinya.

Sebagai manusia yang mencecah usia 94 tahun, Mahathir sememangnya merupakan harimau tua yang tidak lagi bertaring apabila dia terhegeh-hegeh menjawab soalan daripada wakil Bloomberg.

A A A A A A A A A A A A A A A A A KABLOOMBERG 2
Ranker telah menyenaraikan Mahathir sebagai diktator ke-49 daripada 116 diktator terkemuka dunia.

Malah dalam wawancara Bloomberg, ada soalan yang terpaksa diulang apabila Mahathir membalas ‘Hah?’ sebagaimana orang tua pekak atau mungkin juga ketandusan idea untuk menjawab.

Isu utama yang menjadi fokus pihak Bloomberg ialah “Do you trust Anwar?” (Adakah kamu percayakan Anwar?)

Fokus kepada petikan video wawancara Bloomberg berkenaan terpantul dengan soalan sebagaimana berikut.

Bloomberg: Mengapakah kamu berat hati meletakkan garis masa (dalam hal menentukan waktu pelantikan Anwar sebagai pengganti)?

Mahathir: Kerana ada sesuatu yang perlu saya buat sebelum saya mengundur diri.

Bloomberg: Apakah dia ‘sesuatu’ yang perlu kamu buat itu? Pada waktu ini jika kamu lihat pada kepimpinan kamu, apabila kamu lihat pada kedudukan kamu sebagai Perdana Menteri, apakah lagi yang perlu dibuat sebelum kamu serah jawatan kamu kepada Anwar?

Mahathir: Pada 1997 telah berlaku krisis kewangan. Pada waktu itu saya bercuti di UK dan Anwar adalah pemangku Perdana Menteri. Namun kerana krisis itu saya terpaksa pulang dan uruskan masalah. Jadi sekiranya sesuatu yang begitu berlaku, saya mesti kekal (sebagai PM) tapi saya lebih suka melepaskan jawatan saya dua tahun lagi atau pada masa yang wajar.

Bloomberg:  Adakah kamu percayakan Anwar?

Mahathir:  Hah?

Bloomberg:  Adakah kamu percayakan Anwar?

Mahathir:  Ia bukan soal percaya atau tidak. Ia adalah soal janji saya. Saya telah berjanji dengan dia. Kepercayaan saya pada dia tidaklah selalunya baik, namun hakikatnya saya telah berjanji dengan dia.

Kupasan:  

Bagaimanakah perjanjian tentang perkara yang amat penting dalam soal pentadbiran negara tidak mempunyai maklumat tentang waktu dan tidak menentukan waktu.

Bolehkah perjanjian dibuat tanpa ada penentuan waktu?

Perjanjian yang tidak menggariskan tentang waktu adalah perjanjian yang longgar dan tidak meletakkan komitmen kepada pihak yang berjanji untuk melaksanakan janji.

Mahathir nampaknya terpaksa berdolak-dalik apabila dia cuba mengaitkan situasi ekonomi negara pada krisis kewangan 1997. Atau sebenarnya Mahathir mahu menonjolkan kelemahan Anwar dan menyalahkan dia kerana krisis kewangan ketika itu.

Dia mengungkit bahawa ketika berlakunya krisis kewangan 1997, dia berada di UK dan Anwar adalah pemangku Perdana Menteri juga merupakan Menteri Kewangan.

Akibat krisis itu, dia terpaksa kembali untuk menguruskan soal ekonomi dan kewangan negara, sedangkan Anwar adalah Menteri Kewangan dan Tun Daim Zainuddin adalah penasihat.

Kenapa dia harus kembali? Kenapa dia tidak berikan kepercayaannya kepada Anwar untuk menguruskan krisis kewangan negara ketika itu atau pada dasarnya urusan ekonomi negara?

Jelaslah, tidak lain dan tidak bukan Mahathir tidak percayakan Anwar.

Rakyat semua tahu Anwar bukan tokoh yang boleh dipertanggungjawabkan dalam konteks keilmuan ekonomi kerana dia bukan lulusan ekonomi, dia hanyalah lulusan ‘Sarjana Muda Sastera’ ketika di Universiti Malaya.

Anwar lebih pandai bercakap dan bersandiwara daripada mengendalikan urusan ekonomi.

Sekiranya kemampuan mengendalikan ekonomi menjadi penentu kepada Mahathir untuk mengangkat Anwar sebagai PM, maka sampai bila-bilapun Anwar tidak layak menjadi PM.

Related imageDunia pun tahu bahawa Mahathir sendiri bukanlah tokoh yang bijak mengendalikan ekonomi. Lihatlah sepanjang 22 tahun dia memerintah, banyaklah musibah ekonomi yang telah berlaku akibat salah urus ekonomi Mahathir.

Malah Mahathir sepatutnya kata, DS Najib lebih baik kerana Najib adalah lulusan ekonomi daripada University of Nottingham UK.

Atau satu lagi alternatif bagi Mahathir ialah dengan melantik bekas Menteri Kewangan YM Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Perdana Menteri kerana dia tahu tentang selok-belok ekonomi, juga sebagaimana dicadangkan oleh MalaysiaToday dan bukannya sesekali Anwar jika mahu dinilai dari aspek pengurusan ekonomi.

Walau bagaimanapun mengapakah harus ditangguh pelantikan Anwar kerana Anwar akan memegang tanggungjawab sebagai Perdana Menteri, dan bukannya Menteri kewangan?

Lim Guan Eng yang sebenarnya Menteri Kewangan. Namun Guan Eng juga hanyalah lulusan perakaunan yang hanya layak untuk menjadi kerani akaun. Dia bukanlah akautan bertauliah sebagaimana yang dibohonginya. Lihatlah bagaimana lintang-pukangnya ekonomi negara sekarang ini.

Di sini jelaslah bahawa Mahathir juga tidak percayakan Lim Guan Eng apatah lagi Anwar.

Malahan Mahathir malu untuk menyatakan bahawa dia lebih percayakan Najib kerana Najib adalah lulusan Ijazah ekonomi.

Mahathir juga cuba bersilat dengan mengatakan bahawa ‘This is not a question of trust, it is a question of promise.’ (Ini bukan soal kepercayaan tetapi ini adalah soal janji).

Sekiranya ia soal janji, datang ribut taufan, tsunami, gempa bumi atau letupan gunung berapi yang meranapkan ekonomi negara sekalipun, sekiranya sudah berjanji, laksanakanlah saja.

Sesiapa nanti yang dilantik sebagai Perdana Menteri mahupun Menteri Kewangan, dia tahulah bagaimana hendak menyelesaikan masalah ekonomi, lebih-lebih lagi dengan adanya bantuan Majlis Penasihat kerajaan seperti, Tun Daim Zainuddin; bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz; bekas Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tan Sri Hassan Merican; tokoh korporat, Tan Sri Robert Kuok dan ahli ekonomi terkemuka negara, Prof Dr Jomo Kwame Sundaram.

Jadi sampai bilakah jika Mahathir mahu menunggu keadaan ekonomi kukuh, baik dan mantap? Adakah dua tahun lagi?

Pastinya tidak! Dengan keadaan ekonomi yang amat parah sekarang ini, dengan hutang negara yang kian bertambah, dengan nilai ringgit yang merudum, dengan defisit yang membukit, dengan pelabur asing yang angkat kaki, dengan bursa saham Malaysia dilihat terburuk dalam ranking dunia, adakah cukup dengan dua tahun lagi?

Nampaknya Mahathir cuba berdolak-dalik. Kata orang utara, dia hanya ‘kelingtong’.

Dia sudah tua, dia sendiri lemah dalam hal mengatasi masalah ekonomi negara, kecualilah sekiranya dia menggunakan dana peribadinya yang berjumlah ratusan bilion yang disimpan di luar negara, sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh orang-orang yang tahu rahsia kekayaannya.

Sekiranya Mahathir tidak dapat menerima DS Azmin Ali sebagai pengganti kerana skandal semburit, apatah lagi Anwar yang telah dipenjara bertahun-tahun kerana latar kes yang serupa?

Atau adakah Mahathir masih tamak dengan kuasa dan kekayaan dan mahu anaknya Mukhriz menjadi PM?

Mungkin inilah juga persoalan yang cuba dibangkitkan oleh Bloomberg, bukannya soal janji sebaliknya ialah soal kepentingan peribadi.

******

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: