DAP CUBA SERAPKAN UNSUR LIBERALISME DAN PLURALISME AGAMA DALAM KURIKULUM?

Tindakan Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching yang mengumumkan penubuhan Pasukan Petugas Khas Pendidikan Islam (PPKPI) bagi menyemak semula kurikulum pendidikan Islam yang melibatkan individu tanpa mengira agama dan bangsa ditanggapi sebagai satu lagi agenda halus DAP untuk merosakkan Islam.

Sebagaimana dipaparkan, intipati kenyataan Nie Ching yang dimuatnaik dalam siaran FBnya telah membangkitkan kecurigaan pada motif penubuhan PPKPI.

A A A A A A A A A A A A A A A A A LNIECHING 1

Ada dua persoalan utama yang kami ingin bangkitkan:

  • Pertamanya, adakah Nie Ching dan PPKPI cuba menyerapkan nilai pluralisme agama dan liberalisme agama dan sosial yang amat bertentangan dengan ajaran Islam?
  • Keduanya, adakah Nie Ching jahil tentang agama Islam dan buta tentang sensitiviti dan keilmuan Islam yang bersandarkan hadis dan Al-Quran dan tidak boleh melibatkan golongan kafirun dan munafikun yang hanya akan merosakkan matlamat pendidikan Islam?

Teo Nie Ching adalah Ahli Parlimen Kulai Johor, daripada parti DAP. Dengan itu rakyat terutamanya umat Islam telah mempersoalkan apakah motif Nie Ching dengan tindakan menjemput semua kaum dan bangsa untuk mencampuri hal pendidikan Islam?

Sedangkan rakyat sudah tahu agenda DAP yang bencikan Melayu-Islam, agama Islam dan Raja-Raja Melayu.

Adakah Nie Ching yang telah menerima pendidikan di sekolah Cina bertindak sebagai proksi DAP yang tegar dengan agenda halus mereka untuk menghancurkan Islam dan menubuhkan kerajaan Kristian yang kini sudahpun dimulakan di Pulau Pinang?

A A A A A A A A A A A A A A A A A LNIECHING 2
Dipetik daripada Korek, Bongkar dan Dedah

Sila rujuk Senator TS Dr Ibrahim Abu Shah dan bekas Pengarah Strategi Melayu-Islam DAP, Mohamad Razali Abdul Rahman.

A A A A A A A A A A A A A A A A A LNIECHING 3
Dipetik daripada Minda AiDC

Mengapakah Nie Ching mendahului Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik yang tidak pernah pun membuat sebarang kenyataan tentang penubuhan PPKPI sebelum ini?

Dengan itu timbul persoalan adakah penubuhan PPKPI itu telah mendapat restu daripada parlimen mahupun Menteri Pendidikan yang lebih tahu tentang agama Islam daripada Ahli Parlimen DAP ini?

Dengan dasar pluralisme agama yang pernah dilaungkan oleh Anwar Ibrahim di LSE London yang menyetujui bahawa semua agama sama, dan dengan dasar liberalisme agama yang cuba diserapkan oleh Menteri Agama, Mujahid Yusuf, melalui sokongan terhadap LGBT, adakah tindakan Nie Ching juga sebagai satu lagi gerakan halus DAP-PH untuk memusnahkan aqidah dan pegangan umat Islam melalui kurikulum pendidikan agama di sekolah-sekolah?

A A A A A A A A A A A A A A A A A LNIECHING 4

Dengan kenyataan Nie Ching itu, seorang individu beragama Kristian, Hindu, Buddha atau Athiest boleh memberikan cadangan membina untuk menambah baik mata pelajaran Pendidikan Islam seperti ibadat solat, puasa, zakat, dan haji sedangkan mereka jahil tentang semua itu.

Maszlee Malik harus juga bertanggungjawab dan menjelaskan penubuhan PPKPI itu, yang pastinya kurikulum serta silabus Pendidikan Islam tidak boleh disamakan dengan kurikulum mata pelajaran lain yang bersifat duniawi kerana Pendidikan Islam amat signifikan dalam soal aqidah dan tauhid.

Sebelum itu pada tahun 2013, Ahli Parlimen Kampar dari DAP, Dr Ko Chung Sen pula pernah mencadangkan supaya Tamadun Islam dan Tamadun Asia (Titas) di universiti dihapuskan sebagai subjek wajib.

Harus diingat bahawa ketika itu BN masih berkuasa, namun hari ini kuasa di tangan PH yang didominasi oleh bangsa DAP.

Image result for Mujahid sokong LGBT
Dipetik daripada YouTube

Tindakan membuka ruang kepada pelbagai pihak tanpa mengira latar pendidikan dan keilmuan Islam untuk mencampuri urusan hal ehwal agama Islam juga diterjemahkan sebagai tindakan cuba meletakkan pendidikan agama Islam pada martabat yang hina.

Dr Maszlee Malik dan Kementerian Pendidikan khususnya perlu lebih peka dan berhati-hati dalam hal ini dan tidak membuat sebarang tindakan semborono sekiranya mahu menjaga martabat agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.

Penjelasan tentang rasional penubuhan PPKPI, dalam konteks ahli-ahli pemikirnya yang terbuka kepada pelbagai kaum dan agama hendaklah diketengahkan.

Apa yang kami lihat, ia tidak lain dan tidak bukan, suatu agenda halus DAP untuk membunuh syiar Islam.

*****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: