DALANG VIDEO SEMBURIT SUDAH DIKENAL PASTI

Expresi 1 Peluru telah menyempitkan skop teori konspirasi video semburit yang sedang heboh dan hangat dibincangkan.

Expresi 1 Peluru juga telah berjaya memberikan hujahannya yang mempunyai kekuatan logika dalam aspek politik dan tindak-tanduk pihak yang ditanggapi terlibat. Walau bagaimanapun video tersebut masih disokong sebagai tulen sebagaimana diperakui oleh pakar foreksik digital Australia.

Bagi Expresi 1 Peluru, video tersebut sudah pasti bukan kerja Pembangkang, UMNO mahupun PAS. Selama ini UMNO dan PAS tidak pernah sesekali cuba membuat fitnah apatah lagi dengan menggunakan teknologi digital.

Namun kita pernah dikejutkan dengan kerja kotor Chua Tian Chang atau lebih popular dengan nama Tian Chua, yang menularkan gambar DS Najib bersama Altantunya dan Razak Baginda seakan-akan mereka sedang minum bersama.

Image result for GAMBAR SUPERIMPOSE TIAN CHUA TENTANG NAJIB DAN ALTANTUYA
Gambar jijik dan bodoh kerja Tian Chua, PKR

Buruknya kualiti superimpose gambar itu, sehingga budak Darjah 6 pun tahu ia bukanlah gambar tulen. Celakanya Tian Chua apabila dengan mudahnya dia memohon maaf sedangkan ‘damage has been done’.

Orang kuat Tun Mahathir sendiri iaitu Khairuddin Abu Hassan telah menyatakan pendiriannya untuk menyempitkan skop mengesan dalang video semburit itu dengan mengeluarkan kenyataan bahawa ia bukanlah kerja UMNO mahu pun PAS.

Jika ia bukan kerja UMNO mahupun PAS, maka pastilah ia adalah perbuatan Anwar Ibrahim.  Masakan Khairuddin mahu warganet menghalakan radar mereka kepada PPBM pimpinan Mahathir, boneka tua DAP itu.

Tidak mungkin juga ia perbuatan DAP dan anak saudaranya PAN kerana Lim Kit Siang sendiri mengaku bahawa skandal video semburit itu akan memusnahkan hayat PH dalam politik.

Dengan itu, Expresi 1 Peluru telah menghalakan ‘peluru’nya kepada Anwar Ibrahim dengan motifnya untuk menjatuhkan DS Azmin Ali yang ditanggapi sebagai penghalang kepada laluannya untuk menjadi PM.

Namun mengapakah Haziq Aziz mahu melarikan diri ke Manila? Menurut Expresi 1 Peluru, di Manila ada Joseph Estrada yang boleh membantu Haziq mendapatkan suaka politik.

Walau bagaimanapun ia masih bertaraf ‘teori’ yang ada kebangkalian meleset.

Tontonlah video Expresi 1 Peluru untuk mengetahui lebih lanjut.

Dipetik daripada YouTube

****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: