PKR MENUJU KEMUSNAHAN SETELAH TERDEDAHNYA VIDEO SEMBURIT

Pendedahan video bersemburit, dengan pengakuan pasangan dalam video serta tiada penafian ahli keluarga, telah meletakkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi dalam keadaan yang amat menggusarkan, malahan ia dipersepsikan sebagai skandal yang memusnahkan PKR sendiri.

Meskipun mahkamah belum lagi menetapkan prosiding untuk menentukan dan mengesahkan siapakah pelaku dalam video itu, adakah video itu tulen dan siapakah di belakang komplot video itu, namun khalayak media, penganalisis politik, pengguna media sosial sudah mula menilai.

Beberapa orang pakar forensik video dari Australia dan juga Malaysia telah mengesahkan bahawa video tersebut adalah tulen, cuma kualiti penggambarannya adalah rendah kerana ia dirakam menggunakan telefon bimbit.

A A A A A A A A A A A A A A A A A LBURIT 2

Menteri Ekonomi nampaknya lebih terdesak mencari siapakah dalang di sebalik penyebaran video itu daripada menolak dan menafikan dengan bukti kukuh bahawa pelaku dalam video itu bukan dia.

Bertambah malang lagi baginya, pasangan semburit dalam video itu, Haziq Aziz telah membuat perakuan bersumpah bahawa dia adalah pelaku dan pasangan DS Azmin Ali dalam video itu.

Keadaan seperti tidak menyebelahi Azmin, apabila dia telah mengeluarkan kenyataan bahawa pendedahan dan penularan video semburit itu adalah kerja orang PKR sendiri.

Terang dan jelas bahawa dengan kenyataan Azmin itu, perbalahan sedang berlaku dalam PKR, jika tidak masakan ahli sendiri mahu menganiayainya.

A A A A A A A A A A A A A A A A A LBURIT 3

Pastinya ada orang yang mempunyai akses kepada kandungan telefon bimbit yang merakamkan aksi semburit itu dan seperti dakwaan Azmin, orang itulah yang telah menularkannya untuk menjatuhkan kerjaya politiknya.

Nampaknya Azmin seperti bersetuju dengan Menteri Agama, Mujahid Yusuf Rawa bahawa perbuatan maksiat seperti semburit itu adalah masalah peribadi antara pelaku dengan Tuhannya, jika ia dilakukan di premis peribadi dan bukan di tempat awam.

Namun Mujahid tidak menolak bahawa komuniti lesbian, gay, homoseksual dan transgender (LGBT) masih tidak dibenarkan untuk mengamalkan gaya hidup mereka yang songsang di bawah undang-undang Malaysia.

Enakmen kesalahan perlakuan seks songsang itu termaktub dalam Seksyen 377A Kanun Keseksaan serta Enakmen Jenayah Syariah Seksyen 25,26 dan 28 Akta Kesalahan Jenayah Wilayah-wilayah Persekutuan.

Dalam satu kenyataan akhbar, Azmin yakin penularan video kontroversi itu merupakan agenda politik pihak tertentu yang bertujuan mahu menyekat kemaraan dan prestasinya dalam kerajaan serta bidang politik.

“Saya yakin, umum akan dapat melihat siapakah dalang dalam hal ini. Biar polis jalankan siasatan. Saya rasa tidak adil sekiranya (ada) individu (tertentu) membuat kenyataan yang boleh mengganggu siasatan.”

Persoalannya yang diutamakan oleh Azmin ialah isu penularan video semburit itu, namun Azmin tidak pula membangkitkan soal perlakuan semburit itu sendiri yang merupakan satu kesalahan undang-undang.

Katakan orang merompak dan rompakan itu dirakamkan, dan ditularkan rakaman rompakan itu. Adakah pihak yang menularkan rakaman itu yang bersalah, atau perompak itu sebenarnya yang harus diheret ke penjara?

Sebagaimana dilaporkan oleh MalaysiaToday, perbalahan sedang berlaku di belakang tabir antara Presiden PKR DS Anwar Ibrahim dan DS Azmin Ali, yang merupakan Timbalan Presiden PKR.

Perbalahan antara kedua kepimpinan tertinggi PKR ini bukanlah suatu rahsia lagi. Sejak pemilihan PKR hujung tahun lalu lagi, penganalisis dan pemerhati politik sedang mengikuti perbalahan antara kem Rafizi dan kem Azmin bagi merebut jawatan Timbalan Presiden.

Rafizi lawan Azmin dilihat sebagai proksi Anwar lawan Mahathir yang tidak dipentaskan tetapi berlaku di belakang tabir.

Kemudian khalayak politik juga melihat bagaimana pada Disember lalu Latheefa Koya digesa meletakkan jawaran dalam PKR kerana tidak sehaluan dengan keputusan pucuk pimpinan parti tersebut.

A A A A A A A A A A A A A A A A A LBURIT 4

Sebagaimana dilaporkan dalam Suara Pakatan Daily, sejak DS Anwar mengambil alih pucuk pimpinan PKR, Latheefa dilihat tidak selesa dan suka mengkritik partinya khususnya Anwar dan isterinya DS Dr Wan Azizah.

Kini Latheefa dilantik oleh Mahathir untuk memimpin SPRM dan lantikan tersebut pastinya menggusarkan kem DS Anwar Ibrahim dengan kepercayaan bahawa terdapat agenda politik yang tertentu, lebih-lebih lagi Latheefa dilihat berada di luar kem Anwar.

Anwar telah menafikan penglibatan penyokongnya dalam kes video semburit itu, sedangkan Azmin menekankan bahawa pendedahan dan penularan video semburit itu adalah perbuatan puak dalam PKR sendiri.

Pandangan Azmin dilihat selari dengan situasi semasa kemelut politik PKR.

Sekiranya benar tanggapan Azmin maka itulah pukulan yang dilontarkan oleh penyokong Anwar kepada Mahathir atas lantikan Latheefa sebagai ketua Pesuruhjaya SPRM dan juga lantikan Azmin sebagai Menteri Ekonomi.

Mahathir dilihat cuba mencari pengaruh dalam parti PKR untuk mengukuhkan partinya, kerana parti PPBM pimpinannya adalah parti yang kerdil dalam PH.

Pukulan yang dilontarkan melalui kes video semburit itu bukan sahaja memusnahkan nama baik Azmin dan PKR, malah ia juga turut mencalit najis kepada nama baik kabinet Mahathir serta kerajaan Malaysia. .

Sebagaimana yang dijangkakan Mahathir menolak ketulenan video semburit tersebut demi menjaga nama Azmin dan nama baiknya sendiri.

Namun sejarah 1998 telah membuktikan bahawa walaupun di hadapan khalayak media Mahathir menolak penglibatan Anwar dalam kes ‘Sodomi 1’ tetapi beberapa hari kemudiannya dia melucutkan jawatan Anwar sebagai Timbalannya.

Lim Kit Siang juga telah mengeluarkan kenyataan bahawa kes video semburit itu akan menghancurkan Pakatan Harapan.

Dengan kata-kata lain, kepimpinan PH kini melihat penglibatan Azmin dalam video semburit itu telah menjadikan PKR liabiliti kepada PH.

A A A A A A A A A A A A A A A A A LBURIT 5

Di tengah-tengah kemelut ribut dalam kelambu PKR, khalayak juga sedang ghairah menanti siapakah sebenarnya yang akan dilantik sebagai Perdana Menteri (PM), Azmin atau Anwar. Sedangkan secara tersirat, Mahathir seperti sayangkan Azmin berbanding Anwar.

Namun dengan terdedahnya video semburit itu, sudah pastilah harapan Anwar lebih cerah untuk diangkat sebagai PM. Walau bagaimanapun Anwar tidak boleh lupa bahawa dia juga mempunyai sejarah bersemburit dan telah dipenjarakan.

Sekiranya Anwar terlepas peluang untuk diangkat sebagai PM, pastinya dia tidak akan memperoleh peluang lain pada masa hadapan.

Rakyat jelata pun ditanggapi seperti kurang menyokong Anwar setelah melihat DAP dalam PH wewenangnya mencabar hak Melayu-Islam, kecualilah penilaian semula dibuat oleh rakyat setelah meletusnya kes video semburit itu.

Apa yang jelas, perpecahan sedang berlaku dalam PKR, meskipun ia tertutup dalam kelambu PKR sendiri. Nama baik Azmin telah parah dan jijik akibat video semburit itu.

Kemelut perbalahan politik dalam PKR, dan kelemahan kerajaan PH dalam mengendalikan ekonomi, gelombang pemberontakan bawah arus rakyat, kos sara hidup yang naik, nilai ringgit yang menjunam, pelabur secara signifikannya meninggalkan Malaysia, hutang negara terus meningkat dan macam-macam lagi, mungkin akan mendesak Mahathir untuk membubarkan Parlimen.

Jika parlimen tidak dibubarkan untuk mengadakan PRU15, nescaya Azmin Ali akan menentang Anwar bagi jawatan Presiden Parti dalam tempoh dua tahun akan datang. Mungkin itulah jalan terbaik bagi Azmin membersihkan dirinya serta menguji kepopularannya dalam kalangan ahli parti.

Mentalahan selama ini pun Anwar tidak sebenar-benarnya memimpin PKR kerana berada dalam penjara bagi dua kes sodomi. Hanya setelah dibebaskan dan setelah Wan Azizah meletakkan jawatan untuk memberikan laluan kepada suaminya, baharulah Anwar berkesempatan untuk memimpin PKR.

A A A A A A A A A A A A A A A A A LBURIT 6

Apa jua senarionya, keadaan sudah berubah, semasa ketiadaan Anwar, Azmin telah berjaya membina kem pertahanannya sendiri dengan menerajui Selangor sebagai negeri terkaya di Malaysia.

Anwar adalah bekas banduan. Dia telah disumbat ke dalam penjara, maka dia adalah bekas banduan. Hal itu tidak boleh dinafikan. Rakyat sedang menilai antara bekas banduan dan pelaku semburit, siapakah yang lebih layak untuk kerusi Perdana Menteri.

Secara senyap Mahathir sudahpun mengadap DYMM SPBY DiPertuan Agong, pada waktu di tengah-tengah kancah video semburit ditularkan.

Walau bagaimana hancur dan terbakarnya bumi dek kerana pertarungan Anwar-Azmin ini, rakyat akan lihat bahawa Mahathir jugalah yang menjadi  wira meskipun sebagaimana dia perakui, dia hanyalah boneka DAP.

*****

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: