TEORI KONSPIRASI: KES SEMBURIT ADALAH KEMELUT POLITIK PKR

Kes video semburit yang membabitkan pelaku yang mirip dengan wajah Menteri Ekonomi dan seorang lagi Haziq Aziz, Setiausaha Sulit Kanan (SUSK) Timbalan Menteri Industri Utama, Shamsul Iskandar Md Akin telah melahirkan pelbagai teori konspirasi.

Penyokong PKR dan PH yang mahu membela Menteri Ekonomi, DS Azmin Ali sedang mencanangkan bahawa Haziq adalah penyokong UMNO-BN sebelum dia dilantik menjadi SUSK Shamsul Iskandar.

Sekiranya itu yang cuba diketengahkan oleh penyokong PH maka bertambah jelaslah lagi konspirasi PKR yang terbangkit kerana ‘mengapakah dia dilantik sebagai SUSK oleh orang kuat PKR kalau sudah tahu dia adalah penyokong UMNO-BN.’

Alasan yang berlegar dalam pemikiran rakyat ialah kerana golongan dalam PKR yang menentang Azmin hendak menggunakan pengamal gay seperti Haziq untuk menjerat Azmin, supaya teori bahawa ‘Rancangan menjadikan Azmin PM Ke-8’ sebagaimana diteorikan oleh Raggie Jessy Rithaudeen akan dapat dimusnahkan.

A A A A A A A A A A A A A A A A A MASEMBURIT 2

Sebenarnya itulah wacana yang kami ingin kongsikan iaitu kolum RJ Rithaudeen dalam MalaysiaToday yang telah diterbitkan pada 13 Jun yang baru sahaja berlalu.

Kemelut pertarungan dalam pemilihan PKR hujung tahun lalu anatara Rafizi Ramli dan Azmin Ali bagi jawatan Timbalan Presiden bukanlah rahsia kepada rakyat umum, kecuali bagi mereka yang tidak peka membaca.

Malahan yang lebih menarik ialah pertarungan antara Rafizi-Azmin ialah proksi kepada Anwar lawan Mahathir, kerana Azmin adalah pilihan Mahathir untuk jawatan Perdana Menteri.

Penganalisis politik yang peka dan faham siapa Mahathir pasti akan membina persepsi bahawa tidak mungkin Mahathir akan melantik Anwar, biarpun sejuta janji telah ditaburkan kerana Anwar sendiri telah berjanji bahawa dia akan mengambil tindakan ke atas anak-anak Mahathir yang kaya-raya hasil rompakan dana negara sekiranya PH menang.

Malah boleh dikatakan semua pemimpin PH telah sepakat mengatakan bahawa bapa perompak negara adalah Mahathir, iaitu Lim Kit Siang, mendiang Karpal Singh, Lim Guan Eng, Mat Sabu, Gobind Singh Deo, Rafizi, Anwar, malahan Wan Azizah sebagai Timbalan Perdana Menteri pernah berjanji untuk mengheret Mahathir ke mahkamah sekiranya PH memang.

Kini dan sejak Mei 2018, PH sudah pun menang.

Adakah orang yang telah berjanji untuk memerangkap anak-anaknya dan pastinya dirinya juga, diberi tempat sebagai Perdana Menteri?

Jangan lupa bahawa Anwar-Mahathir adalah dua musuh politik ibarat singa dan harimau yang sedang memerhatikan perangkap masing-masing, dan kini berlegar-legar dalam kepura-puraan yang amat licik dan halus.

A A A A A A A A A A A A A A A A A MASEMBURIT 3
Dipetik daripada blog PayahSungguh

Dengan itulah juga, seorang budak darjah enam sekalipun percaya bahawa Mahathir tidak akan sekali-kali mengangkat Anwar sebagai Perdana Menteri.

Lebih daripada itu Mahathir sendiri pernah mencanangkan ke seluruh dunia bahawa dia tidak akan membenarkan peliwat menjadi Perdana Menteri Malaysia.

A A A A A A A A A A A A A A A A A MASEMBURIT 4

Dengan itu, sekiranya seorang peliwat seperti Anwar Ibrahim, tidak boleh menggantikannya, maka Azminlah yang paling layak kerana Azmin bersih dan berjaya memimpin kerajaan Selangor dengan jayanya ‘konon’.

Apakah yang perlu dibuat selain mendedahkan siapakah Azmin sebenarnya?

Tidak lain dan tidak bukan, ialah memerangkap Azmin dengan perangkap semburit, dan itulah yang berlaku melalui video seks semburit yang tular beberapa hari lalu.

Namun lakonan Mahathir dan Anwar amat menarik sebagaimana diteorikan oleh RJ Rithaudeen.

Anwar telah mengeluarkan kenyataan dan mengutuk politik jijik yang dimainkan sesetengah pihak terhadap Dato’ Seri Azmin Ali yang dipercayai merupakan individu yang terpapar dalam video berkenaan.

Walau bagaimanapun, Anwar tidak menafikan bahawa individu-individu dalam video tersebut merupakan Azmin dan Haziq Aziz.

Sebagaimana tulisan Rithaudeen, ia berbeza pula dengan kenyataan Mahathir, kerana Mahathir memberitahu pemberita malam semalam bahawa belau tidak yakin Azmin terlibat dalam video tersebut.

Sekali pandang, ianya memberi persepsi seolah-olah Anwar merupakan dalang di sebalik video berkenaan.

Ini mudah dipercayai, memandangkan Anwar diketahui tidak berpuas hati dengan hubungan akrab antara Mahathir dengan Azmin dan khuatir Azmin akan dipilih oleh Mahathir menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-8.

Walau bagaimanapun orang ramai dan khalayak media perlu imbas kembali detik-detik yang menjurus kepada pemecatan Anwar dari kerajaan pada tahun 1998 untuk memahami betapa perlunya seseorang itu was-was terhadap segala apa yang dikatakan oleh kedua-duanya sama ada Anwar mahupun Mahathir.

Pada 1998 beberapa minggu sebelum Mahathir bertindak memecat Anwar atas tuduhan meliwat, beliau memberitahu pemberita bahawa timbalannya bukan seorang homoseks dan tidak terlibat dalam hubungan seks di luar tabii sepertimana dicadangkan oleh penerbit buku “50 Dalil Kenapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM.”

Anwar pula berulang kali memberitahu pemberita bahawa hubungan beliau dengan Mahathir baik seperti sediakala, walaupun pada ketika itu, bukan hanya kedua-dua mereka sudah jarang berinteraksi, Mahathir pernah mengarahkan Tun Daim Zainuddin untuk ‘menasihati’ Anwar supaya berundur secara sukarela.

Apapun, buat masa ini, tidak ada kepastian daripada mana-mana pihak samada dalang di sebalik video seks Azmin merupakan Anwar atau Mahathir.

Apa yang pasti, Mahathir ingin jadikan Azmin Perdana Menteri Malaysia ke-8, dan akan memusnahkan kerjaya politik Anwar buat selama-lamanya setelah selesai melakukan percaturan tertentu.

Lebih jauh daripada itu, Mahathir telah dengan senyap telah mengadap DYMM SPB Yang DiPertuan Agong dengan inti pati perbincangan yang tidak diketahui oleh rakyat.

Namun bagi Rithaudeen, Mahathir telah “bersiap sedia untuk membubarkan parlimen pada bila-bila masa sekiranya terdapat tanda-tanda rancangannya akan gagal. Saya yakin bahawa inilah faktor utama yang mendorong beliau untuk mengadap Yang di-Pertuan Agong secara senyap semalam tatkala rakyat Malaysia digemparkan dengan video-video seks Azmin.

Buat masa ini, tidak ada kepastian daripada mana-mana pihak samada dalang di sebalik video seks Azmin merupakan Anwar atau Mahathir.

Tetapi yang amat jelas, ia bukanlah kerja jahat UMNO-BN sebagaimana yang dilemparkan oleh penyokong PKR yang kini tersepit dengan gejala liberalisme dan pluralisme agama sehingga terdedah pemimpin mereka bersemburit atas ranjang.

Sekiranya ia hanyalah ‘doctored video’ atau video yang telah diimprovisasi wajah dan wataknya, maka ia satu kemenangan kepada PKR.

Namun setakat ini rakyat masih percaya bahawa video itu bukanlah ‘doctored video’ sebagaimana yang diperakui oleh Prof Madya Dr Baharuddin Aziz yang mempunyai kepakaran dalam bidang media massa.

A A A A A A A A A A A A A A A A A MASEMBURIT 5
Prof Madya Dr Baharuddin Aziz

Kata Dr Baharuddin, “Sudah 32 tahun saya berkecimpung dlm bidang komunikasi penyiaran dan tv satelit….serta dunia penerbitan. Video clip itu sahih. Tiada superimposition dan algorithym serta wireframe-nya sama selari. Tiada terputus putus di antara adegan. Tiada unsur perbuatan pengeditan semula. Kesinambungan penataan cahaya ialah natural (natural lighting).”

Pakar forensik digital, Kevin Nguyen dari Australian Broadcasting Corp (ABC) telah mengesahkan bahawa tidak ada sebarang pengubahan digital telah dibuat ke atas klip video semburit itu.

A A A A A A A A A A A A A A A A A MASEMBURIT 8

Kevin Nguyen ialah pakar forensik digital yang sebelum ini merupakan jururunding digital dan menyediakan pengesahan kandungan untuk BBC dan New York Times serta kini bekerja untuk Perbadanan Penyiaran Australia (ABC).

Profesor Siwei Lyu dari Kolej Kejuruteraan dan Sains Gunaan di University of Albany di Amerika Syarikat juga memberikan gambaran yang sama.

“Dengan menghalang artifak mampatan (compression artifacts), tidak ada jejak algoritma (AI) deepfake yang pasti, seperti orientasi muka yang tidak konsisten, atau wajah yang terapung” katanya.

Di peringkat ini, secara umumnya, video semburit itu adalah tulen dan tidak digubah atau diubah, meskipun kualitinya amatlah rendah.

Biar siapapun dalang di sebalik video tersebut, ia telah membangkitkan pertarungan antara kem Azmin dan kem Anwar, dan sekaligus memecah-belahkan PKR. Itulah agenda dan kemahuan Mahathir.

Azmin sendiri telah mempersoalkan, siapakah yang terlalu mudah memperoleh maklumat peribadi ahli-ahli tertinggi PKR sehingga setiap mereka telah dihubungi bagi penularan video tersebut.

A A A A A A A A A A A A A A A A A MASEMBURIT 6

Untuk membela kem Anwar, Saifuddin Nasution segera menjawab bahawa akses kepada maklumat peribadi ahli adalah mudah.

Lantas Azmin sudah tentu akan mengesyaki Anwar dan akan memberikan jaminan 200 peratus kepada Mahathir bahawa beliau tidak akan terfikir untuk bersekongkol dengan Anwar setelah menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-8.

Mahathir pula akan mampu mencantas Azmin pada bila-bila masa sekiranya perlu memandangkan isu homoseks terbaru ini akan sentiasa menghantui watak dan integriti Azmin dan mampu memusnahkan karier politiknya sekiranya tidak mendapat sokongan Mahathir dan anaknya, Dato’ Seri Mukhriz Mahathir.

Bagi Rithaudeen, “Apa yang jelas, Mahathir sudahpun memulakan langkahnya untuk meletakkan titik noktah pada karier politik Anwar dan dipercayai akan memastikan bekas timbalannya akan merangkak kembali di penjara Sungai Buloh.”

Bagi menjayakan rancangan tersebut, Mahathir melantik Latheefa Koya sebagai ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tanpa merujuk Jawatankuasa Pelantikan Khas Parlimen, Kabinet ataupun ahli-ahli parlimen, kerana Latheefa sendiri dilihat tidak sehaluan dengan Anwar.

A A A A A A A A A A A A A A A A A MASEMBURIT 7

Latheefa pernah mengkritik Wan Azizah ketika memberikan peruntukan di cabang Palau, Sabah ketika pemilihan PKR tahun lalu. Malahan Latheefa pernah digesa oleh ahli PKR supaya keluar parti.

Kami tidak pasti apakah Latheefa berani membukan semula fail rasuah Lim Guan Eng dalam kes pembelian banglo dan projek terowong dasar laut Pulau Pinang penjualan tanah di Taman Manggis, Pulau Pinang?

Namun Rithaudeen percaya Latheefa akan melakukannya demi menjaga integriti SPRM.

Akhirnya Rithaudeen juga percaya bahawa parlimen akan dibubarkan.

Namun kami kurang setuju dengan Ritahudeen kerana baginya sekiranya parlimen dibubarkan, pilihan masih kerajaan PH yang penuh dengan huru-hara. Pilihanraya akan dijalankan semula, dan kali ini PH akan kecundang.

Rakyat sudah muak dengan PH yang kini mahu dikenali sebagai kerajaan ‘Pakatan Homoseksual’.

*****

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: