PAKAR FORENSIK DIGITAL SAHKAN VIDEO SEMBURIT HAZIQ-AZMIN ADALAH TULEN

Setelah menular video semburit yang menunjukkan dua pelaku yang menyerupai Haziq Aziz-Azmin Ali, ramai yang mengatakan bahawa video itu adalah fitnah daripada pihak yang mahu menjatuhkan kerjaya politik DS Azmin Ali, selaku Menteri Ekonomi negara.

Ada tiga tindakan yang boleh dilakukan oleh khalayak media untuk membela DS Azmin Ali.

  • Pertamanya, selongkar tabiat seksual Azmin daripada ahli keluarganya untuk membela Azmin.
  • Keduanya dapatkan penafian daripada pasangan pelaku dalam video semburit itu.
  • Ketiganya dapatkan pengesahan pakar forensik digital bahawa video semburit itu tidak tulen.

Selain daripada tiga perkara ini khalayak bolehlah serahkannya kepada pihak mahkamah untuk menentukan kebenaran.

Malangnya mahkamah kerajaan PH hari ini telah seringkali membuat rakyat membangkitkan isu yang mempersoalkan integritinya.

Misalnya dalam kes pembunuhan Adib Mohd Kassim, rakyat menjadi kurang yakin kepada sistem perundang-undangan negara apabila penyelidikan forensik cuba memutarbelitkan punca kematian Adib akibat serangan perusuh.

Bertambah lagi apabila kes yang diangkat di mahkamah dilihat lebih merupakan kes terpilih. Sekiranya ia melibatkan pemimpin PH terutamanya DAP, pasti kes tersebut akan dipadamkan.

Dalam kes video semburit, jarang yang mahu menyelidik latar belakang Azmin daripada aspek tabiat seksualnya daripada pandangan ahli keluarganya sendiri.

Namun, amatlah malang bagi Azmin apabila adik lelakinya Azwan Ali, mengatakan bahawa dia langsung tidak terkejut dengan video semburit itu, malah masih menyimpan kemas 1001 rahsia semburit abangnya itu.

A A A A A A A A A A A A A A A A A NVIDEOSEKS 6

Azwan menegaskan, “Kalau Azmin katakan bukan dirinya yang dalam video itu, saya cabar dia buat pengakuan bersumpah atas nama Allah dalam masjid. Semoga bala tidak turun sebaik sahaja dia berbuat demikian,” ujar Azwan lagi.

Lebih malang lagi bagi Azmin apabila adik bongsunya, Ummi Hafilda Ali juga mengutuknya dan tidak membantu menafikan watak lelaki dalam video itu bukanlah Azmin.

Ummi Hafilda telah memberikan respond melalui FBnya sebagaimana berikut:

A A A A A A A A A A A A A A A A A NVIDEOSEKS 7

Bukan sekadar itu sahaja, Ummi juga pernah mendedahkan penglibatan Azmin dalam seks sejenis apabila dia mengaku bahawa dialah yang membawa Azmin ke hospital kerana duburnya cedera parah.

A A A A A A A A A A A A A A A A A NVIDEOSEKS 8

Bertambah-tambah hangat lagi apabila pasangan Azmin dalam video semburit itu, Haziq Aziz telah membuat pengakuan bersumpah bahawa dia adalah salah seorang lelaki dalam video itu.

Nampaknya isu pengakuan Haziq juga tidak membantu Azmin untuk menolak prasangka dan fitnah terhadapnya.

A A A A A A A A A A A A A A A A A MASEMBURIT 1 A A

Haziq berkata beliau begitu kecewa dengan Azmin yang dipandang tinggi dan dihormati tetapi menyedari bahawa Azmin adalah “lelaki yang sakit” kerana tergamak merakamkan video aksi seks mereka atas ranjang.

“Saya sedari kamu lelaki yang sakit kerana hanya kamu (Azmin)  merakamkan video-video itu sebagai koleksi peribadi,” katanya.

Haziq juga menyatakan kebimbangannya bahawa lebih banyak lagi video akan disebarkan.

Menurut Haziq, video yang dirakam di Sandakan (11 Mei 2019), bukanlah perlakuan pertama seks semburit mereka, malahan ia sudah berlaku beberapa kali di lokasi lain.

Bagi golongan yang mahu membela Azmin Ali, pastinya mereka mahu menegakkan persepsi bahawa video itu adalah palsu atau tidak tulen.

Ia boleh dikategorikan tidak tulen sekiranya imejan watak atau pelaku dalam video itu telah disuperimpos atau ‘doctored’.

Dengan kata-kata lain watak sebenarnya dalam video itu bukanlah Haziq dan Azmin, sebaliknya dilakonkan atau dilakukan oleh watak lain tetapi bahagian imejan muka atau wajah telah ditukar kepada wajah Haziq dan Azmin.

Special Broadcasting Service (SBS) Australia, telah meminta pandangan dan pemeriksaan beberapa pakar mengenai video semburit itu.

Sebagaimana dilaporkan oleh Malaysiakini, para pakar bersetuju bahawa tidak ada sebarang pengubahan digital ke atas video berkenaan.

Di sini, khalayak harus faham, bahawa pemeriksaan bukan dibuat ke atas imejan pelaku, tetapi pemeriksaan dilakukan untuk mengesahkan ketulenan video tersebut.

Walau bagaimanapun rakyat Malaysia tahu wajah siapakah dalam video itu meskipun kualiti gambar amat rendah kerana rakaman dibuat dengan menggunakan kamera telefon bimbit sebagaimana yang diperakui oleh pakar forensik digital.

A A A A A A A A A A A A A A A A A MASEMBURIT 1A2

Menurut pakar forensik digital Kevin Nguyen, “Saya menjalankan beberapa analisis forensik terhadap tiga video itu dan pada enam perkara yang saya periksa tiada bukti terdapat manipulasi foto atau imej.”

Jelaslah bahawa video itu adalah tulen.

A A A A A A A A A A A A A A A A A MASEMBURIT 1A3

Profesor Siwei Lyu dari Kolej Kejuruteraan dan Sains Gunaan, University of Albany, Amerika Syarikat, juga memberikan gambaran yang sama.

“Dengan menghalang artifak mampatan (compression artifacts), tidak ada jejak algoritma (AI) deepfake yang pasti, seperti orientasi muka yang tidak konsisten, atau wajah yang terapung” katanya.

A A A A A A A A A A A A A A A A A MASEMBURIT 1A4Walau bagaimanapun, Giorgio Patrini, CEO syarikat Deeptrace dari Australia, berkata kualiti video itu terlalu rendah untuk membolehkan suatu analisis yang muktamad.

Patrini mengesahkan bahawa “Tiada seorang pun daripada penganalisis yang boleh mengesahkan bahawa Azmin ialah lelaki dalam video itu, mereka hanya membuat kesimpulan bahawa video itu tidak pernah diubah secara digital.”

Dengan kata-kata lain, video itu adalah tulen dan tidak diubah daripada rakamannya meskipun kualitinya rendah.

A A A A A A A A A A A A A A A A A MASEMBURIT 1A5

Sementara itu, Denby Weller dari Universiti Teknologi Sydney, berkata terdapat beberapa perkara tertentu yang perlu diberikan perhatian.

“Dengan melihat video itu, ia telah dirakam dengan mod potret dari telefon.

“Ia juga diambil dari kedudukan yang sedikit tinggi (ketinggian kamera sangat sukar untuk dipalsukan), yang menunjukkan bahawa telefon itu mengarah sedikit ke bawah pada lelaki terbabit,” katanya.

Weller adalah pakar dalam bidang verifikasi video bersama Google News Initiative.

A A A A A A A A A A A A A A A A A MASEMBURIT 5

Prof Madya Dr Baharuddin Aziz, bekas Dekan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM, yang telah 32 tahun berkecimpung dalam bidang komunikasi penyiaran dan TV satelit serta dunia penerbitan, berkata, “Video klip itu sahih. Tiada superimposition dan algoritma serta wireframe-nya sama selari. Tiada terputus-putus di antara adegan. Tiada unsur perbuatan pengeditan semula. Kesinambungan penataan cahaya adalah natural (natural lighting).”

Nampaknya secara kasarnya di sini, penyelidikan ringkas yang kami kemukakan tidak menyokong untuk menolak Azmin sebagai pelaku dalam video itu.

Kami bersimpati dengan Azmin dan tidak mahu bersekongkol dengan musuh Azmin untuk menabur fitnah di bulan Syawal ini, tetapi sebaliknya kami juga mahu Azmin dibantu dengan cara menafikan ketulenan video itu.

Malangnya pakar forensik digital telah memperakui bahawa video itu adalah tulen meskipun imejan berkualiti rendah.

Lebih malang lagi bagi Azmin, ahli keluarganya juga telah mendedahkan tabiat seks semburitnya dan bertambah malang lagi Haziq pasangan seks dalam video itu juga telah memperakui bahawa dia adalah pelakunya dan Azmin adalah pasangannya.

******

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: