Pemerintahan diktator Perdana Menteri Dr Mahathir selama 22 tahun pada era 1981-2003 telah berjaya membina paranoia daripada kalangan cendekiawan atau kaum intelek Melayu.
Taktik gestapo, sebagaimana KGB menjadi perisik Rusia dan German, dengan memberi ganjaran secara halus kepada sesiapa yang mendedahkan golongan intelektual di universiti tempatan dan sebaliknya menghukum sesiapa yang menentang Mahathir dengan cara yang halus juga .
Situasi sedemikain tidak dapat dielakkan kerana intelektual Melayu secara amnya berada dalam institusi pengajian tinggi, manakala pemerintahan diktator Mahathir menguasai setiap inci institusi pengajian tinggi negara.
Apa yang dapat kita lihat adalah segelintir daripada mereka yang berani seperti golongan intelektual yang berlindung di bawah Aliran, suatu pertubuhan yang boleh dikategorikan sebagai pertubuhan yang banyak mengkritik pemerintahan Mahathir pada tahun-tahun 1990-an dan tahun-tahun selanjutnya.
Malangnya pertubuhan ini lebih didominasi oleh golongan intelektual bukan Melayu USM.
Secara kasarnya kami melihat apabila BN yang dikuasai oleh pemimpin Melayu telah dikalahkan oleh kuasa Cina DAP, maka golongan ini terus diam. Mungkin juga mereka ini lebih suka melihat kuasa politik Melayu berada di tangan Cina DAP.

Lihatlah sahaja ‘Operasi Lalang’ yang digerakkan oleh Mahathir, ramai intelektual termasuk kepimpinan tertinggi Aliran telah ditahan. Bukan itu sahaja, ada antara mereka telah hilang jawatan dan lumpuhlah periuk nasi untuk survival mereka dan ahli keluarga.
Walau bagaimanapun selama 22 tahun pemerintahan autokratik kediktatoran Mahathir, telah perlahan-lahan membangkitkan kebencian rakyat apabila pendedahan demi pendedahan diuar-uarkan tentang skandal ekonomi dan penyelewengan Mahathir dalam sistem pemerintahan kuku-besinya.

Anak-anaknya menjadi kaya raya dan antara makhluk terkaya di Malaysia, wangnya dikatakan disimpan di luar negara untuk menyembunyikan penyelewengan, kekayaannya juga tersimpan melalui proksi, kekayaannya juga masih bercambah dalam projek-projek negara dan lain-lain seperti lebuh raya, pusat penjana tenaga elektrik, Casino, penyalahgunaan kuasa untuk mengaut kekayaan seperti memaksa jentera kerajaan menggunakan minyak Petron dan macam-macam lagi.

Malahan rakyat tidak sedar bahawa sistem penswastaan yang dilaksanakan oleh Mahathir pada tahun-tahun 80-an telah banyak menyeksa rakyat hari ini seperti sistem bekalan elektrik, sistem bekalan air, hospital, kolej dan universiti, badan penyiaran seperti TV3, sistem penerbangan Malaysia dan banyak lagi.
Tanyalah bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, bagaimana sistem penswastaan ala-Mahathir mengkayakan hanya beberapa orang kroninya tetapi sebaliknya membawa penderitaan kepada 30 juta rakyat.

Dalam sistem penswastaan Mahathir, keuntungan adalah milik badan swasta dan korporat yang bertanggungjawab, tetapi jika berlaku kerugian, maka rakyat menanggung apabila wang negara digunakan untuk menampung survival mereka.
Sebaliknya bagi Tan Sri Khalid, DS Najib telah membawa pendekatan berbeza, kerana keuntungan badan swasta yang diserap masuk kepada dana negara, dikongsi bersama oleh rakyat melalui BR1m dan pelbagai lagi saluran bantuan kewangan.
Bagi seorang diktator seperti Mahathir yang dilihat tebal dengan genetik India keturunan bapanya, dia tidak akan dapat menerima kelebihan orang lain, dan kritikan orang lain terhadap dirinya. Malahan dia mengutuk kaum Melayu, rakyat Melayu, iaitu kaum yang sebenarnya tidak begitu mengejar dunia sebagaimana menurut ajaran Islam.
Dengan itulah boleh dikatakan 90% pemimpin yang dilantiknya, telah dimusnahkan oleh dirinya juga seperti Musa Hitam, Ghafar Baba, Anwar Ibrahim, Tun Abdullah Badawi, Ds Najib dan terkini Muhyiddin Yassin.
Dia tidak boleh melihat kepimpinan Tun Hussein Onn dengan pendekatannya sendiri, dia tidak boleh melihat gaya pemerintahan Tun Abdullah Badawi, dia tidak boleh melihat gaya kepimpinan DS Anwar Ibrahim, dia tidak boleh melihat kemajuan yang dibuat oleh DS Najib Tun Razak, dan kini dia dilihat sedang berkonflik dengan Muhyiddin Yassin secara terbuka.
Mungkin juga kerana rasa bersalah, pada 2015 dia telah membuat keputusan untuk bersama-sama dengan PH, setelah dia melihat musuhnya PAS telah meninggalkan PH yang dahulunya berdiri atas panji PR.

Sebagaimana dipetik daripada Ameno World, pada ketika itu Mahathir telah memberikan pesanannya kepada UMNO sebelum dia menyertai PH, bahawa, “yang saya takut sekali apabila parti lawan menang, kita (BN) kalah, parti lawan itu tak ada simpati. Nanti dia cungkil, mungkin ada yang akan dihadap ke mahkamah dan mungkin akan didapati bersalah. Kalau BN kalah..banyak orang akan berdepan kesan yang lebih besar.”
Malahan hari ini, dia juga sedang berkonflik dengan Anwar secara senyap serta berkonflik dengan semua kepimpinan parti PH yang diterjemahkan oleh rakyat sebagai kepimpinan bodoh dan tidak efisien (boleh rujuk Tun Daim Zainuddin dan Datok Kadir Jasin).
Hari ini pembangkang ketika 2015 itu telah menang. Malangnya pembangkang yang menang itu didominasi oleh kaum Cina terutamanya cauvinis Cina DAP yang amat tebal dengan sikap anti-Melayu, anti-Islam dan anti Raja-Raja Melayu.

Daripada data di atas, kaum bukan-Melayu-Islam menguasai 66 (53.23%) kerusi parlimen berbanding 58 (46.7%) kerusi yang dikuasai oleh kaum Melayu-Islam dalam kepimpinan kerajaan PH, yang Perdana Menterinya adalah tebal dengan genetik India.
Mahathir sendiri telah membuat pengakuan bahawa dia hanyalah boneka DAP kerana kuasa kerajaan PH didominasi oleh kaum Cina DAP.
Amat sedih hari ini, UMNO-BN yang kalah akibat daripada fitnah, pembohongan dan penipuan kepimpinan PH, termasuk Mahathir demi mempertahankan kekayaan kroni dan kaum keluarganya, telah mula menghancurkan nilai-nilai luhur dalam sistem pemerintahan mereka.
Raja-Raja Melayu telah dengan beraninya dihina, agama Islam dikeji, pluralisme agama sebagaimana ucapan Anwar di LSE dijadikan pegangan, liberalisme juga diangkat untuk menyokong Malaysian Malaysia, hak istimewa kaum Melayu-Bumiputera yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan mahu dicairkan, Malaysia mahu dijadikan negara Kristian dan macam-macam lagi.
Fahaman liberalisme mendukung nilai-nilai seperti kesamarataan dan bukannya keadilan, sekularisme (bebas daripada agama), feminisme (gerakan pembebasan hak wanita), demokrasi liberal, pluralisme (semua agama adalah sama), rasionalisme (agama ditolak jika tiada asas rasional), hermeneutik (kaedah tafsir al-Quran untuk mencari kesilapan dalam al-Quran, bukan kebenaran) dan banyak lagi.
Dengan semua itulah kita lihat bahawa kaum Melayu, agama Islam dan Raja-Raja cuba disisihkan melalui ratifikasi ICERD dan Statut Rom.
Namun di manakah wacana dan suara intelek Melayu seperti suara Melayu dalam Aliran dahulu, di manakah wacana ahli Majlis Profesor yang didominasi oleh intelek Melayu, ke mana perginya suara membela hak Melayu daripada Prof Zainal Keling, Prof Ramlah Adam, Prof Zaharom Naim, Prof Shamsul Amri, Datok Prof Dr Murad Merican, Dr Awang Sariyan, Prof Kamal Hassan, mahupun Prof Tan Sri Zakri Abdul Hamid.
Kami amat kesal kerana yang lebih berani mengkritik kerajaan PH demi membela hak Melayu ialah mendiang Prof Khoo Kay Kim, Prof Datok Teo Kok Seong dan Prof Ridhuan Tee Abdullah.
Adakah paranoia gestapo Mahathir masih menghantui mimpi kaum intelek Melayu?
*****