BUNGKAH TEKA-TEKI VIDEO SEKS MENTERI

Pada dua hari yang lepas, 11 Jun heboh satu dunia kes video seks sejenis antara dua lelaki apabila seorang daripadanya mirip wajah Menteri Ekonomi.

Kita tidak mahu melayan atau turut bersekongkol dalam isu ini kerana ia boleh sahaja direka sebagai bahan fitnah bagi menjatuhkan kerjaya politik menteri berkenaan.

Sememangnya, Menteri Ekonomi, DS Azmin Ali telah mengeluarkan kenyataan akhbar bahawa video tersebut adalah satu usaha untuk menjatuhkan beliau sebagai Menteri Ekonomi yang dilantik oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir. Namun siapakah dalangnya?

Zalimlah sekiranya ada pihak yang menggunakan pendekatan di luar kandang demokrasi sedemikian untuk menjatuhkan beliau. Walau bagaimanapun kami tidak menolak bahawa seks sejenis itu adalah haram di sisi agama Islam.

A A A A A A A A A A A A A A A A A NVIDEOSEKS 2

Lantas kami teringat kembali bagaimana DS Anwar Ibrahim juga telah mengalami kes yang sama apabila video seorang lelaki yang mirip wajahnya dalam sebuah bilik dengan seorang wanita sundal, tertular melalui media sosial pada suatu ketika dahulu.

A A A A A A A A A A A A A A A A A NVIDEOSEKS 3

Walau bagaimanapun, telah dihebohkan bahawa video yang dikaitkan dengan Anwar itu adalah tulen menurut pakar forensik CIA, Amerika Syarikat.

Dalam kes DS Azmin Ali, pasangan seks sejenisnya mirip seorang lelaki bernama Muhammad Haziq Aziz, yang merupakan Setiausaha Sulit Kanan (SUSK) kepada Timbalan Menteri Industri Utama Shamsul Iskandar Akin. Haziq juga adalah merupakan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Santubong.

Masyarakat Melayu-Islam majoritinya pasti tidak mahu menyelami lebih dalam, namun Haziq telah membuat perakuan bersumpah bahawa dia adalah lelaki pasangan kepada subjek yang mirip Menteri Ekonomi, DS Azmin Ali dalam video itu.

A A A A A A A A A A A A A A A A A NVIDEOSEKS 4

Haziq berkata beliau begitu kecewa dengan Azmin yang dipandang tinggi dan dihormati tetapi menyedari Timbalan Presiden PKR itu adalah “lelaki yang sakit” kerana tergamak merakamkan video aksi seks mereka atas ranjang.

“Saya sedari kamu lelaki yang sakit kerana hanya kamu (Azmin) yang boleh merakamkan video-video itu sebagai koleksi peribadi selepas menjemput saya ke bilik hotel pada semua kejadian,” katanya.

Haziq berkata dia bimbang lebih banyak video berkenaan akan disebarkan dan Azmin boleh menafikannya dengan kelebihan kedudukan politik sebagai seorang menteri, tetapi masa depannya (Haziq) sudah berakhir.

Video yang dirakam di Sandakan (11 Mei 2019), bukanlah perlakuan pertama seks sejenis mereka, malahan ia sudah berlaku beberapa kali.

“Kami sekali lagi melakukannya di Hotel Grand Hyatt KL semasa tugasan kamu (Azmin) selaku Menteri Pengiring kepada Sultan Brunei pada Mac tahun ini dan bulan lalu (Mei) di (Hotel) Fourpoint Sandakan,” katanya.

Mengulas lanjut, Haziq berkata kekurangan sokongan yang diterimanya menimbulkan persoalan mengenai keikhlasan kerajaan baru dalam melaksanakan agenda reformasi.

“Saya dituduh mempunyai agenda politik oleh Perdana Menteri (Dr Mahathir Mohamad) selepas membuat pengakuan bersumpah,” katanya.

Di sinilah bermula pembentukan bungkah teka-teki yang secara langsung dan tidak langsung telah mengheret masyarakat warganet untuk terus mengikuti rentetan kemelut kes video tersebut.

Walau bagaimanapun Datok Lokman Adam, Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang dahulunya merupakan Ketua Pemuda PKR Johor dilihat sebagai antara orang pertama yang cuba mendedahkan kes video tersebut dengan membuat laporan polis.

Kontradiknya Timbalan Presiden UMNO, DS Mohamad Hassan dan Ketua Pemuda UMNO, Datok Dr Asyraf Wajdi telah memberi reaksi yang lebih bertamadun, dan menyeru ahli-ahli UMNO supaya tidak cuba mengambil kesempatan atas isu tersebut dan menegaskan bahawa UMNO tiada kena-mengena dengan rakaman video seks itu.

A A A A A A A A A A A A A A A A A NVIDEOSEKS 5

Malanglah bagi Azmin apabila semalam 12 Jun, adik lelakinya Azwan Ali kelihatannya tidak menyokongnya, malah mencabarnya (Azmin) membuat perakuan bersumpah bagi menafikan keterlibatannya dalam video tersebut.

Azwan, 53, juga mengakui  langsung tidak terkejut dengan apa yang terjadi, malah masih menyimpan kemas 1001 aib abangnya itu.

Kata Azwan, “Muhasabah dirilah wahai Azmin walaupun saya tahu, dia akan berusaha sedaya upaya untuk melenyapkan isu ini.

“Inilah kifarah Tuhan selepas bertahun-tahun dia menghina Diva AA (Azwan Ali) di hadapan arwah ibu, Mak Tom dan saya hanya bersabar,” ujarnya kepada Kosmo! Online.

A A A A A A A A A A A A A A A A A NVIDEOSEKS 6

Tambah Azwan, dia juga mengenali individu bernama Haziq Aziz yang membuat pengakuan bersumpah sebagai lelaki bersama Azmin dalam video berkenaan.

“Saya tidak kisah dia mahu bersama siapa atau berbuat apa tetapi sebagai seorang pemimpin yang kononnya diuar-uarkan bakal dijulang sebagai Perdana Menteri Malaysia kelapan, inikah yang mahu dijadikan contoh?

“Kalau Azmin katakan bukan dirinya yang dalam video itu, saya cabar dia buat pengakuan bersumpah atas nama Allah dalam masjid. Semoga bala tidak turun sebaik sahaja dia berbuat demikian,” ujar Azwan lagi.

Jelas sekali Azwan seakan-akan mempercayai bahawa lelaki dalam video itu adalah abangnya Azmin Ali.

Lebih malang lagi bagi Azmin apabila adik bongsunya, Ummi Hafilda Ali juga mengutuknya dan kelihatanya tidak membantu Azmin untuk menafikan watak lelaki dalam video itu.

Ummi Hafilda telah memberikan respond melalui FBnya sebagaimana berikut:

A A A A A A A A A A A A A A A A A NVIDEOSEKS 7

Bukan sekadar itu sahaja, Ummi juga pernah mendedahkan penglibatan Azmin dalam seks sejenis apabila dia mengaku bahawa dialah yang membawa Azmin ke hospital kerana duburnya cedera parah.

A A A A A A A A A A A A A A A A A NVIDEOSEKS 8

DS Azmin masih ada alibi, apabila Setiausaha Politiknya, Hilman Idham, membelanya dan mendakwa dia ada bersama Azmin sepanjang 11 Mei dengan itu dia percaya bahawa video berkenaan adalah fitnah terhadap Azmin.

Kata Hilman “Sepanjang Azmin berada di Sandakan dalam tempoh PRK Sandakan, saya berada bersama-sama beliau. “Saya ada sewaktu beliau tiba di lapangan terbang hingga beliau balik semula ke lapangan terbang,” katanya.

Hilman juga memaklumkan akan membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya dan satu laporan qazaf akan dibuat di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan di Putrajaya esok.

A A A A A A A A A A A A A A A A A NVIDEOSEKS 9

Kenyataan Hilman sebagai alibi kepada keberadaan Azmin agak mencurigakan kerana sebagaimana yang didedahkan oleh blog ‘Cucu Tok Selampit’, Hilman gagal menunjukkan di manakah Azmin berada dari jam 12.01 pagi pada 11 Mei, sehingga siangnya.

Lantas bungkah teka-teki penularan video itu juga membangkitkan beberapa persoalan.

  • Adakah video berkenaan hasil tindakan konco-konco DS Anwar untuk menjatuhkan DS Azmin kerana menjadi pencabarnya sebagai bakal Perdana Menteri, pilihan Mahathir?
  • Adakah video berkenaan hasil tindakan konco-konco Mahathir untuk mengenyahkan kedua-duanya (Anwar dan Azmin) sebagai bakal Perdana Menteri dan sebaliknya mengangkat anaknya Mukhriz?
  • Adakah video itu juga merupakan perbuatan Rafizi Ramli yang merupakan proksi Anwar, manakala Azmin sebagai Proksi Mahathir dalam pemilihan PKR pada penghujung 2018 yang lalu? Video itu akan memberi laluan mudah kepada Rafizi untuk menduduki tempat Azmin, sebagai Timbalan Presiden PKR.
  • Meskipun Datok Lokman Adam (bekas Ketua Pemuda Keadilan Johor) dan kini Ahli Majlis Tertinggi UMNO, dilihat menjadi orang perantaraan kerana dia adalah orang pertama menerima video itu, dia tidak menularkannya, malah telah membuat laporan polis berkaitan dengannya. Namun UMNO bukanlah dalang di sebalik rakaman video itu. Haziq sendiri telah mengeluarkan kenyataan bahawa “Saya sedari kamu (Azmin) lelaki yang sakit kerana hanya kamu yang boleh merakamkan video-video itu sebagai koleksi peribadi selepas menjemput saya ke bilik hotel pada semua kejadian.”

A A A A A A A A A A A A A A A A A NVIDEOSEKS 10

Kami bukan mahu menularkan video itu, namun kami mahu menyediakan bungkah teka-teki kepada pembaca supaya menilai sendiri, dan membuang jauh pihak UMNO mahupun PAS daripada kemelut politik yang terbangkit daripada video tersebut.

Bagi kami, kes video ini adalah badai dalam kandang PH-PKR sendiri kerana politik bagi mereka adalah ‘game of power’ dan kemuncaknya adalah kekayaan harta dunia.

Mungkin Allah mahu menunjukkan bahawa inilah dia kerajaan Malaysia Baru yang cuba memberi ruang kepada LGBT, pluralisme agama dan liberalisme sosial.

*****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: