Setelah Latheefa Koya dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM), Lim Kit Siang terus bersuara agar Latheefa atau badan yang dikepalainya, SPRM, mengambil tindakan ke atas jerung-jerung tanpa mengira latar politik, terutamanya jerung boroi yang sudah padat perutnya dengan hasil rompakan wang rakyat.
Seperti yang dilaporkan dalam Malaysiakini, penasihat DAP itu telah membuat gesaan kepada Latheefa untuk bertindak supaya “tidak ada jerung yang harus diselamatkan daripada dibawa ke muka pengadilan.”
Rakyat turut gembira, kerana pastinya Latheefa tidak akan menumpukan sasarannya hanya kepada kes-kes terpilih yang melibatkan pemimpin UMNO sahaja, malah rakyat akan menyanjung tinggi SPRM jika Latheefa berani mengheret tokoh DAP, PPBM, PAN dan PKR.
Bacalah laporan media tentang riuhnya amalan sogokan wang untuk memenangi hati pengundi semasa pemilihan parti PKR tempoh hari. Latheefa sendiri telah menghangatkan suasana apabila DS Wan Azizah memberikan peruntukan RM100 ribu kepada cabang Julau, Sabah. Namun kemudiannya diam sahaja.
Ramailah dalam senarai jerung yang Kit Siang catatkan, antaranya bekas Peguam Negara, Mohamed Apandi Ali; bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Abdul Rahman Dahlan; bekas Ketua Setiausaha Negara, Ali Hamsa dan bekas Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, Mohamad Zabidi Zainal.
Baguslah kalau Kit Siang mahu kebenaran didedahkan.
Cuma yang amat menghairankan, kenapakah dia mengkategorikan mereka ini sebagai jerung yang diselamatkan? Adakah Ketua Pesuruhjaya SPRM lalu telah cuba menyelamatkan mereka ini semua, atau sebenarnya Kit Siang sekadar menyebut nama-nama itu bagi melapik bahasa sindirannya?
Malah Kit Siang seperti terlupa untuk menyebut nama Lim Guan Eng, Tun Mahathir, DS Azmin Ali, TS Vincent Tan, Pemimpin DAP yang berpendapatan ratusan ribu sebulan dan banyak lagi, sebagaimana yang cuba didedahkannya suatu ketika dahulu dalam pelbagai skandal semasa kepimpinan Mahathir.
Lim Kit Siang juga mungkin rabun kerana kulit matanya sudah terlalu melebih sehingga menutup matanya yang sepet, tentang berlambaknya tumbuh rumah-rumah urut dan pusat maksiat di Selangor.
KLChronicle pernah mendedahkan bahawa rumah urut, pusat judi, hotel bajet dan sarang maksiat, seperti pub dan kelab malam di Selangor meningkat mendadak semasa pemerintahan kerajaan PH.
Bagaimanakah sarang maksiat dan rumah urut boleh tumbuh mendadak sedemikian setelah PH-PKR berkuasa di Selangor sedangkan lesen dan permit menjalankan perniagaan sedemikian dikawal ketat?
Kita mahu tanya Kit Siang, siapakah tauke yang memiliki rumah urut dan sarang maksiat yang banyak menggajikan perempuan Cina, Vietnam dan Thailand?
Gejala maksiat ini secara langsung membabitkan dan memberi kesan langsung kepada kehidupan rakyat dan orang ramai, di samping pusat perjudian yang dikuasai oleh kaum Cina juga?
Atau Kit Siang, adakah kamu sebenarnya mahu SPRM membuka semula fail skandal Forex-BNM, BMF, Perwaja Steel, Maminco dan banyak lagi yang membabitkan jerung besar sebagaimana yang kamu canangkan.
Kami sokong kamu Kit Siang dalam hal ini. Apa yang kamu maksudkan dengan gesaan kamu terhadap SPRM itu adalah supaya SPRM tidak mengetepikan jerung seperti Mahathir dan anak kamu Menteri Kewangan Lim Guan Eng serta Menteri Ekonomi, Azmin Ali.
Kami harap apa yang Kit Siang, Anwar, Rafizi, Guan Eng, Mat Sabu, Wan Azizah, Gobind Singh Deo dan mendiang Karpal Singh lontarkan tentang Mahathir tidak dilupakan. Itulah dia jerung besar yang seharusnya diheret ke mahkamah.
Kemudian rakyat juga hairan apabila orang-orang DAP beria-ia menggesa Latheefa membuka semula kes Teoh Beng Hock yang mati bunuh diri, sedangkan kes anggota Bomba Almarhum Muhammad Adib yang mati dibunuh kerana cuba menyelamatkan mangsa di Kuil Mariamman, tidak pula disebut.
Janganlah kamu suka melihat orang Melayu mati, tapi bila orang Cina bunuh diri kerana rasa bersalah, kamu nak menyalahkan orang lain, termasuk SPRM.
Kami nak lihat kamu bangun dan menggesa SPRM membuka semula kes Adib itu. Jangan kamu ingat bahawa Tommy Thomas sebagai Peguam Negara yang membela Chin Peng sebagai kawan baik kamu dan berkuasa atas segala kes jenayah, termasuk rasuah.
Kami memandang serius apabila Ismaweb melaporkan bahawa terdapat hubungan dan pemuafakatan antara peguam dengan Peguam Negara. Hal ini adalah satu gejala yang bertentangan dengan kredibiliti dan integriti Peguam Negara dan sistem perundang-undangan negara.
Ismaweb mencatatkan, “Apa yang didedahkan ini, jika benar, adalah salah laku serius di pihak Tommy sebagai Peguam Negara. Kerana ia adalah dakwaan bahawa pentadbiran undang-undang negara kini ditunggang oleh pihak luar.”
Malah kami mahu lihat kamu menggesa Latheefa supaya turut mengheret Tommy Thomas sama untuk benar-benar mengangkat integriti perundang-undangan negara ini.
Kami dan rakyat jelata juga sedang menunggu kredibiliti dan integriti Latheefa Koya untuk memerangkap jerung dalam kes pembelian rumah banglo, kes terowong bawah laut, kes memberikan tanah kepada China untuk mendapatkan kos murah bagi projek ECRL, kes menjual aset negara kepada kroni dan banyak lagi yang lya dan mual untuk disebut dalam kalangan pemimpin ‘Malaysia Baru’ yang haru-biru.
*****
Tinggalkan Jawapan