PH HURU-HARA KERANA PELANTIKAN LATHEEFA KOYA

Pelantikan Ahli Anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR, Latheefa Beebi Koya, sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu untuk tempoh kontrak selama dua tahun berkuat kuasa 1 Jun, telah membangkitkan kemelut dan kancah perbalahan dalam parti PKR dan PH sendiri.

A A A A A A A A A A A A A A A A A OKOYA 2

Dalam kelambu PKR dikatakan terdapat dua kem, kem Azmin dan kem Rafizi yang kedua-duanya adalah proksi kepada Mahathir dan Anwar. Dua kem ini tertonjol permusuhannya ketika pemilihan PKR, apabila Rafizi cuba menentang Azmin bagi jawatan Timbalan Presiden PKR.

Ketika itu timbullah pelbagai tuduhan daripada pihak Rafizi dan juga Azmin bahawa terdapat amalan sogokan wang kepada ahli-ahli untuk mendapatkan sokongan.

A A A A A A A A A A A A A A A A A OKOYA 3

Malahan ketika kempen berjalan di Julau Sarawak, Presiden PKR, Wan Azizah telah menyumbangkan RM100 ribu untuk cabang Julau dengan rasional sebagai peruntukan membina jalan raya. Walau bagaimanapun dalam masa yang sama Wan Azizah telah mengumumkan sokongannya kepada Rafizi Ramli.

Kehadiran Wan Azizah juga telah membangkitkan isu rasuah apabila pegawai SPRM turut sama hadir untuk menyiasat selepas berlaku kenaikan mendadak jumlah keahlian PKR daripada 603 kepada 13,000 ahli, yang didakwa sebagai usaha Rafizi untuk meningkatkan undian yang menyokong pihaknya.

Antara tokoh utama yang mengkritik kehadiran Wan Azizah dengan peruntukan RM100 ribu kepada cabang Julau adalah Latheefa Koya.

A A A A A A A A A A A A A A A A A OKOYA 4

Secara terbuka, Latheefa adalah penyokong DS Azmin Ali yang dilihat oleh penganalisis politik sebagai proksi kepada Tun Mahathir Muhammad, manakala Rafizi Ramli pula dilihat sebagai proksi kepada DS Anwar Ibrahim dalam kancah perang pengaruh antara Mahathir-Anwar.

Berangkaian dengan isu konflik pengaruh Mahathir-Anwar, isu penyerahan kuasa Perdana Menteri kepada Anwar telah menjadi polemik yang tidak berkesudahan, sehingga Anwar dikatakan akan kekal sebagai “Bakal Perdana Menteri” sampai akhir hayatnya.

Kini penentangan Latheefa Koya ke atas Rafizi atau kem Anwar  dikatakan sudah berbaloi apabila Mahathir memberikan ganjaran kepada sokongan Latheefa terhadap pengaruhnya.

Mahathir, dengan kuasa vetonya sebagai Perdana Menteri telah melantik Latheefa sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu menggantikan Datuk Seri Mohd Shukri Abdull.

Tindakan Mahathir dilihat bertentangan dengan prinsip PH yang telah menetapkan dalam manifestonya bahawa jatawan tertinggi dalam perkhidmatan awam hendaklah melalui kelulusan kabinet dan tidak boleh dilantik daripada kalangan tokoh politik.

Jelaslah bahawa Mahathir masih tebal dengan sikap diktatornya yang menepati dakwaan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar bahawa Mahathir adalah diktator.

A A A A A A A A A A A A A A A A A OKOYA 5

Lantas ramailah yang mengkritik tindakan Mahathir melantik Latheefa sebagai orang yang paling berkuasa dalam SPRM termasuk DS Anwar Ibrahim yang mendesak Mahathir memberikan rasional atas pelantikan itu.

A A A A A A A A A A A A A A A A A OKOYA 6

Lebih dramatik lagi apabila terdapat pula petisyen atas nama ‘Malaysia Baru’ yang menentang pelantikan Latheefa yang diuruskan oleh ‘Change.org’ sebagai bantahan bagi menggesa orang awam menentang pelantikan Latheefa.

Antara rasional yang dikemukakan dalam petisyen itu ialah pelantikan Latheefa telah mencemari SPRM sebagai badan yang bebas daripada lantikan politik.

A A A A A A A A A A A A A A A A A OKOYA 7

Media dalam talian pula gah melaporkan bahawa PKR menentang pelantikan Latheefa sebagai orang utama SPRM apabila Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad menyokong petisyen tersebut yang menentang pelantikan itu.

Bagi Nik Nazmi, pelantikan Latheefa bertentangan dengan prinsip PH, dan bukannya kerana subjek yang dilantik itu. Penentangan PKR adalah untuk memastikan lantikan jawatan agensi integriti seperti SPRM wajib bebas dari dalam kalangan ahli politik.

Kritikan juga terbangkit daripada Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar yang mendakwa pelantikan Latheefa bertentangan dan tidak konsisten dengan manifesto pilihan raya Pakatan Harapan (PH).

Zainul juga menegaskan bahawa pemilihan Latheefa tidak boleh mengabaikan Jawatankuasa Khas Pemilihan Parlimen untuk Pelantikan Jawatan Awam Utama (PSC) selain menimbulkan konflik kepentingan berhubung status Latheefa sebagai pemimpin PKR sebelum ini.

PPMM percaya pelantikan sedemikian akan secara langsung dan tidak langsung menyebabkan pencabulan amanah terhadap agensi berkenaan kerana pelantikan orang politik itu boleh memberi persepsi yang tidak baik terhadap integriti agensi itu sama ada di dalam dan luar negara sebagai badan bebas yang ditugaskan memerangi rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Selain PPMM, Majlis Peguam juga meminta pihak pejabat Perdana Menteri memberikan penjelasan berhubung kewajaran melantik Latheefa sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM.

Lim Kit Siang juga telah mengeluarkan kenyataan bahawa tindakan Mahathir itu salah dari aspek politik tetapi tidak salah dari aspek perundang-undangan.

A A A A A A A A A A A A A A A A A OKOYA 8

Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), DS Mukhriz Mahathir, pula menentang petisyen yang membantah pelantikan Latheefa.

Mukhriz menegaskan bahawa Latheefa tidak boleh sewenang-wenang melepaskan jawatan itu walaupun didesak pelbagai pihak kerana pelantikan beliau adalah keputusan oleh Perdana Menteri sendiri selepas mendapat perkenan daripada Yang Di-Pertuan Agong.

Amat jelas bahawa Mukhriz tersasul kerana DS Subki Abdull juga tidak boleh secara wewenang meletakkan jawatannya kerana tempoh jawatan itu masih sah sehingga tahun 2020 kecuali dia ditekan oleh kuasa veto juga.

Kita tidak tahu apakah tindakan golongan dalam PH yang menentang pelantikan Latheefa sebagai lakonan belaka atau sebenar-benarnya tulen?

Sekiranya lantikan Latheefa untuk mengetuai SPRM dikatakan mencemari integriti SPRM, adakah sebelum ini SPRM benar-benar ikhlas bertindak tanpa sebarang desakan politik. Adakah selama ini SPRM tidak mencemari integritinya sendiri dengan kes-kes terpilih?

Mengapakah wujudnya kes-kes pilihan yang cenderung kepada tokoh pemimpin UMNO sedangkan kes-kes yang melibatkan tokoh PH diketepikan sahaja, misalnya skandal terowong dasar laut yang melibatkan Menteri Kewangan, kes rasuah orang kanan Mat Sabu di Kementerian Pertahanan, kes pembelian Banglo Lim Guan Eng, kes pemberian tanah kepada China untuk projek ECRL, Kes penjualan Aset Tabung Haji, dan banyak lagi yang disimpan sahaja di bawah karpet.

A A A A A A A A A A A A A A A A A OKOYA 1

Namun perkara pokok yang dapat dilihat daripada penolakan dan sokongan pemimpin PKR terhadap pelantikan Latheefa Koya, adalah perpecahan di kalangan anggota parti PKR pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pelantikan Latheefa yang merupakan rentetan daripada pelantikan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador dan sebelumnya Peguam Negara, Tommy Thomas, nampaknya membuatkan orang Anwar semakin gelisah.

Amat genjot untuk mengatakan bahawa DS Najib menjadi semakin resah dengan pelantikan Latheefa, kerana selama ini pun, SPRM bertindak ke atas DS Najib seperti memburu toyol yang tak wujud. Namun dari sehari ke sehari ada sahaja kes baru yang dicipta untuk mendakwa DS Najib.

Adakah segalanya berlaku kerana desakan kuasa veto orang tertentu juga?

Kita tunggu dan lihat sahajalah, kerana doa orang yang teraniaya dikabulkan Allah.

******

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: