KEMATIAN ADIB, TOMMY THOMAS DAN PEMANSUHAN HUKUMAN MATI- SATU KONSPIRASI

Setelah kaum Melayu-Islam merancang dan meuar-uarkan untuk mengadakan Perhimpunan Ummah 812 (8 Dec 2018)  tahun lalu, yang ditunjangi oleh penentangan terhadap cubaan meratifikasikan ICERD, pihak DAP telah menyusun satu konspirasi untuk memperlihatkan kepada masyarakat berbilang kaum Malaysia bahawa umat Islam adalah pengganas.

A A A A A A A A A A A A A A A A A PADIB 2

Daripada tanggapan beberapa penganalisis politik, kami percaya bahawa pencerobohan kuil Mariamman Seafield, telah diatur sebegitu rupa dengan mengupah samseng daripada Sabah, supaya ia kelihatan seperti kaum Melayu-Islam yang menyerang kuil Hindu.

Maka pada 26 November 2018 meletuslah pencerobohan kuil dengan tindakan membakar 17 buah kenderaan (supaya ia kelihatan seperti perlakuan pengganas).

Selepas pencerobohan, terdapat pula kad pengenalan, kad ahli pekida, kad keahlian persatuan silat Melayu dan dokumen lain yang ‘dicicirkan’ sebagai bukti bahawa kaum Melayu-Islam jahat dan merekalah yang cuba memusnahkan kuil Hindu, seakan-akan ia dicetuskan atas agenda rasisme.

Sekonyong-konyong ia diikuti oleh ketibaan beberapa ribu masyarakat India-Hindu, juga disertai kumpulan samseng India, kononnya sebagai tindakan melindungi kuil yang didirikan di atas tanah haram itu.

Tidak ada yang lain yang mereka cari, asalkan ada manusia yang bukan berkulit hitam, mereka akan kejar dan pukul dan kalau boleh mereka mahu bunuh sahaja.

Ketika itulah mereka temui ketibaan anggota Bomba Melayu dan sebelumnya seorang tukang masak Melayu yang menetap dalam sebuah pondok kontena berdekatan. Terdapat juga dua lelaki Melayu bermotosikal yang kebetulan melalui jalan itu, lantas  ditahan dan dikeronyokkan.

Tujuan mereka adalah untuk mewujudkan perbalahan kaum, mungkin juga untuk mengundang amokan Melayu di seluruh negara dan dengan itu Perhimpunan Ummah 812, menjadi tidak relevan, kerana umat Melayu-Islam telah ditonjolkan sebagai ganas, rasis, anti-agama Hindu.

Ia juga menjadi serampang dua mata, apabila kuil Hindu yang didirikan di tanah haram milik One City dapat dipindahkan ke tapak baru, bersama dengan wang pampasan RM1.5 juta dibayar untuk proses pemindahan kuil itu.

Namun pada ketika itu, tanah tapak baru kuil diperoleh, wang pampasan RM1.5 juta diterima, tetapi perpindahan tidak sekali-kali diendahkan.

Perhimpunan Ummah 812 yang telah menarik hampir 1.9 juta kaum Melayu-Islam ke Dataran Merdeka, menjadi satu tamparan hebat terutamanya kepada DAP yang sedang memperjuangankan hasrat untuk menubuhkan negara Kristian Malaysia atau lebih tepat sebuah negara Republik Kristian (sila rujuk pendedahan Muhamad Razali Abdul Rahman, bekas Pengarah Strategik Hal Ehwal Melayu-Islam DAP, dan Senator Tan Sri Dr Ibrahim Abu Shah).

Mereka sudahpun memulakannya di Pulau Pinang dengan meletakkan fahaman Evangilical sebagai asas kepada perjuangan mereka.

Bagi kes petugas Bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, pihak polis sudah pun mengesahkan punca kematiannya melalui siasatan dan laporan anggota bomba lain, yang juga berada di tempat kejadian.

Kesemua anggota bomba yang menjadi saksi telah mengesahkan bahawa Adib diseret keluar dari jentera bomba dan dipukul oleh sekumpulan lelaki India. Para saksi telah pun mengenal pasti penyerang-penyerang yang terlibat.

Kesan serangan terhadap Adib telah menyebabkan kematiannya dan dengan itu kes kematian Adib adalah kes bunuh yang jatuh di bawah Kanun Keseksaan 302.

Jadi persoalannya di sini, siapakah yang ganas, India-Hindu atau Melayu-Islam?

Empat orang suspek dari puak samseng India-Hindu telah ditangkap dan sewajarnya tuduhan terhadap mereka dicatatkan sebagai membunuh (Kanun Keseksaan 302) dan jaminan ke atas mereka juga patut dibatalkan kerana tidak ada jaminan untuk sesiapa yang didakwa di bawah kesalahan membunuh yang membawa kepada hukuman mati.

Namun, kemudiannya Peguam Negara, Tommy Thomas yang juga berketurunan India yang pernah membela Ketua Komunis Malaya, Chin Peng, telah memfailkan afidavit bahawa kematian Adib bukan disebabkan dipukul dan diserang sedangkan punca kematian telah disahkan oleh siasatan polis yang sesungguhnya Adip mati kerana dipukul dan diserang.

A A A A A A A A A A A A A A A A A PADIB 3

Pakar forensik, Prof Dr Shahrom Abd Wahid, pula dalam siasatannya melaporkan bahawa corak kecederaan pada Adib, disebabkan hentakan kuat ke atas mangsa dengan daya lebih 3,000 Newton atau lebih daripada tiga orang sehingga menyebabkan patah pada tulang rusuk.

Dr Shahrom berkata, rumusan dibuat daripada hasil  sumber material yang diberi kepadanya, dan beliau mendapati luka parah di dada kanan, di belakang pinggang dan patah tulang rusuk mangsa adalah akibat hentakan atau pukulan yang kuat.

Dengan itu, terdapat percanggahan tanggapan Tommy Thomas terhadap punca kematian Adib berbanding dengan keputusan siasatan Forensik dan siasatan pihak polis.

Tidak pernah dalam sejarah perundangan Malaysia, Peguam Negara menentang dan bercanggah dakwaannya dengan pihak polis dan pihak pakar forensik.

Anehnya, kerana percanggahan itu Pejabat Peguam Negara memilih untuk diadakan inkues bagi mencari punca kematian Adib berbanding perbicaraan.

Lebih aneh lagi di pertengahan prosiding inkues, keluar arahan supaya peguam bela yang mewakili kepentingan keluarga Adib, Syazlin Mansor, diarah tarik diri.  Sedangkan Syazlin telah dengan bersungguh-sungguh mempertahankan siasatan polis dan pakar forensik Dr Shahrom bahawa kematian Adib adalah berpunca daripada tindakan fizikal penyerang yang berniat mencederakan dan membawa kepada punca kematian.

A A A A A A A A A A A A A A A A A PADIB 4

Tidak hairanlah timbul pelbagai persoalan, antaranya daripada Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah melalui kenyataannya, “Apakah bentuk “sandiwara” Peguam Negara yang sedang cuba diperlihatkan kepada negara dan dunia?”

Tidak lain yang kami nampak di sini, iaitu kegagalan untuk mengheret kaum Melayu-Islam sebagai pengganas yang menyerang kuil Hindu atau cuba melindungi golongan samseng yang bersekongkol dengan DAP.

Sebaliknya apa yang terbongkar (dengan kehendak Allah) ialah keganasan samseng India-Hindu ke atas kaum Melayu-Islam.

A A A A A A A A A A A A A A A A A PADIB 5

Tragedi ini datang bersama-sama dengan pendedahan bahawa dalam kalangan konco-konco DAP terdapat aktivis pengganas Tamil Eelam, P Ramasamy yang kini memegang jawatan kedua tertinggi di Pulau Pinang.

Malah Ramasamy pernah mencabar kaum Melayu supaya mencetuskan sekali lagi tragedi berdarah 13 Mei, kerana baginya kaum Melayu kini adalah pengecut, sedang kaum yang dahulunya pendatang sebelum Merdeka, sentiasa bersedia untuk berperang.

A A A A A A A A A A A A A A A A A PADIB 6

Kemudian rakyat juga tertanya-tanya, mengapakah di tengah-tengah kemelut kes pembunuhan Adib itu, timbul pula cadangan pemansuhan hukuman mati yang dibawa ke parlimen.

Pihak kerajaan PH gah mengatakan bahawa ‘pemansuhan hukuman mati’ adalah janji yang dicatatkan dalam manifesto PH. Anehnya janji-janji lain seperti menurunkan harga petrol, melupuskan PTPTN, memastikan kos sara hidup turun melalui SST, menghapuskan tol dan banyak lagi tidak pula diusahakan.

Rakyat diasak lagi dengan persoalan, adakah kerajaan PH yang didominasi oleh DAP, mahu mempertahankan golongan samseng dan pembunuh?

Adakah tindakan pemansuhan itu akan menurunkan kadar jenayah, sedangkan apa yang berlaku di United Kingdom adalah sebaliknya apabila pihak ahli keluarga mangsa yang dibunuh mengambil tindakan membalas dendam dengan tindakan membunuh juga?

Rakyat juga hairan kenapakah Lim Guan Eng yang mengepalai DAP, amat prihatin terhadap kes kematian bunuh diri Teoh Beng Hock sepuluh tahun lalu?

Nampaknya Guan Eng amat mengambil berat tentang kes kematian Beng Hock yang bukan berada dalam portfolionya sebagai Menteri Kewangan. Seakan-akan Guan Eng sudah menjadi Ketua Polis Negara pula.

Persoalannya, kenapa DAP mahupun Guan Eng amat prihatin terhadap kematian Teoh Beng Hock sepuluh tahun lalu?

Adakah kerana Peguam Negara, Tommy Thomas berada di pihak DAP sekarang ini? Sedangkan dalam kes Beng Hock, Pejabat Peguam Negara memutuskan bahawa tiada unsur jenayah dalam kematiannya.

Mengapakah DAP tidak langsung prihatin terhadap kematian Adip yang secara kasarnya, jelas dibunuh oleh samseng Hindu?

Beng Hock adalah saksi kes rasuah, sedangkan Adip adalah penjawat awam yang cuba menyelamatkan sebarang bahan kebakaran dan mangsa pencerobohan terancang kuil Mariamman.

Jelaslah bahawa sejak PH yang didominasi DAP, mengambil alih kuasa pemerintahan dengan Perdana Menteri tua yang mengaku menjadi boneka DAP, serta pelantikan Peguam Negara yang pernah membela Chin Peng musuh utama negara yang seharusnya dibunuh, negara menjadi porak peranda, baik dari aspek sosial, ekonomi dan juga perundang-undangan.

****

2 thoughts on “KEMATIAN ADIB, TOMMY THOMAS DAN PEMANSUHAN HUKUMAN MATI- SATU KONSPIRASI

Add yours

  1. Satu penjelasan yg jelas dan logik. Kepada Pencacai PH baca, fahamkan dan fikirkan dgn logik akal perjalanan kematian anggota bomba Adib. Salah guna kuasa yg dilakukan oleh Peguam Negara yg di lantik oleh Tun M perlu pehak brwajib, NGO yg ada dan rakyat M’ sis mendesak dan terus mendesak TUN M memecat Tommy Thomas sebelum M’sia menjadi huru hara dan berlaku rusuhan kaum dan akhirnya melemahkan semua sektor kerajaan dan juga ekonomi .

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: